Haritu k.fiezz ada kongsikan < sebab kenapa perlu exfoliate muka >. Ada yang bagi cadangan, suruh k.fiezz kongsi juga jenis-jenis exfoliator mengikut jenis kulit yang bersesuaian. Ada meh? Baru tahu nak exfoliate muka ni kena tengok jenis-jenis kulit juga rupanya. Haha. K.fiezz main beli je exfoliator tau. Serius tak tahu kena beli bersesuaian mengikut jenis kulit. hehe. So ni dah tahu ada jenis-jenis exfoliator, meh la mencari info pasal jenis exfoliator di Mr Google. Kena cari dulu info, kang k.fiezz tersalah beli & terbagi ajaran sesat kat korang sebab kongsi kat blog. hehe. 

Menarik juga bila ada yang bagi cadangan topik ni, k.fiezz pun tak tahu tau benornya ada jenis-jenis exfoliator mengikut jenis kulit. Sebelum ni k.fiezz main hentam je. haha.. Tiap kali nak beli exfoliator mesti confuse nak pilih jenis yang macamana . Jenuh lah pusing kat drugstore mencari exfoliator ni. So lepas dah tulis info ni, dah boleh kategori mahir lah bila nak beli exfoliator. hehe. Tak ada lah jenuh nak mencari.  

So jom check it out jenis-jenis exfoliator. Ni untuk korang yang satu geng macam k.fiezz lah yang tak tahu ada jenis-jenis exfoliator. Untuk yang dah tahu tu, kalau ada info kat sini tersalah, share lah kat ruangan komen. I budak baru belajar, gitu. hehe. 

Okey, jom kita tengok jenis-jenis exfoliator. First of all korang kena tahu dulu tau jenis kulit korang yang mana satu. Baru senang nak cari jenis exfoliator yang sesuai dengan kulit korang. 

APA ITU EXFOLIATE?

Untuk korang yang tak tahu apa itu exfoliate? K.fiezz dah kongsikan di link atas tu, apa itu exfoliate. Tapi sokay, kalau korang malas nak baca. Secara ringkasnya, exfoliate ni membuang sel-sel kulit mati di kulit kita. 

jenis exfoliator, exfoliate

JENIS EXFOLIATOR MENGIKUT JENIS KULIT

Berbalik pada topik utama,  kulit kita ni ada macam-macam jenis. Ada jenis KERING, BERMINYAK, KOMBINASI, NORMAL, SENSITIF.. Banyak jenis,kan. Setiap orang lain jenis kulit dia. K.fiezz dulu pun tak tahu kulit k.fiezz ni jatuh kategori yang mana?Cuma k.fiezz tahu kulit k.fiezz cepat berminyak. Nak juga tahu jenis kulit k.fiezz ni yang mana tapi tak tahu nak check kat mana. Kebetulan ada sekali tu, k.fiezz buat rawatan facial di SPA. Baru lah dapat tahu kulit k.fiezz jenis kombinasi rupanya. Kulit kombinasi ni ada setengah zon di muka kering & ada setengah zon berminyak. Kebiasaannya paling berminyak di zon T (hidung, dahi) & zon lain kering. 

Sebabkan kulit k.fiezz jenis kombinasi, k.fiezz mulakan jenis exfoliator yang sesuai untuk kulit kombinasi dulu. Diikuti dengan jenis exfoliator untuk jenis kulit yang lain pula. 

KULIT KOMBINASI

Untuk kulit kombinasi, digalakkan exfoliate 2-3x seminggu secara selang seli. Selepas exfoliate gunakan cleanser, serum atau peel pad yang ada AHA (glycolic, lactic, atau malic acid) bagi gantikan sel kulit mati & galakkan pengeluaran sel kulit baru. 

Bagi kulit kombinasi yang jenis sensitif, digalakkan guna gentle exfoliating cleanser yang diperbuat dari manik atau biji jenis kecil / halus. Macam jojoba beads contohnya. 

KULIT KERING

Untuk yang ada kulit kering, digalakkan buat exfoliate 1-3x seminggu. Lepas sahaja proses exfoliate, guna hydrating mask ataupun serum untuk hidratkan semula kulit muka.

Elakkan bahan yang boleh jadikan kulit jadi lagi kering. Gunakan exfoaliatior yang jenis lembut. Kalau boleh guna exfoliator yang diperbuat dari bahan asas seperti minyak sebab minyak kaya dengan asid-asid penting yang boleh melembapkan kulit dan perbaiki masalah kulit. 

KULIT NORMAL

Kulit normal ni antara jenis kulit yang elok & bagus. Tak terlalu kering dan terlalu minyak. Jenis kulit normal ni boleh gunakan apa juga exfoliator tetapi kena match dengan skincare bersesuaian yang lain juga. Bagi kulit normal, boleh guna produk exfoliator yang ada AHA & kekerapan exfoliate 2-3x seminggu untuk teruskan penghasilan sel-sel kulit mati yang sihat. 

KULIT BERMINYAK

Kulit berminyak ni kena elak dari gunakan exfoliator yang kasar dan bahan-bahan yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Bahan-bahan ni boleh menarik minyak kulit semulajadi pada kulit dan menghasilkan lebihan minyak, pori tersumbat dan jadi besar serta tona kulit tak sekata. Gunakan exfoliator  yang mengandungi acid (seperti glycolic atau salicyclic acid) dan bukan skrub biasa. 

Salicylic acid ni bahan larut minyak yang boleh memecahkan sel-sel kulit mati & senang meresap ke punca masalah kulit pori tersumbat seperti sisa-sisa mekap dan  kotoran. Dia berfungsi untuk lembutkan kulit dan mengeluarkan kotoran di wajah. 

KULIT SENSITIF

Untuk kulit sensitif, exfoliate 1x seminggu sahaja. Gunakan exfoliator yang menenangkan kulit & tak timbulkan iritasi supaya dapat galakkan penghasilan sel baru. Cari exfoliator yang menggunakan enzim buah-buahan (betik, nenas) untuk bantu hasilkan semula, memperbaiki & melindungi kulit dengan cara lembut. Enzim mengandungi betik menghasilkan foam yang kaya dan berkrim yang boleh melembutkan, proses pengelupasan dan keluarkan sel-sel kulit mati dengan lembut untuk hasilkan kulit yang lebih sihat dan semulajadi. 

Untuk yang berkulit sensitif, boleh cuba guna exfoliator yang mengandungi PHA sebab lebih lembut pada kulit & kurang menyebabkan iritasi berbanding AHA & BHAs.

JANGAN TERLEBIH EXFOLIATE

Tak kisah kita dalam kategori kulit yang mana, ingat tau jangan terlebih exfoliate sebab kalau terlebih  boleh merosakkan kulit kita. Tanda kita terlebih exfoliate bila kulit jadi merah & mula mengelupas atau kemerah-merahan.

Kalau korang mengalami tanda-tanda di atas ni terus berhenti exfoalite untuk sementara. Gunakan krim pelembap atau krim yang boleh tenangkan kulit kita sampai kulit kita betul-betul elok dari over exfoliation

Peringatan untuk semua!!Take note  yang ni tau, gunakan SUNSCREEN kalau korang gunakan exfoliator yang ada bahan AHA ( glycolic acid, lactic acid, dan malic acid ) sebab AHA boleh sebabkan kulit kita terlebih sensitif pada cahaya matahari dan boleh sebabkan sunburn & menggalakkan pigmentasi (kulit jadi lebih gelap). 

So lepas ni dah tau kekerapan mengikut jenis kulit masing-masing. Jadi kalau nak kulit sihat, bersih & cantik wajib buat exfoliate & rutin penjagaan muka yang lain. 

7 Comments

  1. Wahhh...baru tahu. Tq kak fiezz.. Kulit leya jenis kering. Dah boleh cari exfoliator yg sesuai dengan kulit kita kan

    ReplyDelete
  2. atie jenis kulit kering, klu 3 hari tak apply mosturizer, muka melupas ;(

    ReplyDelete
  3. kena buat juga at least sminggu skali..
    tapi tu la tahap kerajinan tu naik turun.. hehe..

    ReplyDelete
  4. hritu akk pos jugk kn psl exfoliate ni,.Cuya terus scrub muka..hahaha triggered gitu

    ReplyDelete