Minggu lepas, ikut mr hubby jumpa kawan gamer dia sebab nak ambil barang. Dah set jumpa di Kafe Suria Station Selayang. Area Selayang ni, kitaorang jarang masuk. Jauh dari rumah. Tapi hari Ahad lepas, dah kebetulan dari Rawang sebab nak COD beli barang. Jadi sambil-sambil lalu tu, okey lah. Kalau korang ada di sekitar sini, nak cari kedai makan. Rasanya tak perlu risau. Banyak tempat makan best dekat Selayang ni dari pemerhatian k.fiezz sepanjang laluan nak sampai ke Kafe Suria Station Selayang ni. Nampak banyak pilihan kedai makan. Kat belah depan sikit ada Pak Tam apa ntah nama kedai dia. Rasa pernah masuk situ. Makan dengan kawan-kawan pejabat mr hubby. Cakap mr hubby, pernah makan kat Pak Tam tu, mr hubby tak ingat. Ishhh..dasar berusia sangat tau. hehe..

KAFE SURIA STATION

Haritu dari Rawang nak sampai ke sini dalam 20 minit je. Tak jauh sangat. Rawang dengan Selayang kan dekat je. Kira sedang elok lah masa tu set temujanji jumpa orang beli barang di Rawang, lepas tu masuk Selayang jumpa kawan mr hubby. 

Best ke makan kat sini?Pertama kali masuk ke Kafe Suria Station Selayang ni. Untuk k.fiezz dari segi rasa makanan, boleh tahan. Ada rasa. Portion menu pilihan k.fiezz Sizzling Chicken Chop pun tak banyak & tak besar sangat. Just nice untuk perut k.fiezz yang comel ni. hehe. Masa pekerja kedai hantar menu k.fiezz ni, berasap-asap weiii..Tengah mendidih-didih tu makanan hantar kat k.fiezz. Seriau nak makan. haha. Takut melecur lidah. Tapi tak pun. Lama sikit, makin sejuk. Nama pun Sizzling kan. Selalu Sizzling Yee Mee, bila sampai, kan berasap-asap dengan tengah mendidih kemain. Hat ni Sizzling Chicken Chop. Konsepnya sama la juga berasap-asap & mendidih. hehe

kedai makan western di selayang,tempat makan best dekat selayang, kafe suria station, kafe suria station selayang

Lupa nak ambil gambar kedai dari depan. Ni gambar dari Mr Google. 


kedai makan western di selayang,tempat makan best dekat selayang, kafe suria station, kafe suria station selayang

Sizzling Chicken Chop - RM19.90
Satu ketul ayam bersama sayur sikit (kobis bunga & lobak merah - sapu cheese, lepas tu ubi kentang sikit)..


kedai makan western di selayang,tempat makan best dekat selayang, kafe suria station, kafe suria station selayang

Suka susasana dalam Kafe Suria Station Selayang ni. Best. Tenang je nak makan. 
Susunan kerusi & kedudukan mengikut SOP yang ditetapkan seperti arahan Kerajaan memandangkan kita masih dalam PKPP sehingga 31 Disember 2020. 

REKOMEN KAFE SURIA STATION

So k.fiezz rekomen ke idak dengan korang kat Kafe Suria Station Selayang ni?Dari 5 bintang, k.fiezz bagi 4. Harga bersesuian dan standard harga KL. Portion makanan okey. Menu k.fiezz tu, just nice untuk k.fiezz. K.fiezz berjaya habiskan. hehe. Tambah dia letak kat sayur tu cheese, memang laju k.fiezz perabiskan. 

Adik ipar k.fiezz order N.Goreng Kampung. Portion banyak. Bahan-bahan dalam nasi goreng, boleh tahan lepas tu dapat extra udang seketul. Okey lah tu. Mr hubby order Mixed Grill. Tak perasan mr hubby punya portion banyak mana. Tapi mr hubby seperti biasa lah, tak pernah tak habis. haha. Banyak ke sikit. Licin. hehe. Kawan mr hubby order Spaghetti Meatball **** (tak ingat nama penuh). Nampak sedap. Lain kali boleh cuba yang ni pula. hehe. 

Masa makan kat Kafe Suria Station Selayang haritu, tak berhenti orang keluar masuk dalam kedai ni. Sedap le tu kan maksudnya. Orang keluar masuk makan kat sini. Kalau tak sedap, orang tak datang. Jadi kalau korang yang duduk berdekatan area Selayang/Rawang & nak cari kedai makan western di Selayang, cuba lah ke sini. Mana tahu kena dengan selera. 

Selain dari 4 menu di atas yang k.fiezz beritahu ni, banyak lagi menu lain di Kafe Suria Station Selayang ni. Boleh lah cuba menu-menu lain mengikut selera masing-masing.. 

Malas nak keluar?K.fiezz rasa Kafe Suria Station ada buat delivery samaada terus call kedai atau order dalam Food Panda. K.fiezz ternampak dalam pages Kafe Suria Station ada update mengenai servis penghantaran makanan. Syok lah yang duduk area berdekatan sini, boleh order kalau malas nak keluar. Yang mana rajin nak ke Kafe Suria Station, bawah ni alamat & no telefon. 

Alamat -

3, Jalan 2/14, Dataran Templer, 68100 Batu Caves, Selangor
**Kalau guna MAPS - cari Suria Cafe Western & Local

No. Telefon - 


6 Comments

  1. adudu sedapnya sizzling chicken chop dia tu

    ReplyDelete
  2. sedapnya, saya memang suka makan-makan ni, kekadang memang tukar selera western juga, tq sharing tempat makan best-best

    ReplyDelete
  3. Happy tummy la ni dapat makan sedap n habis. Alhamdulillah sangat.

    ReplyDelete