Baru-baru ni k.fiezz, mr hubby & family k.fiezz cuti-cuti ke Cameron Highlands. Balas dendam 3 bulan duduk kat rumah tak boleh ke mana-mana sebab ikut arahan kerajaan - Perintah Kawalan Pergerakan. Jadi bila PM umum, dah boleh start rentas negeri. Apa lagi...Cuti-cuti lah uolls sesambil balik kampung...

Paling dekat dengan perak, haruslah Cameron Highlands. hehe. Dah pilih lokasi bercuti, kena fikir pula tempat penginapan di Cameron. Jadi antara hotel di cameron highland dengan homestay. Kitaorang lebih suka pilih homestay. Rasanya lebih jimat sikit & lebih selesa duduk homestay sebab ramai. Senang nak bincang pun nak jalan-jalan ke mana. Tak adalah kena keluar, ketuk pintu bilik kalau duduk hotel. Mr hubby pun kalau kitaorang cuti ramai-ramai macam ni, lebih suka pilih homestay. Jadi tugas mencari homestay, mr hubby yang incharge & pilihan mr hubby homestay di Brinchang Cameron Highland

Setel part Homestay..Apa lagi...

Jom ke Cameron, uoll.   

Naik Cameron Dari Simpang Pulai

Kitaorang naik Cameron Highland dari Simpang Pulai. Jalan dari sini nak naik ke Cameron tak lah teruk sangat. Kalau compare ikut Tapah, mr hubby cakap lagi mencabar. Tapi dah kebetulan memang kitaorang dari belah Ipoh, jadi pilih Simpang Pulai je lah. Senang. Perjalanan dari Simpang Pulai nak ke Cameron, tak lah jauh sangat pun. Sejam kalau tak silap k.fiezz. Tengok pada cara pemanduan masing-masing. 

PENGINAPAN DI CAMERON HIGHLAND

Mr hubby memang dah siap-siap booked melalui Agoda. Jadi sampai je Cameron Highland, terus menuju ke Homestay di Brinchang Cameron Highland iaitu Pangsapuri Kaktus. Jalan masa nak ke pangsapuri ni, jammed weiii. Dah nampak pangsapuri nya tapi sangkut dalam jammed, tak boleh buat apa. Hadap je lah. Sekolah belum mula lagi jadi orang ramai lah bercuti kat Cameron masa ni. 

Homestay kitaorang iaitu Pangsapuri Kaktus ni, jenis apartment. Ada lif & parking setiap unit rumah ada 1. Jadi satu kereta je boleh parking dalam kawasan disediakan. Yang lain, parking di luar. 

Nak masuk dalam homestay ni, tuan rumah dah bagi arahan. Kunci boleh ambil dalam peti di luar pintu rumah & nak buka peti tu ada lah kata laluan khasnya.

KENAPA PILIH HOMESTAY? 

Senang duduk homestay. Jimat dari segi sewa boleh kongsi.

Nak jimat boleh masak-masak juga. Lepas tu dah ada bilik cukup untuk setiap orang. Jadi senang macam tu.  Lagipun senang kumpul semua dalam satu rumah. Nak bincang macam nak makan kat mana, nak jalan-jalan ke mana, boleh terus sembang. Tak yah nak whatsapp.

Rate Pangsapuri Kaktus yang terletak di Brinchang ni RM200 / 1 malam. 

Masa mula-mula booked, mr hubby pilih homestay jenis Bohemian tapi masa sehari sebelum kitaorang naik cameron, pemilik homestay atau pun pihak Agoda Whatsapp Mr hubby beritahu terpaksa tukar sebab homestay Bohemian tu ada masalah paip. Alahhh..dah berangan nak duduk yang bohemian tu sebab deko dia cantik...Tapi tak pe lah dah problem paip pulekkk..Kang dah satu hal. Tak pe lah, ikut je lah yang mana okey. Janji selesa & tak bermasalah. 

Tukar lah dari homestay Bohemian ke homestay Blue & White Theme ni. Bawah ni video k.fiezz rekod dalam rumah. Gigih tau. Haha. Nak cakap depan kamera, maluuu..Kita tak sampai lagi level Sugu Pavithra. haha. Jadi kita buat suara latar je lah. Yang intro k.fiezz ada enterprame jap. haha..



Korang nak tengok keseluruhan dalam rumah, boleh tengok dalam video ni. 


homestay di brinchang cameron highland,hotel di cameron highland

Ruang Tamu - Dari sudut depan


homestay di brinchang cameron highland,hotel di cameron highland

Ruang Tamu - Dari sudut tepi


homestay di brinchang cameron highland,hotel di cameron highland

Dapur 


homestay di brinchang cameron highland,hotel di cameron highland

Dapur

Bahagian dapur, lengkap dengan segala perkakas / barangan dapur. Microwave, dapur elektrik, pinggan, cawan, cerek elektrik, periuk nasi & lain-lain. Boleh rujuk video. 


homestay di brinchang cameron highland,hotel di cameron highland

Cantik wallpaper kat ruang makan ni. Tu yang sibuk nak bergambor juga. hehe.


homestay di brinchang cameron highland,hotel di cameron highland

Bilik Utama - Bilik air + Iron & Iron Board + Hair Dryer


homestay di brinchang cameron highland,hotel di cameron highland

Bilik ke-2


homestay di brinchang cameron highland,hotel di cameron highland

Bilik ke-3

Satu lagi bilik air di luar. K.fiezz lupa nak snap gambar. Dalam video atas ni, ada k.fiezz rekod.

homestay di brinchang cameron highland,hotel di cameron highland

Dengan abah k.fiezz kat balkoni ambil angin sejuk..Homestay yang kitaorang menginap ni belakang
Kaktus Valley. Jadi memang keluar je di balkoni terus nampak tanaman kaktus & sebelahnya tu ladang sayur.  

homestay di brinchang cameron highland,hotel di cameron highland

Ni hah. ladang sayuran. sebelah dengan kaktus valley.

homestay di brinchang cameron highland,hotel di cameron highland

Kaktus Valley. Nampak lah orang yang jalan-jalan dalam kaktus valley ni sebab rumah kitaorang menginap ni di tingkat 2. Memang sama level dengan tempat kaktus. 

Overall penginapan yang menarik kat sini. Selesa. memuaskan hati. Untuk k.fiezz sesuai sangat homestay ni untuk yang datang beramai-ramai. Ruang tamu, ruang makan, dapur, balkoni luas weiii..Kalau ada budak-budak, memang seronok diaorang main kejar-kejar. Tapi kena hati-hati juga tau sebab tuan rumah ada almari perhiasan letak barang-barang kaca di ruang tamu. Kalau pecah tu, nangis nak ganti. haha. Tapi rumah ni memang selesa sangat untuk kitaorang seramai 6 orang. Tempat dia pun tenang & tak crowded

Dekat dengan kedai tak?

Dekat lah juga. Juga tau. haha. Nak exercise boleh juga tapi kalau tak larat, naik kereta je lah. Penat gak. Haritu kitaorang jalan kaki dari homestay nak ke kedai, cari tempat makan. Mengah weii. haha. Sebenarnya tak lah jauh sangat. 5-10 minit berjalan dah sampai area kedai-kedai.  Cuma bila lalu jalan yang berbukit mengah kejap. 

Masa tu kitaorang decide jalan kaki sebabnya jalan jammed. Dari sangkut dalam jammed, baik lah jalan kaki. Cuma stamina kena ready jalan kaki. hehe. Sesekali kan. Apa salahnya.

Kalau korang nak sewa homestay di Brinchang, Cameron Highland k.fiezz memang rekomen sangat Pangsapuri Kaktus ni dengan korang. Terutama yang bercuti ramai-ramai dengan family. Boleh masak, ruang luas.  

Booking boleh dibuat melalui AGODA.

Alamat - 
Pangsapuri Kaktus 
16, Jalan Angsana 1
Brinchang, 39000 Pahang

5 Comments

  1. Tempat nampak selesa. rindu cameron. last pegi masa 2013 lepas kawen.

    ReplyDelete
  2. Wow complete ea. Next pi cameron boleh try dok sini pulak

    ReplyDelete
  3. Last ke sana Ogos last year. Bialalh boleh repeat agaknya ni :)

    ReplyDelete
  4. Semalam rm200 ok sangat tu.. View pun cantik. rumah selesa,

    ReplyDelete
  5. cantik dan kemas homestay nya.. tapi kalo Boho rasa macam lagi cantik kan ? hehe xpe kak.. tu tandanya kena pergi lagi tu hehe..

    ReplyDelete