K.fiezz dalam kategori wanita bekerja yang balik kerja wajib masak untuk makan malam. Kadang datang mood malas atau stok dalam peti ais dah habis, baru lah order kat Food Panda. Antara order kat food panda dan masak, k.fiezz lebih suka masak sendiri sebab kita tahu bahan apa yang kita guna. Lagipun masak sendiri lebih jimat. Tambahan macam k.fiezz ni, k.fiezz tak suka letak segala serbuk perasa atau ajinomoto. Mungkin sebab dari dulu mak k.fiezz sendiri bukan pengguna bahan masakan sampingan ni, jadi k.fiezz terpengaruh dengan cara masak mak yang lebih sihat menggunakan bahan asas masakan yang biasa iaitu garam dan gula saja untuk seimbangkan rasa. 

Cuma selalunya bila balik kerja ni rushing nak siapkan makan malam. 

Alah, k.fiezz bukannya ada budak kecil kat rumah yang nak masak cepat-cepat.. Heh, walaupun bukan nak masak untuk anak tapi perut sendiri & mr hubby, takkan nak berlapar pula. Tambah kalau mr hubby kerja dari rumah, kadang dia tak makan weiii sehari suntuk. Kalau ada roti, dia makan roti je pagi sebab kadang k.fiezz buatkan roti planta. Tenghari dia tak makan sebab nak order food panda, kadang mahal. So diet lah mr hubby tengahari. Petang balik kerja, tak ke rushing k.fiezz nak masak sebab tahu mr hubby kelaparan. 

Seronoknya kalau ada pes masakan dah siap yang cuma masukkan je dalam periuk, lepas tu tambah bahan utama (ayam, seafood, daging, sayur-sayuran). Masak sekejap & siap. Ada ke pes masakan dah siap ni?ada je,korang..Cuma kena rajin mencari. Insyallah jumpa. Contohnya yang k.fiezz jumpa baru-baru ni iaitu pes masakan siap dari Aya Real Food..

PES MASAKAN SIAP DARI AYA REAL FOOD

Pes masakan dari Aya Real Food ni dah siap semua. Cuma tinggal masuk dalam periuk atau kuali & tambah apa yang patut. hehe. Lepas tu SIAP untuk di makan. Senang sangat weii...Kalau kita nak pi travel ke, sesuai sangat bawa ni. Cuma beli bahan utama je, lepas tu masak sekejap. 

K.fiezz suka Pes Masakan Aya Real Food ni sebab dia FREE GLUTEN, VEGETARIAN.  

Eh..Jap. Ada yang tak pernah dengar Aya Real Food?

Okey, jom kita sesi suai kenal sikit dengan Aya Real Food ni.

masak sendiri lebih jimat,pes masakan, aya kalio
Pes masakan dan sos dari Aya Real Food

AYA REAL FOOD

Diinspirasikan oleh pemiliknya sebagai lambang kasih sayang & cinta hati kepada puterinya. Sebagai ibu, dah tentu beliau nak menunjukkan kasih sayangnya melalui makanan untuk anaknya dan memastikan makanan yang diberi pada puterinya berkhasiat dan penuh nutrien. Jadi beliau olah semua resipi pes masakan dan sos Aya Real Food ni dari resipi yang menggunakan semua bahan semulajadi dan  TIADA MSG, TIADA BAHAN PEWARNA & TIADA BAHAN PENGAWET. Setiap pek masakan dan sos mempunyai pelbagai rasa dan mudah untuk digunakan bagi memudahkan ibu-ibu yang berkerjaya menyediakan masakan yang sihat dalam masa beberapa minit untuk keluarga. 

Dari sini lah beliau mewujudkan AYA REAL FOOD yang bermaksud (Authentic. Yummy. Amazing). 

Semua pes masakan siap dan sos dari AYA REAL FOOD mempunyai sijil HALAL JAKIM

AYA REAL FOOD KALIO 

Pes masakan siap dah ada..Apa lagi, moh kita cuba..K.fiezz tertarik nak cuba Aya Real Food Kalio. Eh. apa yeak kalio ni. Bila rujuk di belakang pek, kalio ni rupanya salah satu masakan padang. Menarik ni. Tak pernah cuba. So let's masak kalio, gais. 

Untuk masakan kalio ni, boleh gunakan ayam, daging, makanan laut atau sayuran. K.fiezz pilih daging. Kebetulan kat rumah ada daging, jadi k.fiezz buat kalio daging. 


Cara masak guna pes masakan siap kalio. Gigih k.fiezz rekod tau. hehe. 
Sorry, tak berapa fluent bercakap walaupun tak tunjuk muka. K.fiezz tak pakar macam Sugu Pavithra. hehe. Fluent cakap depan kamera. 

RESIPI KALIO DAGING

Bahan : -
  • 1 Pek Pes Kalio
  • Daging (Rebus dahulu)
Cara Masak :-
  • Masukkan pes kalio dalam periuk. Biarkan seketika sampai mendidih. 
  • Kemudian masukkan daging yang telah di rebus tadi. Kacau-kacau kejap.
  • Biarkan seketika untuk bagi daging & pes kalio mesra. 
  • Lepas daging dan rempah dah mesra, sedia untuk dihidangkan. Tak perlu tambah garam/gula. Memang dah secukup rasa. 
  • SIAP
masak sendiri lebih jimat,pes masakan, aya kalio

Ni rupa kalio daging selepas siap masak. Macam rendang pun ada sebab bahan-bahan yang digunakan pun macam masak rendang tapi rasa memang berbeza. 

Serius memang sedap kalio daging ni. Licin piring. haha.

masak sendiri lebih jimat,pes masakan, aya kalio

Ni snap gambar dari jauh sikit. hehe. Gediks..hehe..

masak sendiri lebih jimat,pes masakan, aya kalio
 3 cara masakan Kalio yang boleh di cuba.
Fry / Grill / Steam

Dalam satu pek ni ada 2 pes kalio. Kalau masak dalam kuantiti yang banyak, boleh gunakan kedua-dua pes masakan. Kalau masak dalam kuantiti sikit, 1 pek dah cukup. 1 pek lagi boleh simpan & cuba cara masak kalio yang lain pula. Macam grill & steam, pes ni boleh dijadikan sos. Macam best juga tu. Nanti k.fiezz cuba.

Selain pes aya kalio ni, k.fiezz ada 2 lagi pes siap Aya Real Food iaitu Karashi Bilis & Gillies Rendang. Tak pe, nanti kita cuba. Ada pes masakan siap macam ni memang mudahkan kerja memasak k.fiezz di dapur. Tak kelam kabut nak potong bawang lah, cili lah, kisar itu ini. Semua dah siap dalam satu pek, cuma masukkan dalam periuk & masak sekejap. 

Memang k.fiezz cadang sangat kat korang tak kisah lah ibu-ibu berkerja, bujang atau yang suka travel wajib ada pes masakan siap dari Aya Real Food ni. Mudah & pantas. 

Bagi ibu-ibu yang berkerja & orang bujang tak perlu lama sangat duduk di dapur untuk masak. Senang dan cepat bila ada pes masakan siap dari Aya Real Food. 

Bagi yang suka travel, dapat berjimat sikit untuk makan. Duit makan yang lebih tu, boleh beli cenderahati lebih untuk kawan-kawan atau saudara-mara. hehe.

Siapa kata penat memasak?Dengan Aya Real Food, tak penat pun tau. hehe

TAHAN SEHINGGA 2 TAHUN

Semua pes masakan dan sos Aya Real Food boleh tahan sehingga 2 tahun jika belum di buka. Jika dah buka, simpan dalam peti sejuk boleh tahan 3 hari ataupun freezer boleh bertahan sehingga 3 bulan. 

DI MANA NAK BELI AYA REAL FOOD?

Korang boleh dapatkan produk Aya Real Food di Jaya Grocer Starling Mall, Intermark & Gardens Mall. Tapi kalau malas nak keluar, worry not. Boleh beli secara online di website Aya Real Food [Link di bawah] & zasss pes masakan Aya sampai depan rumah. Di website Aya Real Food, ada resipi juga untuk rujukan. 


6 Comments

  1. Wah senang sangat kalau dah ada pes ni kan :)

    ReplyDelete
  2. Assalam Fiez, eMMe ni

    sweetcaramelinicecream.blogspot.com,
    ingat tak blog ni..
    dah update.. 2 hari.. ada kawwan kt opis ni dok citer2 dia dpt duit dari youtuber... so kite ni leh dpt income dari blog kan.. kan..hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam emme.. yea boleh emme. skrg pun saya ada gak dpt job berbayar dengan blog. hehe..

      Delete
  3. senang dan jimat masa. Kalau tak sempat nak masak, guna pes ni memang mudah. lebih2 lagi orang2 yang balik keje lewat terkejar2 nak masak makan malam

    ReplyDelete
  4. senang nak masak sekarang . jimat dan mudah ada pes ni

    ReplyDelete