Ada Bakat Seni?Boleh Mohon ke Sekolah Seni Malaysia
K.fiezz baru tahu ada Sekolah Seni Malaysia rupanya. Haha. Ketinggalan sungguh la hai. Ni k.fiezz ternampak dalam group pejabat. Ada staff kongsikan cara permohonan sekolah seni malaysia untuk kemasukan di tahun 2021.
Menarik juga idea dari Kem.Pendidikan Malaysia dengan wujudkan Sekolah Seni Malaysia. Kalau ibu bapa yang ada anak berpotensi atau ada bakat dalam bidang seni, boleh cuba masukkan anak-anak ke sini. Kadang ada anak-anak ni kurang menyerlah dari segi pendidikan, tapi ada bakat lain jadi sebagai ibu bapa kita kena bagi galakan pada anak-anak untuk cungkil atau serlahkan bakat diaorang. Tak semestinya tekankan anak-anak untuk kejar pada kerjaya-kerjaya tertentu sahaja. Malaysia ni dah makin membangun. Banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor termasuk lah sektor seni.
SEKOLAH SENI MALAYSIA
Dari apa yang k.fiezz baca pasal Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ni, dia diwujudkan untuk bagi peluang pada anak-anak muda Malaysia yang berminat atau ada bakat dalam bidang seni & boleh menjadikan seni sebagai salah satu kerjaya. Sekolah Seni Malaysia ni seperti pendidikan formal yang lain cuma lebih khusus menyediakan kemudahan menggilap potensi dan bakat diri murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan Malaysia secara lebih aktif dan kreatif.
KONSEP SEKOLAH SENI MALAYSIA
Sekolah Seni Malaysia ni konsepnya Sekolah Berasrama Penuh yang lengkap dengan kemudahan kesenian dan akademik.
Ada beberapa bidang di Sekolah Seni Malaysia iaitu
- Menengah Rendah (Tingkatan 1,2 & 3) - Bidang Muzik, Seni Visual, Tari & Teater
- Menengah Atas (Tingkatan 4 & 5) - Bidang Muzik, Seni Halus, Reka Bentuk, Komunikasi Visual, Tari & Teater
PENGAMBILAN PELAJAR SEKOLAH SENI MALAYSIA (SSeM)
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian yang dipohon (Muzik ,Tari, Teater atau Seni Visual)
- Tiada kecacatan
- Lulus Sesi Serlahan Seni
- Mendapat keputusan minima 3B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
SENARAI SEKOLAH SENI MALAYSIA
- Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ)
Jalan Persiaran Sinaran Ilmu
Bandar Seri Alam,
81750, Masai
Johor Darul Takzim
Tel. : 07-3870215
Faks : 07-3860215
Emel : jea1091@moe.gov.my
- Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS)
Lot 7794, Blok 9, Salak Land District,
Jalan Sultan Tengah,
93050 Santubong,
Kuching, Sarawak
Tel : 082-510356 / 536185
Faks : 082-513917
Emel : ssemks@gmail.com
- Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL)
Jalan Seladang Off Jalan Pasar
55100, Kuala Lumpur
Emel : wea0258@moe.gov.my
Program Pendidikan Seni
SMK Muhibbah
Kampung Baharu, Simpang Jalong,
31100, Sg. Siput (U),
Perak
Tel : 05-5951350
Faks : 05-5951351
Emel : AEA4087@moe.gov.myProgram Pendidikan Seni
SMK Elopura
Peti Surat 1091,
90712, Sandakan,
Sabah
Tel : 089-532036
Faks : 089-533960
Emel : pentadbir@smkelopura.my


6 Comments
Baru tahu jugak. Bestnya sekolah camni.
ReplyDeleteSaya suka ada sekolah ni, jadi yang betul2 berjiwa seni boleh cebur diri awal2, kadang2 kesian diorang ni, tak minat sains ke akaun ke, tapi terpaksa jugak paksa diri.. tu yang kadang2 tak perform
ReplyDeleteanak ammi darjah 6 tahun ni..haritu masa dapat info ni dari guru kelas saja je tanya kat dia..nak ke tak? belum dia jawab abahnya yg jawab dulu.."takyah" huhu
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeletekan bgus kalau dah lama ada benda ni :( tp tkpela
ReplyDeletebakat? haha mmg takde takpelah bg yg berbakat apply
ReplyDelete