Dulu dah pernah kena << baca sini Sangkut Dalam Lif >>. Pagi tadi kena lagiii..Haih, buat lawak tak kelakar sangat tau lif ni di pagi Isnin. Dah lah k.fiezz memang sedia ada lambat pagi tadi. Tetiba lif buat lawak tak kelakar, jadi lagi lambat k.fiezz sampai pejabat nak thumbprint. Udah balik lambat sikit harini.

Cuak juga weiii. K.fiezz benornya memang fobia sikit naik lif. Tambah-tambah kena macam tadi, lif tetiba tak bergerak & tak nak buka pintu bila dah sampai tingkat k.fiezz nak turun.

SANGKUT DALAM LIF DI PEJABAT 

Mula-mula sebelum tu, rasa lif terhentak. Lepas tu terus dia berhenti. Lagi best dah sampai pun tingkat k.fiezz tapi pintu lif tak nak buka. 


Kelam kabut tekan button alarm tapi macam tak fungsi je. Tak ada dengar bunyi loceng pun. Segala butang k.fiezz tekan. Penyudahnya k.fiezz tekan button G (Lobi), baru rasa lif bergerak ke bawah. Uihhh..serammm...Sampai G (Lobi), laju k.fiezz keluar. Alhamdulillah pintu lif terbuka bila dah sampai kat lobi tu. Legaaa...

Mengigil 1 badan kejap sangkut dalam lif. Walaupun tak lama sangat sangkut dalam lif pagi tadi tetap cuak weiii...

Buat masa ni lif tu, k.fiezz pangkah dulu. Kalau ada orang yang satu tingkat dengan k.fiezz, baru k.fiezz naik. 

LIF DI RUMAH

Lif kat rumah k.fiezz pun beberapa minggu lepas ada budak perempuan sangkut dalam salah satu lif kat situ. Lif rumah k.fiezz lagi seram. Rumah DBKL (PPR). Tahu je lah kan rumah PPR, selenggara lif macamana. Lif yang budak perempuan tu sangkut, k.fiezz pangkah dulu naik. Kecuali kalau ada orang lain naik. Baru k.fiezz naik. Tu pun k.fiezz tengok dulu kalau orang tu tingkat lagi atas dari tingkat k.fiezz, baru k.fiezz naik. Kalau tingkat bawah lagi dari k.fiezz, memang tak lah k.fiezz naik. Ada sekali dalam minggu lepas, k.fiezz ternaik juga lif yang bermasalah tu sorang-sorang. Nasib baik lif tu tak buat hal. 

Haih, jangan di buat main tau sangkut dalam lif ni. Siapa yang pernah alami tahu macamana perasaan masa sangkut masa tu.

3 Comments

  1. Nasib baik tak terkurung lama2 dalam lif tu

    ReplyDelete
  2. seriau weh sangkut dalm lif..gelap gulita..huhu

    ReplyDelete
  3. Kena exercise naik tangga kak, huhu.

    ReplyDelete