Bila dah makin meningkat usia ni, k.fiezz memang jaga kulit lebih lagi dari dulu. Maklum lah dah berusia, gitu. Tak nak lah nampak kedut sana kedut sini. Pori besar, kulit kusam tak bermaya. Noooo.. Walaupun yea memang k.fiezz dah berusia tapi sebagai wanita yang berkerjaya, tambah-tambah bekerja sebagai Setiausaha kan, memang k.fiezz kena jaga penampilan tip top gitu. Dari muka sampai ke pakaian. Dulu k.fiezz tak jaga sangat part muka. Skincare routinee tu memang k.fiezz tak buat lah citernya. K.fiezz cuma cuci muka macam biasa je. Tak ada guna toner ke, serum ke, exfoalite ke senang cerita yang langkah penjagaan muka tu memang k.fiezz tak buat. So bila k.fiezz dah makin berusia ni, baca sana sini baru lah tahu kepentingan langkah penjagaan muka yang wajib kita buat sepatutnya. 

WAJIB BUAT LANGKAH PENJAGAAN MUKA

So seperti yang k.fiezz cerita kat atas ni, langkah penjagaan muka ni memang wajib buat sebenarnya untuk kita, tau. Tak kisah lah korang jenis mekap ke tak. Langkah penjagaan muka wajib!

Apa langkah penjagaan muka?Untuk korang yang tak tahu. Ni langkah penjagaan muka yang korang kena buat.

1) Tanggalkan mekap dengan makeup remover (kalau korang jenis bermekap)
2) Cuci muka
3) Toner
4) Serum & Essence 
5) Moisturiser
5) Eye Cream
6) Sunblock (untuk waktu siang) & Night Cream (untuk waktu malam)
7) Scrub (Seminggu 1-2x)

SERUM ITU ADALAH WAJIB

Antara langkah penjagaan di atas ni, serum paling wajib untuk wanita yang dah menginjak usia 25 tahun ke atas sebab serum dapat mencegah kulit dari kering, jerawat, bintik-bintik hitam, jeragat, cerahkan kulit & juga sebagai anti penuaan. Dalam serum ni dah ada bahan aktif untuk merawat kulit yang bermasalah. Kandungan serum juga lebih pekat dari krim dan losyen. Dengan beberapa titis serum dah boleh beri kesan terbaik kepada kulit kita sebab bahan aktif di dalam serum. Sebabkan itu biasanya serum lebih mahal dari losyen ataupun krim. Kalau korang perasan atau tahu, orang Korea memang jadikan serum muka sebagai wajib dalam langkah penjagaan muka diaorang sebab serum bagi kesan yang lengkap dalam penjagaan muka.

ROYAL Q DIAMOND DOLLY BOOSTER ESSENCE

K.fiezz tahu ramai yang rasa macam lecehnya dengan langkah penjagaan muka kat atas ni. Tak ramai yang rajin nak buat. K.fiezz sendiri dulu tak buat pun langkah penjagaan muka ni sebab tak tahu. Sedihnya tak tahu. hehe. So bila k.fiezz dah terjebak dengan dunia blog ni & salah satu niche yang k.fiezz pilih iaitu kecantikan, baru k.fiezz tahu & kenal langkah penjagaan muka ni bila k.fiezz banyak baca info sana sini. Jadi untuk korang yang rasa macam leceh langkah penjagaan muka yang banyak benor langkah dia. Meh nak cadang kat korang, satu produk yang mengandungi 4 fungsi iaitu >> Essence, Serum, Moisturizer & Booster. Hah, 4 sekaligus fungsi dalam 1 botol. Senang kerja. Dalam 1 botol ni dah ada antara langkah penjagaan muka di atas ni. Senang kerja kita. Guna 1 produk dah boleh cover beberapa langkah di atas ni sekaligus.  Produk yang k.fiezz maksudkan ni  dari Royal Q Diamond Dolly Booster Essence dari The Beauty Expert Spa.

pori besar, kulit kusam, langkah penjagaan muka,diamond dolly booster essence
Royal Q Diamond Dolly Booster Essence

Bahan apa dalam Royal Q Diamond Dolly Booster Essence
  1. Chamomilla Recutita Extract : Berfungsi melegakan kulit yang mengalami radang dan sensitif.
  2. Cucumis Sativus : Berfungsi membaiki kulit rosak dan kering. Ianya membantu menjadikan permukaan kulit lebih lembut dan licin. Extract ini sangat baik untuk membaiki kulit sunburn terutamanya. PH value extract ini juga sesuai dengan kulit kita. 
  3. Asparagopsis Armata Extract : Merupakan red alga yang sering dijumpai di kawasan pedalaman lautan India dan Pasifik. Extract ini sangat bagus untuk melindungi kulit daripada sinaran radiasi merbahaya.
  4. Saponaria Officinalis Herb : Mengandungi flavonoids dan Vitamin C untuk menenangkan kulit (soothing) dan menghilangkan kegatalan pada muka sambil mencuci.
  5. Humulus Lupulus : Bersifat sebagai antimicrobial dalam alam semulajadi. Melindungi kulit daripada persekitaran luar. Ia membantu memelihara kelembapan kulit dengan menjadikan kulit kekal lembap dan lembut. Tambahan, Ianya juga membantu menanggalkan lapisan kulit mati daripada epidermis dan membersihkan kulit.
  6. Avena Strigosa Seed Extract : Dikenali sebagai Black Oats. Extract ini mengandungi bahan yang mampu menampung air di dalam kulit. Jadi disini , proses penghidratan secara semulajadi dapat diransang dan diperkuat.

Fungsi Royal Q Diamond Dolly Booster Essence

Antara kelebihan Diamond Dolly Booster Essence :

Cepat memudarkan parut jeragat/jerawat
Pantas membaiki struktur kulit yang rosak
Melembapkan kulit serta merta
Menyeimbangkan minyak pada wajah
Pantas remajakan stem cell kulit dari akal umbi
Resapan Oxygen ( penafasan pada kulit)
Melindungi lembapan kulit dari sinar UVA UVB
Mengekalkan perlindungan kulit pada tahap yang maksimum
Kecilkan liang pori
Gebukan kulit wajah

pori besar, kulit kusam, langkah penjagaan muka,diamond dolly booster essence
Tekstur dia sedikit likat & berwarna putih. 
Cara guna - cuma sapu beberapa titik pada muka & leher. Lepas tu ratakan secara membulat

pori besar, kulit kusam, langkah penjagaan muka,diamond dolly booster essence

Untuk info essence ni sama macam serum tapi lebih ringan dari segi kepekatan, Dari segi fizikal nampak seperti air & ringan. Cecair essence ni merangsang kepada kelembapan kulit wajah lebih cepat dan tepat. Kalau korang yang tertanya nak pakai essence ni dalam turutan no. berapa dalam langkah penjagaan muka. Essence ni korang boleh pakai selepas toner

Review Diamond Dolly Booster Essence

Dari segi bau dia, k.fiezz suka sangat sebab wangi & lembut. Bila dah sapu pada kulit, dia cepat meresap. Paling penting kesan lepas pakai ni,boleh rasa kulit lembut & lembap gitu. Serius suka sangat. 

Untuk korang yang mencuba Royal Q Diamond Dolly Booster Essence, korang boleh dapatkan di : - 

Maklumat Lanjut : 

Instagram - thebeautyexpertcheras
Whatsapp: 013-2576447/03-95467094

5 Comments

  1. Replies
    1. yea syaz..wajib cuba ni...dh ada 4 fungsi dlm 1 botol. senang keja..praktikal gitu...

      Delete
  2. cantik warna dia pinkish gitu, mama ni baru aje pandai guna serum rugi pula rasanya tak guna dari dulu

    ReplyDelete
  3. utk oxygen tu penting kan, klu pakai make up yg jenis block oxygen tu, rasa mcm tak fresh ja muka

    ReplyDelete
  4. wah,,,produk ni utk umur berapa

    ReplyDelete