Daun lidah buaya macam yang kita tahu memang elok dan bagus untuk merawat masalah kulit. Macam baru ni k.fiezz mengalami muka breakout. Memang dah elok, bengkak pun dah surut tapi tapi ada kesan parut hitam. Belum lagi parut jerawat yang lama dulu. Tambah lagi kesan breakout baru-baru ni. Adeh. Stress kejap. Jenuh fikir macamana nak hilangkan parut hitam, parut jerawat kat muka ni. 

Masa muka breakout tu, ada lah kawan pejabat k.fiezz bercerita pasal khasiat daun lidah buaya ni. Salah satunya untuk hilangkan parut hitam, parut jerawat pada kulit. Dia bagi contoh anak dia kena air panas. Kawan k.fiezz sapu gel daun lidah buaya ni hari-hari, alhamdulillah kesan parut semakin pudar. 

Macam kes k.fiezz ni, muka breakout. So nanti akan ada kesan hitam pada muka. Jadi ni lah fungsinya daun lidah buaya untuk hilangkan parut hitam tersebut. 

                                             daun lidah buaya untuk muka, daun lidah buaya untuk jerawat, kebaikan daun lidah buaya, muka breakout, khasiat daun lidah buaya, hilangkan parut hitam
                                 Lendir daun lidah buaya sapu pada kulit & biarkan seketika. 

DAUN LIDAH BUAYA

Gel atau lendir daun lidah buaya tersebut menjadi rahsia keajaiban daun lidah buaya ni. Terdiri dari 100% air, setiap helaian daun lidah buaya yang penuh gel atau tisu menyimpan air yang banyak sehingga bentuk dia jadi tebal. Bahagian luar daun lidah buaya yang keras dan tebal secara semulajadi memerangkap dan menyimpan air yang kemudiannya akan menjadi gel yang sangat berkhasiat untuk kulit.

Sifat melindungi daun lidah buaya ni boleh kita lihat bila kita potong sedikit dan kemudian kesan bahagian yang dipotong tersebut akan dibaluti semula untuk melindungi bahagian yang terdedah dari serangan bakteria. Jadi sama konsepnya di sini, bila kita sapu lendir daun lidah buaya pada kulit, ia akan melindungi kulit kita. 

Jom kita tengok apa kebaikan daun lidah buaya ni?Kalau google, banyak jumpa keyword. Tapi majoritinya ramai yang mencari info 'daun lidah buaya untuk muka. daun lidah buaya untuk jerawat'. Hah, nampak tak ramai rupanya tahu kebaikan daun lidah buaya ni untuk kecantikan.

daun lidah buaya untuk muka, daun lidah buaya untuk jerawat, kebaikan daun lidah buaya, muka breakout, khasiat daun lidah buaya, hilangkan parut hitam

K.fiezz akan cuba konsisten amalkan pemakaian gel daun lidah buaya pada muka setiap hari untuk hilangkan parut hitam. 

Khasiat Daun Lidah Buaya

  • Melambatkan Proses Penuaan
Terdiri dari kandungan air yang tinggi, daun lidah buaya boleh melambatkan proses penuaan dengan membuang sel kulit mati dari dalam & meningkatkan penghasilan kolagen.  Kajian yang dibuat kepada wanita berusia 45 tahun ke atas dengan menyapu gel daun lidah buaya pada kulit mereka dengan kerap secara konsisten selama 3 bulan mendapati kulit semakin anjal. 

Daun lidah buaya juga boleh mengurankan kesan merah pada kulit serta kandungan air yang tinggi boleh menyegarkan, melembapkan & membaikpulih kulit kering serta rosak.  Jadi siapa yang nak awet muda, boleh amalkan secara konsisten pemakaian gel daun lidah buaya.

  • Hilangkan Bintik Hitam
Cara paling mudah dan selamat untuk mencerah serta hilangkan parut hitam pada muka adalah dengan menyapu gel daun lidah buaya secara konsisten setiap hari selepas muka dibersihkan pagi dan malam. Buat rutin ni sekurang-kurangnya 2x sehari secara berturut-turut selama 30 minit bagi setiap rawatan. Kemudian bilas dengan air bersih dan keringkan. Rutin ini juga boleh membuang sel kulit mati serta mencerahkan kulit muka. 

  • Menghilangkan Jerawat
Kandungan dalam daun lidah buaya boleh mengurankan pertumbuhan jerawat pada kulit, tak kisah samaada jerawat batu atau jerawat biasa. 
Caranya - Ambil gel daun lidah buaya & sapu pada bahagian yang berjerawat. Biarkan 10-15 minit & hasilnya jerawat akan mengecut dan hilang.

  • Kurangkan Regangan Pada Kulit
Regangan atau stretch marks pada kulit yang berlaku disebabkan hamil, penuaan atau penurunan berat badan, boleh dikurangkan dengan penggunaan gel daun lidah buaya. 

Caranya - Sapu gel daun lidah buaya pada bahagian kulit yang mengalami masalah regangan tersebut secara konsisten sebanyak 2-3x sehari. 

Kesannya akan pudar secara perlahan-lahan.

  • Merawat & Melindungi Kulit
Untuk sesiapa yang selalu mengalmai masalah kulit, jadikan daun lidah buaya sebagai salah satu koleksi tanaman yang wajib kerana khasiatnya yang paling utama adalah melindungi kulit. Sifat anti alergi pada daun lidah buaya berkesan untuk merawat segala jenis masalah kulit seperti kegatalan, kemerahan, benjolan, psoriasis & sebagainya. Gel daun lidah buaya juga boleh melindungi kulit dari kerosakan selepas melakukan terapi radiasi bagi mereka yang menghidap kanser payudara. 
  • Cantikkan Bulu Mata
Untuk yang sesiapa yang selalu menggunakan maskara, daun lidah buaya sangat elok untuk membersihkan bulu mata dari segala bahan kimia hasil penggunaan alat kosmetik ini. Selain dari ia juga boleh kuatkan akar bulu mata & jika diamalkan secara konsisten bulu mata tidak mudah gugur serta tebal. 

Caranya - Cuci dahulu bulu mata kemudian sapu gel daun lidah buaya secara perlahan-lahan. Biarkan selama 30 minit. Kemudian, boleh di bilas dengan air bersih. 

Cara Efektif & Tak Ada Kesan Sampingan

Jadi khasiat daun lidah buaya yang diketahui sejak dulu lagi memang bagus untuk kulit, gel dari daun lidah buaya ni cara efektif yang paling murah dan tiada kesan sampingan berbanding menggunakan produk di pasaran yang kita tak tahu kandungannya. 

Dan sebabkan ini k.fiezz lebih suka memilih cara asli menggunakan gel daun lidah buaya untuk merawat / hilangkan parut hitam, parut jerawat pada muka k.fiezz. Walaupun kesannya mungkin lambat dari produk di pasaran tetapi lebih selamat tanpa kesan sampingan. Tu yang lebih penting. 

Haritu dah request kat mak nak pokok lidah buaya ni untuk buat hiasan dalam rumah k.fiezz. Hehe. Practical gitu. 2 dalam 1 fungsinya untuk hiasan & rawatan muka. hehe..


3 Comments

  1. banyak manfaat lidah buaya untuk kulit. nice sharing :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  2. banyak manfaat.. tapi sy x penah try raw macam ni..
    plus xde pokok ni dirumah hehe..

    ReplyDelete