Haritu ramai duk share viral Pokok Lidah Mertua atau dikenali juga dengan nama Pokok Lidah Jin. Mula-mula k.fiezz ni tak lah nak terpengaruh sangat pun sebab k.fiezz bukan peminat pokok. Nak tanam apa ntah lagi. Tangan jenis panas macam k.fiezz ni, memang tak rajin lah k.fiezz nak bela pokok pula weiii. Dulu masa k.fiezz duduk rumah yang kitaorang beli kat Semenyih, rumah tu jenis teres 2 tingkat,  ada lah kat bahagian depan tu tanah sikit. K.fiezz tanam pokok kari, kunyit. Haram tak mahu hidup. haha. 

Sejak tu memang malas lah k.fiezz nak menanam pokok-pokok ni. 

POKOK VIRAL 

Pokok viral iaitu pokok lidah mertua ni mempunyai pelbagai spesis. Rupa luarannya senang nak kenal. daun berbentuk panjang, muncung tirus & bercorak pedang. 

Masa nampak ramai yang duk kongsi pokok viral ni a.k.a pokok lidah mertua ni, macam terminat pula sikit. Biasalah kuasa viral gitu,kan. hehe. Nak beli, idak la weiiii. Ada nampak orang kongsi di facebook, nursery mana entah jual sepasu RM139. Mak aih. Mahaiii nya weii. Padahal ramai kawan-kawan facebook k.fiezz kongsi, pokok lidah mertua ni tanam kat area rumah mak, mak mertua diaorang tepi rumah ada yang tepi jalan je. Tak ada heran pun. Ni dah jadi viral,  kemain harga mencanak naik kat nursery

Mak Ada Tanam Pokok Lidah Mertua ni?

Baru-baru ni masa kerajaan dah bagi kebenaran untuk rentas negeri, k.fiezz & mr hubby balik kampung. Sekali tengok kat rumah mak, ada 3 pasu pokok lidah mertua ni hah. Mak memang saja tanam 3 pasu. Satu untuk k.fiezz, satu untuk adik ipar k.fiezz & satu lagi mak punya. K.fiezz ni dah serba salah nak ambil ke tidak?haha. Sebab nak bawa balik tu tak pe lah, letak je dalam kereta. Bukan nak kena berangkut turun naik pengangkutan awam. Cuma tengah risau pokok ni boleh hidup ke tidak k.fiezz jaga ni. haha. Maklum lah tangan panas orang tua-tua kata. Lagipun k.fiezz fikir,  tak ada ruang nak letak kat rumah tu. K.fiezz duk rumah PPR je, mana ada balkoni bagai. Dari pembacaan k.fiezz & mak cakap, pokok ni boleh je letak dalam rumah. Cuma kena rajin siram air. 

Jadi rumusaanya ambil juga 1 pasu. Mak tak ada lah paksa pun. Terpulang k.fiezz nak ke tak? Tak pe. K.fiezz cabar diri, ambil juga sepasu. Kita cuba jaga. Tengok macamana pergi dia. haha. Tak ada balkoni, tak ada masalah sebab pokok lidah mertua ni boleh jadi hiasan dalam rumah juga.  Jadi k.fiezz letak dalam rumah saja. Gigih beli botol spray untuk senang nak sembur air kat pokok lidah mertua bawah jagaan k.fiezz ni. 

KEBAIKAN POKOK LIDAH MERTUA

Masa viral baru-baru ni pokok lidah mertua, k.fiezz baca pokok ni boleh menyerap habuk. Wah magic sungguh ni. Boleh serap habuk. haha. tapi tapi tapi bukan lah sepasu tu boleh pula nak menyerap habuk-habuk. Kena kuantiti banyak baru lah boleh. 

Jadi apa kebaikan pokok lidah mertua ni?

> Senang di jaga

Pokok Lidah Mertua ni antara senang di jaga sebab tak perlukan kos yang tinggi. Kalau tak ada matahari atau air pun, pokok ni boleh bertahan. Tapi kalau boleh bagi lah juga dia minum air & kena cahaya matahari.

> Serap Pencemaran Udara

Hah yang ni k.fiezz cakap, pokok lidah mertua boleh serap pencemaran dan antara yang terbaik. Sebab itu ia juga sesuai sebagai hiasan indoor. Pokok lidah mertua ni efektif menyedut gas berbahaya yang boleh menjadi punca kanser kepada manusia. Kalau dah gas berbahaya pun berjaya diserap, apa lagi asap rokok atau bau-bauan kurang enak dalam rumah. 

> Kaya Dengan Oksigen

Pokok Lidah Mertua ni dalam kategori tanaman yang mampu hasilkan oksigen dengan baik. Klorofil yang dihasilkan membantu mempercepatkan proses fotosintesis. Jadi sekaligus ia meningkatkan penghasilan oksigen dalam rumah. 

> Ada Bauan Khas

Pokok Lidah Mertua ni mempunyai satu bau khas & negara seperti China, Perancis turut menggunakan tumbuhan ni dalam menghasilkan wangian.  Jadi pokok lidah jin ni sesuai diletakkan dalam rumah seperti bilik air atau dapur untuk memberi bauan yang sedap dan segar di dua ruang ni. 

> Terapi

Di waktu petang, pokok lidah mertua akan mekar & mengeluarkan bau khas yang menenangkan. Sesuai sebagai terapi selepas seharian keluar bekerja & mengurangkan tekanan. 

Keburukan Pokok Lidah Mertua

Setiap objek / perkara yang ada di dunia ni mesti ada pro dan kontra. Macamtu juga dengan pokok lidah mertua ni.  Jom tengok apa keburukan pokok lidah mertua ni pula. 

pokok viral, pokok lidah mertua, pokok lidah jin,kebaikan pokok lidah mertua
Kenyataan dari Pusat Racun Negara

Pokok lidah mertua ni mempunyai bahan aktif berbahaya yang jika termakan dalam kuantiti yang banyak boleh sebabkan gejala ringan kepada manusia seperti muntah, cirit-birit dan ruam. Tapi gejala ini mungkin lagi teruk kalau terjadi kepada haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Antara gejalanya air liur berlebihan, kurang selera makan, lesu & muntah-muntah. 

Jadi dalam keghairan kita yang sentiasa nak #doneintoscene dengan perkara viral seperti penanaman pokok lidah mertua ni, Pastikan kita hati-hati. Elakkan meletakkan pokok ini dalam rumah jika di rumah kita ada anak-anak kecil dan haiwan peliharaan.  


6 Comments

  1. ammi belum ada nafsu nak "membela" pokok.

    ReplyDelete
  2. Kenapa mertua diheret sama dalam nama pokok ni hahaha

    ReplyDelete
  3. Viral betul pokok lidah mertua ni erk..

    ReplyDelete
  4. Kalau kat kampung, sepah2 aje pokok ni
    Buang tepi jalan pun hidup.

    ReplyDelete
  5. saya sendiri tak minat pokok tp mak dah bg suh letak d rumah kita ambil jela.. hahah lama2 mcm best pula ada tumbuh-tumbuhan dalam d rumah. yelah kita tgl apartment, susah nak bercucuk tanam hahah

    ReplyDelete
  6. cantiknya kalau rajin jaga kan... macam mrs pip ni bab2 menanam ni mmg bukan minat. hehe.

    ReplyDelete