Haritu pi jalan-jalan ke Cameron, tak cerita buat aktiviti apa?Tak pi ke ladang strawberry? tak singgah ke kat kea farm cameron highland yang glamour tu? Hat wajib pi kalau ke sini, Takkan duk homestay je ke,kan?hehe. Mentang lah homestay lawa. Tak mau keluar rumah. Idak lah sampai tak keluar rumah. Cuma memang kitaorang banyak lepak di homestay je sebab nak keluar pun, orang ramai. Faham lah tengah musim COVID-19 ni, kena jarak sosial. Masa cuti-cuti ke sini haritu, tak nampak orang ikut sangat SOP. Risau pula nak keluar & bersesak dengan orang ramai. Jadi kitaorang keluar sekejap-sekejap je. Saja pi bercuti nak rileks-rileks & lepaskan stress. Maklum lah sebelum tu kan kita kena berkurung 3 bulan kat rumah. Nak balik kampung pun tak boleh. So ni dah boleh rentas negeri, apa lagi. balas dendam la uolls...

Berbalik pada aktiviti yang kitaorang buat masa di Cameron Highland ni, harus lah ada menyinggah ke beberapa tempat menarik di situ. Antaranya Bharat Tea Cameron Highland & Kea Farm Cameron Highland. 

Entry Berkaitan << Homestay Di Cameron Highland >> 

BHARAT TEA CAMERON HIGHLAND

Hari ke-2 baru kitaorang ke Bharat Tea Cameron Highland ni. Saja bawa mak abah k.fiezz minum teh segar dari ladang kat sini. Harga teh kat Bharat Tea Cameron Highland ni, as we know agak pricey sikit. Bukan air dia je. Makanan pun sama. Gulp gulp telan air liur k.fiezz tengok papan menu dia. haha. Idak lah. Gurau je. Dah sampai sini, berapa pun harga. Bayar sahaja. Kata nak bercuti kan?Bercuti mesti lah keluar duit. Tak nak keluar duit. Duduk rumah sesenyap. Sesekali bawa mak abah happy, apa salahnya. Abah k.fiezz tak pernah sampai lagi Cameron Highland. Mak k.fiezz kali ke-2. Kali pertama baru lagi dalam tahun lepas tapi ikut rombongan tempat kerja mak. Balik hari je. Tak best lah kan. So kali ni bawa bermalam kat sini. Berselumbung mak tidur sebab kesejukan. haha.

Eh..berbalik cerita di Bharat Tea Cameron Highland ni, wajib lah minum teh uoll..Kitaorang ambil set teh untuk 6 orang minum. Harga tak silap k.fiezz RM22 macam tu. Ingat-ingat lupa. Dasar orang tua memang camni, pelupa all the time. haha. 

Adik k.fiezz tambah set nugget & kentang untuk makan ramai-ramai. Yang ni harga bawah RM20 macam tu. 

kea farm cameron highland, bharat tea cameron highland, jagung susu cameron

Sambil tunggu nugget & kentang kitaorang yang adik k.fiezz order
Abah k.fiezz minum air suam je sebab tak boleh minum teh. 

kea farm cameron highland, bharat tea cameron highland, jagung susu cameron

View sambil minum teh di Bharat Tea Cameron Highland


kea farm cameron highland, bharat tea cameron highland, jagung susu cameron

Nak turun ke situ ambil gambar pun boleh tapi idak lah rajin mr hubby k.fiezz tu. haha. 
Faham je lah yeak. haha.


kea farm cameron highland, bharat tea cameron highland, jagung susu cameron

Hah, mr hubby level kat sini je boleh posing. haha. Yang jalan beberapa langkah je dari meja kitaorang duduk. Nampak tak mask tetap onzzz. haha. Bercuti di musim COVID, gini lah. Bff dengan mask. What to do?


kea farm cameron highland, bharat tea cameron highland, jagung susu cameron

Wefie try handphone baru mak


kea farm cameron highland, bharat tea cameron highland, jagung susu cameron

Teh segar dari ladang, gitu..

KEA FARM CAMERON HIGHLAND

Next pit stop, kitaorang ke Kea Farm Cameron Highland pula. Dari Bharat Tea nak ke sini, tak jauh pun. Beberapa KM je tapi jammed weiii.. Dekat sejam nak sampai Kea Farm ni, hah. Tabah je lah duduk dalam kereta sambil tengok view kiri kanan.

Sampai je Kea Farm Cameron Highland ni terkejut tengok sebab pasar dia dah ada 2 side. Satu tapak lama. Satu lagi yang baru. Tak tahu pula bila binanya. Seingat k.fiezz tahun 2017 masa bercuti ke sini, tak ada lagi tapak baru Kea Farm ni. 

Yang kawasan baru Kea Farm Cameron Highland ni lagi luas & siap ada parking. Fee RM3 per entry. Parking memang banyak tapi kereta pun banyak. Tahu lah Cameron kan, sentiasa jadi pilihan pengunjung untuk bercuti sebab dekat. Jadi kena berpusing sikit nak cari parking lot yang kosong. 

kea farm cameron highland, bharat tea cameron highland, jagung susu cameron

Adik ipar & mak k.fiezz sakan memborong sayur. Kedai ni offer RM10 untuk 8 pack. Sakan diaorang memborong sayur. K.fiezz tak beli  sebab k.fiezz & mr hubby balik KL lambat lagi masa ni. Kang layu sayur tu sementara nak balik KL. haha.  Jadi kita usya je lah. 


kea farm cameron highland, bharat tea cameron highland, jagung susu cameron

Wajib beli. Strawberry + Coklat. Fefeling Tok Ti jap. Haha. Strawberry yang k.fiezz beli ni
RM10 1 pack. Ada yang mahal lagi 2 pack RM50. Hat yang mahal tu manis kot. Tak tau lah. K.fiezz beli yang mur mur je, lepas tu celup dengan coklat. Laju lalu kat tekak ni, hah.


kea farm cameron highland, bharat tea cameron highland, jagung susu cameron

Jagung Mutiara. Alaaa..serius tak manis langsung. Nasib beli 1 longgok je.  Ni kitaorang rebus kat homestay. Saja nak cuba dulu. Kalau manis, esok on the way nak turun, boleh singgah beli. Eh, sekali tawar. Cancel beli. 


kea farm cameron highland, bharat tea cameron highland, jagung susu cameron

Jagung Susu Cameron.. Hah yang ni wajib beli. Manis weiii. Jagung Susu Cameron ni mahal sikit 4 tongkol RM20. Adik k.fiezz beli 5 tongkol RM30. Tengok lah nasib kalau dapat yang murah, rezeki.  Kalau korang ke Cameron, jangan lupa beli jagung susu Cameron ni. 

kea farm cameron highland, bharat tea cameron highland, jagung susu cameron

Aiskrim Strawberry. Dap weiii. Ada yang jual RM1.50 sebatang. Ada yang RM1.00 sebatang. 
Yang ni sedap. 2x ulang beli tau aiskrim strawberry ni.  Hehe..

Percutian Ringkas

Overall percutian kitaorang ke Cameron Highland ni, ringkas & tak banyak aktiviti. Ni 2 tempat yang kitaorang singgah jalan-jalan. Banyak yang lain, kitaorang lepak di rumah je. Main games lah. Tengok movie lah. Memang kurang aktiviti berjalan sebab mak abah k.fiezz dah berumur, tak mau risiko diaorang berada di khalayak ramai. Bukan diaorang je, kitaorang pun sama. Kalau boleh elak kita elak. Cuti, cuti juga tapi SOP tetap jaga. Ewah. Tetiba rasa rakyat Malaysia yang mendengar cakap sangat. haha..

Jadi kalau korang pun bercuti di musim COVID-19 ni, SOP jaga tau. Pakai pelitup muka & stand by hand sanitiser dalam beg. 

1 Comments

  1. hihi aktiviti wajib kalo ke cameron kan.. pegi bnyk kali pun x jemu2..
    seronok je rasa =)

    ReplyDelete