Kakak fiezz ni sejenis suka wangi dalam rumah, dalam kereta. Tu sebab k.fiezz guna diffuser di rumah bila time cuti. Cuma guna diffuser ni, leceh sikit. Nak letak air lepas tu letak minyak aromaterapi dia dulu. Dah siap 2 langkah ni, baru on suis. Dalam masa beberapa minit, semerbak wangi dari minyak yang kita guna tu.

Untuk Air freshner pula biasanya bila beli, mr hubby akan letak dalam kereta & ada 1 juga letak dalam bilik tidur. Dalam kereta, senang terus gantung pada cermin sebab ada sekali dengan tali.  Dalam bilik tidur, mr hubby letak penyangkut. 

Baru-baru ni, ada kawan pejabat k.fiezz jual bliese air freshner. Eh..macam tak pernah nampak di facebook atau mana-mana sosial media orang iklan bliese air freshner ni. Zaman kita ni kan di hujung jari. Kebanyakan barang yang kita kenal, mesti melalui sosial media. Tak tahu lah orang lain, k.fiezz biasanya memang kenal barang-barang baru ni melalui sosial media. Cuma jenama bliese air freshner ni memang k.fiezz tak pernah nampak lalu kat wall facebook. Mungkin dalam kalangan kawan-kawan facebook k.fiezz tak ada yang jual jenama ni. Tu yang k.fiezz tak pernah nampak jenama Bliese Air Freshner ni. 

Kawan k.fiezz beritahu , Bliese air freshner ni tak semestinya letak dalam kereta sahaja. Boleh juga dijadikan sebagai pewangi bilik, pewangi dapur, pewangi rumah, pewangi tandas ataupun pewangi pejabat . Ikutlah mana-mana tempat yang korang nak letak. Terpulang pada masing-masing. K.fiezz beli dua air freshner Bliese ni untuk letak di ruang tamu & dapur. Lepas beli 2 ni, k.fiezz top up beli 2 lagi. Satu letak dalam kereta, satu lagi letak dalam bilik k.fiezz di pejabat. hehe. Hover...

Support Kawan Jual Air Freshner Bliese.

Dah kebetulan kawan pejabat k.fiezz jual air freshner ni, kita cuba la sekali. Support kawan meniaga gitu. Masa nak pilih yang mana wangi, pening jap sebab banyak sangat bauan. Ikut deria hidung ni, semua wangi. haha. Member k.fiezz bawa 1 tester kit box dia. So sakan lah kitaorang mencuba nak cari yang mana wangi. Pilih punya pilih, k.fiezz pilih 2 bauan iaitu TEA ROSE & PERTH PANDAN. K.fiezz orang pertama yang member office bagi test dulu. Lepas k.fiezz pilih Tea Rose tu, rupanya ramai yang suka dengan bau TEA ROSE ni. Semua cakap wangi. TEA ROSE ni yang pertama Sold out masa kawan k.fiezz open table untuk jual Bliese niAmikkk, penangan TEA ROSE. 

bliese air freshner,pewangi bilik, pewangi kereta,minyak aromaterapi,rumah berbau, kereta berbau

2 bauan pilihan k.fiezz. 
Tea Rose - Bauan dari SERBUK TEH yang diadun bersama ROSE
Perth Pandan - Bauan dari daun pandan yang diracik halus untuk menyegarkan persekitaran


bliese aibliese air freshner,pewangi bilik, pewangi kereta,minyak aromaterapi,rumah berbau, kereta berbaur freshner,pewangi bilik, pewangi kereta,minyak aromaterapi,rumah berbau, kereta berbau

PAKEJ MINYAK AROMATERAPI

Bliese Air Freshner ni mengandungi minyak aromaterapi juga. Jadi bauan dia yang sedap tu, boleh membantu kurangkan stress, tenangkan jiwa & bantu kita untuk lebih relaks. Bahan-bahan yang digunakan juga berkualiti.

SELAMAT DI GUNAKAN

Korang jangan risau, BLIESE AIR FRESHNER ni selamat digunakan sebab tak ada bahan berbahaya seperti VOC & Phtalates yang boleh menyebabkan kanser hidung dan juga masalah buah pinggang. 

BLIESE AIR FRESHNER ni juga dapat kelulusan IFRA (International Fragrance Association)

KELEBIHAN BLIESE AIR FRESHNER

  • 100% asli concentrated fragrance
  • Pembungkusan yang cantik (tak perlu buang kotak dia masa gantung. Cuma buka penutup kayu & buang bahagian dalam yang warna putih pada botol. Lepas tu tutup semula dan terbalikkan botol beberapa minit untuk bagi bauan meresap pada penutup kayu). 
  • Ada minyak aromaterapi
  • Tahan sehingga 45 hari (setiap 3 hari,ulang semula langkah ke-2 yg highlight        )
  • Harga berpatutan
  • Bebas dari bahan kimia berbahaya
Review K.fiezz Bliese Air Freshner

Seriusly wangi weeiii..Tea Rose tu k.fiezz letak di ruang tamu. Perth Pandan k.fiezz letak di dapur. Bila bergabung 2 bauan ni, mr hubby ingat k.fiezz buat kuih seri muka malam-malam sebab ada pandan tu dah bau macam kuih. haha. Rumah k.fiezz kecil je. Jadi kedudukan dapur & ruang tamu dekat-dekat je. Tu yang bau dia boleh bergabung. Dah bergabung dua bauan ni, memang semerbak lah wangi..

Balik kerja, melangkah masuk dalam rumah menusuk ke hidung bauan Tea Rose ni. Bila ke dapur, bau pandan pula. Haih, hilang penat baru balik kerja. 

Jadi kalau korang yang ada masalah rumah berbau, kereta berbau boleh lah cuba bliese air freshner ni. Serius berbaloi dengan harga & bauan dia. Gerenti puas hati. 

Lepas beli 2 ni, k.fiezz tambah beli 1 lagi bauan Honey Havana pula, bauan honeydew. Yang ni nak letak dalam kereta. Tak buka pun lagi penutup dia, boleh bau buah honeydew. Sedap. Rasa nak cari buah tembikai susu. haha

So kalau korang nak dapatkan Bliese Air Freshner ni, boleh cari di facebook atau agen-agen sah yang jual. Di shopee & Lazada pun ada jual juga Bliese Air Freshner ni. 

Jom Bliese rumah dan kereta kita dengan Bliese. hehe..

6 Comments

  1. x pernah jumpa jugak brand ni... baru kot

    ReplyDelete
  2. thank you sharing.. mmg tgh cari pewangi utk kereta pun.. heheh

    ReplyDelete
  3. mama suka bau bliese ni especially yg honey havana tu

    ReplyDelete
  4. menariknya..best wangi2 ni kan

    ReplyDelete
  5. Ini yang semua orang dok kecoh tu. Katanya memang wangi. Ika tak terbeli beli sampai sekarang. InshaAllah nnt nak beli.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi jumpa brand ni.

    ReplyDelete