Baru ni terbaca ada komen dari seorang kawan blogger k.fiezz yang aktif dulu. Dia tinggalkan komen ada kawan pejabat dia dapat jana duit melalui YouTube. So kawan k.fiezz ni tanya kalau macam blog ni boleh lah juga dapat duit,kan?So nak menjawab persoalan kawan k.fiezz tu..Jom k.fiezz tulis dalam satu entry cara buat duit dengan blog. 

Ewah macam lah k.fiezz dapat masyuk ribu riban. haha. Tak lah riban. Level k.fiezz ni main ratus je tapi tak selalu. Tengok pada rezeki. Kadang ada yang offer dapat RM. Kadang ada yang offer setakat gift review saja. So terpulang pada masing-masing,lebih suka gift review atau paid review? 

Tanya k.fiezz, of course lah k.fiezz lagi suka paid review. Duit kan. Yelah dengan duit job berbayar ni lah kita bayar bil elektrik, internet. Kalau tak ada 2 ni, macamana nak buat kerja-kerja blog, nak post kat sosial media. 

Sebelum tu, jom kita tengok apa beza gift review & paid review

Beza Gift Review & Paid Review? 

Gift Review

Gift review ni samaada dapat barang & bayaran sekali ataupun dapat barang sahaja. Ikut pada client. Terpulanglah pada kita nak terima ke tidak kalau cuma dapat barang sahaja. K.fiezz selalunya rujuk pada nilai harga barang review tu & k.fiezz guna atau tidak barang tersebut. Kalau k.fiezz rasa berbaloi dan k.fiezz guna, k.fiezz terima gift review tu. Kalau kata k.fiezz tak guna pun barang tu tapi k.fiezz boleh bagi pada ahli keluarga yang boleh guna barang tersebut, k.fiezz akan ambil. Tapi kalau rasa tak berbaloi, k.fiezz tak terima. 

Paid Review

Selalunya memang jadi keutamaan pada blogger-blogger senior macam k.fiezz. Ewah, senior..Tak malu. haha. Tapi kebiasaannya paid review ni memang akan jadi keutamaan mana-mana blogger pun. Duit kan. Siapa tak nak?Paid review ni, kita akan di tawarkan untuk menulis berkaitan produk/servis client. Selalunya kerja yang melibatkan bayaran ni, lebih sikit job skop dia. Kita bukan setakat kena menulis di blog, malahan client akan minta kita kongsikan di media sosial (facebook, instagram, youtube & etc) juga. Mana-mana channel yang kita ada. Jadi kalau dapat offer melibatkan bayaran, kita ikut sahaja arahan client

Selain dari dua ni, macamana lagi cara buat duit dengan blog?Ada lagi. Cuma antara rajin dengan tidak je. Contohnya seperti di bawah :-

  • Google Adsense - Platform untuk pengiklanan di blog. Cuma perlu daftar di Google Adsense & selepas pendaftaran dan mendapat kelulusan, kita perlu meletak kod tertentu di dalam blog. Selepas itu, baru kita akan dapat pengiklanan secara automatik di blog apabila kod tersebut dah di pasang. Dari sini kita boleh menjana pendapatan apabila ada orang klik iklan yang terpampang di blog kita. Menariknya, bayaran bagi pengiklanan dengan Google Adsense ni dibayar dengan USD. 
  • Program Affiliate - yang ni kita kena daftar secara percuma untuk jadi ahli dan mula menjana income.  Kita akan mendapat pendapatan bila ada pengunjung blog kita yang klik pada link iklan tersebut untuk buat pembelian. Income Affiliate ni bergantung pada lebih banyak yang membuat pembelian melalui link kita iklankan, maka banya lah komisyen yang diterima. Affialiate ni banyak juga orang offer. Tapi k.fiezz kurang gemar sebab to be honest k.fiezz jarang dapat income melalui affialiate ni. Tapi ada je blogger lain yang dapat jana pendapatan melalui program affialiate. K.fiezz yang tak berapa pandai part affialite ni.
  • Servis sewa banner di blog - Kita boleh tawarkan pengiklanan tapak banner di blog masing-masing dalam tempoh tertentu. 
  • Berdaftar dengan platform tertentu - Ada sesetengah platform yang boleh memperkenalkan blogger dengan syarikat-syarikat yang ingin gunakan khidmat blogger. Jadi kita boleh berdaftar dengan platform tersebut. Antara yang k.fiezz daftar adalah di SUSHIVID.
  • Cari client yang ingin menggunakan khidmat blogger - Selain dari menunggu client yang cari kita untuk membuat review produk / servis, kita boleh juga cari client melalui facebook / instagram. Dalam 2 medium sosial media ni, banyak ads yang lalu lalang di wall kita. Jadi dari situ kita boleh cuba approach diaorang (seller) melalui private message / direct message samaada berminat untuk menggunakan servis kita sebagai blogger. Tak salah mencuba. Kalau bernasib baik, mungkin ada yang berminat. 

Kelebihan Beriklan di Blog

Orang masih tak nampak kelebihan beriklan di blog ni. Sebab rakyat kita lebih suka menggunakan iklan berbayar di facebook dan instagram untuk mendapat hasil yang lebih cepat dan pantas ataupun menggunakan instafamous/influencer. Cuma silapnya pengiklanan berbayar ni, hanya masa iklan tersebut dibayar sahaja orang akan nampak. Lepas habis tempoh iklan, orang tak boleh nampak dah iklan tu. Untuk itu, seller terpaksa keluar duit lebih lagi bagi buat iklan secara berterusan di fb/instagram ads supaya orang sentiasa nampak produk / servis yang ditawarkan. Ada sesetengah instafamous/influencer pula ada letak had tempoh tertentu di post IG mereka untuk iklan produk/servis seller. Selepas tempoh tertentu, post tersebut akan di buang. Hmmm. Dah tu, macamana orang nak jumpa produk/servis seller. Bukannya masa tu post, orang ada duit nak beli. Mungkin tunggu gaji baru nak beli, bila cari balik post dah tak ada. So siapa yang rugi?seller juga..

Di situ kelebihan beriklan dengan blog, hasil penulisan kita akan kekal selagi kita tidak buang dari blog. Orang sekarang lebih suka gunakan medium Google bila nak mencari sesuatu info. Di sini lah fungsinya blog & kita sebagai blogger yang mempunyai platform blog boleh jadikan blog ni sebagai salah satu cara dapat duit melalui internet. 

Tapi apapun untuk kita jana duit melalui blog ni, pastikan trafik blog kita tinggi supaya client yakin & rasa berbaloi untuk gunakan blog kita sebagai platform pengiklanan diaorang. 

Mantapkan Skill Blog

Kita perlu mantapkan kemahiran berblog supaya kita tahu macamana nak tarik pembaca datang singgah ke blog kita untuk membaca sebarang maklumat yang kita kongsikan. Kena tahu berkaitan SEO. Paling penting ni, kalau tak macamana nak tarik pembaca singgah ke blog. Apa yang buatkan pembaca datang ke blog kita?hah, ada teknik dan cara dia. Memang orang cakap senang nak jadi blogger. Platform percuma tapi kemahiran tu yang penting. Kena cari ilmu. 

Sebelum kita rasa kita layak untuk tawarkan pengiklanan di blog, kita asah dulu kemahiran kita menulis, banyakkan entry di blog dengan cerita-cerita peribadi atau apa-apa yang nak dikongsi supaya kita mahir menulis. Dah lama sikit baru kita cari client yang boleh bagi gift review. Lama sikit, baru cari client  yang dapat offer RM pula. Step by step, okey. Bukan harini buat blog, esok dah cari client untuk buat job berbayar. Memang tak dapat lah macam tu. Nampak sangat niat berblog tu tak ikhlas. 

Tanya lah blogger-blogger otai sekarang, semua berblog dulu sekadar suka-suka sahaja. Dah lama sikit baru tahu rupanya boleh jana pendapatan dari blog. K.fiezz sendiri mula-mula dulu tak tahu pun dari blog ni boleh jana pendapatan. Bila dah lama dalam bidang blogging ni & joint group, baru k.fiezz tahu. Dan alhamdulillah, k.fiezz memang dapat cari pendapatan tepian dari blog ni. Cuma untuk level k.fiezz ni, tak lah masyuk sangat macam Cik Epal tu. K.fiezz kategori beshe-beshe je, uoll. Tapi ni pun dah syukur ada juga duit tepian...

Untuk korang yang nak mantapkan skill blog, boleh joint BITERS bawah kelolaan Siti Awa. Awa ni baru saja mula berblog semula tahun 2017 selepas berhenti kejap sebelum tu.

Jadi bila Awa dah buat comeback, Awa dah praktikkan semua apa yang dia ajar dalam group ni seperti trick, skill, SEO blog untuk ahli BITES terapkan pula dalam blog masing-masing. 

Awa ni konsisten boleh keluarkan duit dari Google Adsense setiap bulan. Had minima untuk keluarkan duit dari Google Adsense ni 100USD & selalunya Awa berjaya keluarkan lebih dari tu setiap bulan. Bukan senang tau nak kumpulkan 100USD apa tah lagi lebih dari tu. K.fiezz sendiri baru berjaya keluarkan tahun ni selepas mengumpul dari tahun 2016 << Lulus Pun Mohon Adsense >>. So hebat tak hebat lah Awa boleh konsisten keluarkan setiap bulan. 

Kitaorang ahli-ahli BITES memang kagum giler dengan Awa. Hah, macamana cara Awa berjaya buat tu, ada dia ajarkan. Tinggal kita untuk praktikkan sahaja. 

Untuk yang nak joint, boleh contact >> SITI AWA 

13 Comments

  1. Kalu kena cara memang boleh buat duit dengan blog. Untung berguru dengan Sis Awa.. banyak dapat ilmu baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..untung joint BITES. Macam2 Awa share..antara kita rajin dengan tidak je nak praktikkan.

      Delete
  2. Apa-apa pun, consistency tu penting kan sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea betul. ni paling penting. konsisten..

      Delete
  3. kami baru dapat RM3 hahaha dari google adsense.. Hahaha.. Nak beli air boba depan masjid pun tak lepas..

    ReplyDelete
  4. kita iklan pun takde kat blog..ntahlah nak add ke taknak. sebab blog suka suki je kan.

    ReplyDelete
  5. bagus perkongsian fieza nie.. disamping suka2 lama2 jd side income..

    ReplyDelete
  6. Marina start blog 2010.on off on off.asyik buat blog baru. Sudahnya tahun lepas baru buat betul2.dulu tak nampak hala tuju

    ReplyDelete
  7. kita blogger picisan jer..:)

    ReplyDelete
  8. Yg provide banner iklan kat blog tu inisiatif sendiri ya? Hmm.. Byk lagi pasal blog kena belajar ni.

    ReplyDelete
  9. Klau gift review liez mmg pilih la sbb kdg² benda xpakai buat apa kan..dan nilai brg pun kena berbaloi..

    ReplyDelete
  10. eheh kalo active n famous insyallah banyak boleh dapat. macam sya ni uhuk2 la.. suka tengok kawan2 yang rajin amek review tapi sendiri tak berapa yakin nak buat tu x terima..

    ReplyDelete
  11. menarik ni..ada juga tengok blog sis hawa sebelum ni....
    cuma tu la...masa untuk mula tak tahu bila

    ReplyDelete