Resipi baru on da house, yo. Ewah..speaking pulekkk. hehe. Ni resipi chicken peratal yang k.fiezz ternampak ada kawan share di facebook. Seperti biasa, k.fiezz sebelum cuba apa-apa resipi k.fiezz tengok dulu bahan & cara masak. Senang ke idak? Kalau senang, resipi onzzz. Kalau renyah, next recipe. hehe. Jadi bila tengok resipi chicken peratal yang kawan k.fiezz share di facebook dia tu, macam senang je. Menarik pun iya. Tu yang k.fiezz tertarik nak cuba. 

So jom check it out resipi chicken peratal. 

RESIPI CHICKEN PERATAL


Bahan-Bahan : 

Ayam (potong kecil)
1 - 2 Biji Bawang Besar **
2-3 Ulas Bawang Putih **
Halia **
Serbuk Kunyit
Kulit Kayu Manis
5 Buah pelaga
2 Bunga Lawang
1/2 Sudu Kecil Jintan Manis
2 1/2 Sudu Besar serbuk cili
2 Sudu Besar Serbuk Kari Ayam Atau Daging
1 Biji Tomato 
1 Tangkai Daun Kari
Daun Ketumbar
Garam
Gula

Cara Masak : 
  • Kisar dulu yang bertanda **. Ketepikan sekejap
  • Panaskan minyak. Tumis buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis & jintan manis. Masukkan juga daun kari serta bahan kisar. 
  • Masukkan sedikit air dan tumis sampai pecah minyak. Selepas pecah minyak, masukkan ayam dan kunyit. Kacau sekata. Biarkan sekejap untuk bagi ayam masak. 
  • Lepas tu baru masukkan tomato diikuti dengan serbuk kari dan serbuk cili. Letak air sedikit.
  • Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan garam & gula untuk seimbangkan rasa. Biar seketika hingga ayam masak dengan api sederhana. Sekali sekala kacau. 
  • Lepas ayam dah masak, masukkan daun ketumbar. Kacau sebati & masak untuk 5 minit lagi.
  • SIAP
**Note - Resipi asal tak letak gula tapi k.fiezz letak sebab bila try rasa macam kurang sikit rasa dia. Bila k.fiezz cuba letak gula, baru rasa dia balance. Ada masin, manis sikit. Ni ikut selera k.fiezz lah yea. 

Review Resipi Chicken Peratal Ikut Selera Mr Hubby

Overall rasa dia, mr hubby komen sedap cuma mr hubby tak berapa suka ayam yang tak goreng dulu. hehe. so next time k.fiezz kena goreng dulu ayam separuh masak. Sambal dia dah okey mr hubby cakap. Ayam je kurang sikit sebab tak ber goreng. Ayam bila tak goreng, terus masak macam ni, mr hubby cakap macam liat sikit. 

MENU DARI MASYARAKAT INDIA

Resipi chicken peratal ni resipi masakan masyarakat India rasanya. Kalau tengok pada nama dia tu. Kot ada sesiapa yang tahu, boleh lah kongsi kat ruangan komen. Nak tahu juga,kan. #busybody.hehe. 

KUASA VIRAL GITU

K.fiezz pun tak tahu menu ni kalau tak sebab ramai yang duk kongsi resipi chicken peratal ni. Dah ramai yang kongsi, VIRAL lah kan. So dah viral tu, kena lah cuba juga. Maklumlah viral. Sekarang kan kuasa VIRAL..hehe

6 Comments

  1. Boleh try menu baru ni. Kami tak pernah masak lagi menu ni

    ReplyDelete
  2. Betul, ayam kalau goreng dulu lebih yums hehe

    ReplyDelete
  3. sama macam suami saya. kalau masak macam ni ayam kena goreng dulu. Sebab tu prefer daging dari ayam. Ni kalau gantikan dengan daging pun sedap nih.

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap tu..boleh cuba nanti..SA suka ayam Masala...tapi tak pandai buat lagi,..

    ReplyDelete
  5. Baru nak try buat , tapi bahan2 Tak cukup lah pula. Hirm, kena shopping beli bahan2 dulu ni.

    ReplyDelete