Lama tak kongsi hasil masakan air tangan kat blog. hehe. Selalunya k.fiezz kongsi resipi bila k.fiezz cuba menu baru. Bukan selalu lah k.fiezz masak menu baru sebab nak cuba menu baru ni, kena try & error. Kadang kena dengan selera mr hubby. Kadang tak kena. Tu yang k.fiezz tak berapa berani nak cuba menu baru takut mr hubby tak suka. Penyudahnya ke tong sampah. Membazir weiii.  Tapi resipi sotong Kam Heong ni k.fiezz try & error sebabnya mr hubby ni kalau masakan yang ada sotong ni, dia memilih. K.fiezz pernah masak sambal, reject. Masak kicap, pun reject. Hah, masak kari lulus tapi ceritanya masa k.fiezz nak masak sotong minggu lepas, tak cukup bahan. Jadi hasil google, k.fiezz cuba je lah resipi terbaru ni iaitu Resipi Sotong Kam Heong. Tak tahu pula sotong pun boleh masak Kam Heong. Kalau ayam Kam Heong, memang biasalah k.fiezz masak. Sampai mr hubby dah jemu lah. haha. 

Kali ni cuba Resipi Sotong Kam Heong pula. Let's check it out resipi sotong terbaru yang k.fiezz cuba ni. 

RESIPI SOTONG KAM HEONG


resipi sotong, resipi sotong kam heong, sotong kam heong

Bahan-Bahan : 

  • Sotong (terpulang lah korang nak berapa banyak) 
  • Tepung Jagung (2 sudu besar)  
  • *Gaul sotong bersama tepung jagung. Perapkan seketika*
  • Bawang Putih (2 Ulas - Cincang)
  • Bawang Merah (1 Biji - Cincang)
  • Beberapa tangkai Cili Padi (Hiris)
  • Udang Kering (2 Sudu Besar) - Rendam, toskan & cincang
  • Rempah Kari Ikan (1 Sudu Besar)
  • Daun Kari (2-3 pelepah)
  • Kicap Cair (1 Sudu Teh)
  • Sos Tiram (1 Sudu - Pilihan nak guna atau tak)
  • Air (2-3 Sudu Besar)
  • Garam / Gula Secukup rasa

Cara Masak : 

  1. Panaskan kuali. Goreng sotong yang dah diperap dengan tepung jagung. Goreng sekejap dalam 1 minit, angkat & toskan. 
  2. Guna minyak yang sama, tumiskan bawang putih, bawang merah, cili padi & daun kari sehingga berwarna kekuningan.
  3. Masukkan udang kering. Kacau sehingga sebati dan wangi.
  4. Tuang serbuk kari, kicap cair, sos tiram. Besarkan api & masukkan sotong. Sambil tu kacaukan. Boleh tambah air & masak sampai kuah sebati dengan sotong. Sambil tu boleh rasa, kalau kurang apa-apa tambah garam atau gula sebagai pelengkap. Macam k.fiezz tak tambah garam & gula sebab sos tiram & kicap tu dah cukup rasa dia. Lepas siap sepenuhnya, tutup api & sedia untuk dimakan bersama nasi panas. Yummehhh...
Komen mr hubby - He like it. yeayyy...tambah lagi menu baru yang boleh ulang masak selalu sebab kena dengan tekak mr hubby. hehe..

SELAMAT MENCUBA

11 Comments

  1. Wah...boleh try ni... kalo kakmim mst masak kicap, masak sambal, goreng tepung tu jer... hehehhe

    ReplyDelete
  2. alahai, kenapa kita tak berjiran ni?
    kalau tak bolehlah minta sikit, ekeke,
    tapi resipi ni sedaplah, boleh makan tambah nasi lagi dan lagi ni.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi cuba style masak Sotong gini. Thank you for sharing. Look so yummilicious.

    ReplyDelete
  4. ammi penah buat tapi tak pernah letak udang kering..nanti nak cuba version yg ni pulak

    ReplyDelete
  5. Tengok gambar pun nampak sedap. Anak-anak kurang gemar sotong..nanti kalau buat nak kena pakai udang lah.

    ReplyDelete
  6. sedap nampak sotong tu..tk pernh try lg masak menu kamheong ni..nanti bole try

    ReplyDelete
  7. mak aii..sdapnya

    https://norminieza.blogspot.com/2020/10/angan-merintih-iqa-nizam.html

    ReplyDelete
  8. duhh sotong pulak masak kamheong. mama tak terfikir pula nak masak sotong.. mesti sedap ni

    ReplyDelete
  9. tak pernah try lagi resipi gini..tkpernh msk sotong ngn tepung tu sekali,rempah kari pon jrg2 la masak dlm rumah..heheh

    ReplyDelete
  10. Uish nampak menyelerakan betul! ish. nak kena beli sotong ke esok ni haha

    ReplyDelete
  11. Nampak menarik.. tak penah try lagi masak macam ni. Boleh cuba nanti ni

    ReplyDelete