K.fiezz baru tahu ada Sekolah Seni Malaysia rupanya. Haha. Ketinggalan sungguh la hai. Ni k.fiezz ternampak dalam group pejabat. Ada staff kongsikan cara permohonan sekolah seni malaysia untuk kemasukan di tahun 2021. 

Menarik juga idea dari Kem.Pendidikan Malaysia dengan wujudkan Sekolah Seni Malaysia. Kalau ibu bapa yang ada anak berpotensi atau ada bakat dalam bidang seni, boleh cuba masukkan anak-anak ke sini. Kadang ada anak-anak ni kurang menyerlah dari segi pendidikan, tapi ada bakat lain jadi sebagai ibu bapa kita kena bagi galakan pada anak-anak untuk cungkil atau serlahkan bakat diaorang. Tak semestinya tekankan anak-anak untuk kejar pada kerjaya-kerjaya tertentu sahaja. Malaysia ni dah makin membangun. Banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor termasuk lah sektor seni. 

SEKOLAH SENI MALAYSIA

Dari apa yang k.fiezz baca pasal Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ni, dia diwujudkan untuk bagi peluang pada anak-anak muda Malaysia yang berminat atau ada bakat dalam bidang seni & boleh menjadikan seni sebagai salah satu kerjaya. Sekolah Seni Malaysia ni seperti pendidikan formal yang lain cuma lebih khusus menyediakan kemudahan menggilap potensi dan bakat diri murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan Malaysia secara lebih aktif dan kreatif. 

KONSEP SEKOLAH SENI MALAYSIA

Sekolah Seni Malaysia ni konsepnya Sekolah Berasrama Penuh yang lengkap dengan kemudahan kesenian dan akademik.

Ada beberapa bidang di Sekolah Seni Malaysia iaitu

  • Menengah Rendah (Tingkatan 1,2 & 3) - Bidang Muzik, Seni Visual, Tari & Teater
  • Menengah Atas (Tingkatan 4 & 5) - Bidang Muzik, Seni Halus, Reka Bentuk, Komunikasi Visual, Tari & Teater

PENGAMBILAN PELAJAR SEKOLAH SENI MALAYSIA (SSeM)

Pengambilan terbuka untuk pelajar dari sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di seluruh Malaysia. Pengambilan pelajar bermula dari tingkatan 1 saja. Tak ada pengambilan tingkatan 2,3,4 atau 5.

Semua permohonan ke SSeM hanya dibuat atas talian melalui sistem e-SSeM. Sistem ni akan diaktifkan mulai bulan April sehingga September setiap tahun. Untuk yang berminat, boleh daftar masuk dengan gunakan Angka Giliran UPSR di https://essem.moe.gov.my.

Sekolah Seni Malaysia,permohonan sekolah seni malaysia

Pemohon yang telah memohon di atas talian akan dipanggil untuk sesi uji bakat yang digelar (Sesi Serlahan Seni - SSS) untuk menilai bakat dan potensi setiap pemohon. Bawah ni syarat kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia.

Syarat Kemasukan

  • Warganegara Malaysia
  • Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian yang dipohon (Muzik ,Tari, Teater atau Seni Visual)
  • Tiada kecacatan
  • Lulus Sesi Serlahan Seni
  • Mendapat keputusan minima 3B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Sumber dari : KPM

SENARAI SEKOLAH SENI MALAYSIA

  • Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ)
    Jalan Persiaran Sinaran Ilmu
    Bandar Seri Alam, 
    81750, Masai
    Johor Darul Takzim
    Tel. : 07-3870215
    Faks : 07-3860215
    Emel : jea1091@moe.gov.my
  • Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS)
    Lot 7794, Blok 9, Salak Land District,
    Jalan Sultan Tengah, 
    93050 Santubong,
    Kuching, Sarawak
    Tel : 082-510356 / 536185
    Faks : 082-513917
    Emel : ssemks@gmail.com
  • Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL)
    Jalan Seladang Off Jalan Pasar
    55100, Kuala Lumpur
    Emel : wea0258@moe.gov.my
  • Program Pendidikan Seni
    SMK Muhibbah
    Kampung Baharu, Simpang Jalong,
    31100, Sg. Siput (U),
    Perak
    Tel : 05-5951350
    Faks : 05-5951351
    Emel : AEA4087@moe.gov.my

  • Program Pendidikan Seni
    SMK Elopura
    Peti Surat 1091, 
    90712, Sandakan,
    Sabah
    Tel : 089-532036
    Faks : 089-533960
    Emel : pentadbir@smkelopura.my

6 Comments

  1. Baru tahu jugak. Bestnya sekolah camni.

    ReplyDelete
  2. Saya suka ada sekolah ni, jadi yang betul2 berjiwa seni boleh cebur diri awal2, kadang2 kesian diorang ni, tak minat sains ke akaun ke, tapi terpaksa jugak paksa diri.. tu yang kadang2 tak perform

    ReplyDelete
  3. anak ammi darjah 6 tahun ni..haritu masa dapat info ni dari guru kelas saja je tanya kat dia..nak ke tak? belum dia jawab abahnya yg jawab dulu.."takyah" huhu

    ReplyDelete
  4. kan bgus kalau dah lama ada benda ni :( tp tkpela

    ReplyDelete
  5. bakat? haha mmg takde takpelah bg yg berbakat apply

    ReplyDelete