Bagi sesiapa yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak & perlu membuat rawatan susulan di hospital sedia maklum kos rawatan tinggi. Paling mahal untuk k.fiezz, rawatan IVF. K.fiezz sebelum ni pernah buat rawatan kesuburan di salah satu hospital semi-government, memang kena siapkan duit juga. Walaupun orang cakap, kerja kerajaan rawatan percuma. Tidak yea, korang. Tetap kena keluar duit sendiri dulu. Lepas dah habis rawatan baru buat tuntutan. K.fiezz & mr hubby berhenti buat rawatan sebab masalah kos. Masa k.fiezz & mr hubby buat rawatan tu, duit kitaorang memang tak berapa nak ada. Bila mr hubby tanya Dr, peratus berjaya ke tidak prosedur yang Dr nasihatkan kitaorang untuk buat tu, Dr cakap tak tinggi sangat. Terus mr hubby tak berapa semangat dengar. Jadi berhenti lah kitaorang punya rawatan masa tu. Nak buat IVF, memang lagiiii la...Belas ribu..Adeh. Bersyukur lah buat wanita-wanita di luar sana yang senang untuk hamil.

PENGELUARAN KWSP UNTUK RAWATAN KESUBURAN


Dalam tahun lepas masa pembentangan bajet belanjawan 2020, Menteri Kewangan ada menyebut kategori baru untuk pengeluaran KWSP iaitu pengeluaran KWSP untuk rawatan kesuburan. Pengeluaran KWSP untuk rawatan kesuburan ni, pencarum boleh keluar duit dari akaun 2 sekiranya mencukupi. Rawatan kesuburan yang dimaksudkan adalah rawatan untuk membuat proses IVF ( in-vitro fertilisation (IVF). Tak pasti rawatan ni termasuk rawatan lain macam IUI. Tapi kalau tengok pada borang permohonan pengeluaran, ada 3 pilihan rawatan termasuk IVF & IUI ni. Satu lagi, k.fiezz tak ingat. Korang boleh rujuk link di bawah tu.

Untuk yang tak tahu, proses rawatan IVF ni memang kosnya tinggi. Rakyat marhaen macam kita ni, memang nak kena menabung atau buat simpanan kalau nak buat rawatan IVF ni. Tak kisah lah rawatan IVF atau mana-mana rawatan kesuburan, memang makan kos yang tinggi. Bila mula je buat rawatan kesuburan ni, kena siap sedia RM. 

Untuk yang kerja kerajaan macam k.fiezz ni, memang kerajaan bayar tapi tapi tetap kena siapkan duit kita sendiri juga. Sebab kita kena bayar dulu, claim kemudian. Jadi apa-apa resit/bil rawatan kena simpan. Dah habis rawatan, baru kita boleh claim

Jadi bila dah ada kelonggaran syarat untuk pengeluaran KWSP ni, kelebihan kalau pasangan kita ada akaun KWSP, boleh lah cuba mohon pengeluaran KWSP untuk rawatan kesuburan ni. 

KELUAR DUIT KWSP AKAUN 2

Bagi yang berminat boleh membuat permohonan untuk keluar duit KWSP akaun 2 bagi membuat rawatan kesuburan ni. Pengeluaran boleh mohon bermula dari 1hb September 2020 bagi pencarum yang berkelayakan untuk membuat pengeluaran. Syarat seperti di bawah : -

1. Warganegara Malaysia
2. Bawah umur 55 tahun
3. Ada baki yang mencukupi dalam Akaun 2
4. Mempunyai sijil perkahwinan yang sah di Malaysia

pengeluaran KWSP untuk rawatan kesuburan,keluar duit kwsp akaun 2



Lebih detail, boleh klik link bawah ni untuk borang & proses pengeluaran.

KELONGGARAN SYARAT PENGELUARAN KWPS UNTUK RAWATAN KESUBURAN

Untuk k.fiezz, kelonggaran syarat yang dibuat oleh kerajaan untuk pengeluaran KWSP ni memang sangat-sangat bagus sebabnya sekarang ni ramai pasangan mengalami masalah kesuburan dan bercadang membuat rawatan di hospital dalam usaha untuk mendapatkan zuriat tapi tersangkut bila tengok pada kos yang nak dikeluarkan tu melebihi dari kemampuan. Jadi bila kelonggaran syarat yang diberi untuk pengeluaran KWSP ni memang membantu sangat pasangan yang perlu buat rawatan IVF.

Macam k.fiezz & mr hubby antara pasangan yang pernah buat rawatan kesuburan di hospital tapi k.fiezz berhenti di pertengahan jalan sebab kos yang perlu dikeluarkan agak tinggi.

Sekarang ni walaupun kelongaran syarat yang kerajaan dah bagi untuk pengeluaran KWSP untuk rawatan kesuburan tapi akaun 2 mr hubby tak cukup memandangkan setiap tahun mr hubby ada buat pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk pembayaran rumah. Sekarang ni mr hubby buat pengeluaran untuk COVID 19 pula. Jadi memang jumlah dalam akaun 2 dah berkurang & tak cukup untuk menampung buat rawatan.

K.fiezz kongsikan kat sini untuk korang yang mungkin berminat & dalam akaun 2 mencukupi membuat pengeluaran KWSP untuk rawatan kesuburan.

6 Comments

  1. Semoga usaha Fieza membuahkah hasil. Ammi dulu pun lama juga nak dapatkan anak. Berusaha sana sini..terakhir ammi gi jumpa Dr. Hamid Arshat..alhamdulillah. Allah permudahkan

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah ada juga cara yg mudah untuk dapatkan duit kwsp ye. semoga dipermudahkan buat fiez

    ReplyDelete
  3. Ivf tu Mahal kan.
    Peratus kejayaan pun depends juga kat pesakit.
    Husband Saya, kazen dia buat 4 kali IVF. Kaki ke4 tu, dia just baring saja sepanjang mengandung, baru jadi. Lahir baby kembar girls. Fuh mencabar buat IVF ni.

    ReplyDelete
  4. Fiez, nak tnya..untuk rawatan ivf, boleh keluarkan kwspn akaun 2 in advance tak..kiranya mohon pengeluaran semasa proses ivf sedang berlangsung. Ada sapa2 yg berpengalaman?boleh share sini? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry reen..x boleh nak jawab soalan ni sbb tak ada pengalaman. hope ada sapa2 yang tahu boleh jawab soalan reen ni..

      Delete