Pagi ni period keluar. Uwaa.. Sebenarnya dah set dalam minda, tak mau mengharap sebab k.fiezz & mr hubby balik kampung lepas 3 bulan berkurung kat rumah. Lepas tu kitaorang nak pi berjalan ke Cameron Highlands baru - baru ni kalau korang nampak k.fiezz ada kongsi di IG & FB.


Jadinya memang dah set, 'okay hujung bulan lepas banyak aktiviti so tak nak mengharapkan keajaiban'.. Tapi tapi bila period keluar pagi ni, k.fiezz macam frustt gilerr..Tak sedar air mata keluar tanpa boleh di tahan-tahan. Semalam dah hint macam nak period. Sebabnya tetiba mood k.fiezz nak marah orang.

Dan tadi, memang keluar juga air mata ni. Terus emo. As usual mr hubby jadi mangsa lah. Adeh. Benda kecil pun jadi isu untuk k.fiezz.

Tak tahu la kadang boleh kontrol emosi ni. Kadang tak. Tetap rasa down. Tetap rasa dah GIVE UP nak usaha. Redha tak ada rezeki anak.

Dalam hati terdetik 'nak bagi je izin mr hubby kahwin lagi dengan perempuan yang lebih muda & boleh bagi dia anak'. K.fiezz boleh undur diri. K.fiezz pun ada kerja. Insyaallah boleh je berdikari. Boleh concentrate jaga mak, abah & bantu diaorang.

K.fiezz dah makin berumur & tahap kesuburan makin menurun menurun menurun. Memang rasa susah nak pregnant dalam umur macam ni w/pun usaha macam-macam.

Penat makan tu makan ni usaha untuk pregnant tapi hasilnya tetap sama..

Orang cakap masa 'bersama' jangan fikir sangat pasal anak. Happy kan diri selalu. Buat semua yang orang nasihat tu tapi.....

Entah lah down sangat ni..

Tadi pun mr hubby ada cubaan pujuk nak bawa pi shopping kat kedai mekap sebab semalam k.fiezz ada ajak. Tapi k.fiezz tak bagi respons sebab rasa tak layak mr hubby nak belanja sebab k.fiezz masih tak berjaya nak bagi hadiah paling bernilai macam perempuan lain yang bergelar isteri bagi pada suami masing2.

Yang selalu suami nanti-nantikan..

💋💋

8 Comments

  1. Fiezz..jangan macam tu. Marsha faham perasaan tu. Semua tu rezeki Allah Fiezz. Jangan berhenti usaha okay! InsyaAllah cepat lambat ada rezeki untuk fiezz dan husband nanti. Aaaminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you marsya for support. Biasa lah kdg time2 miss p dtg ni, emosi x menentu.. Kadang okey je, kadang macamni la.. Adeh..

      Delete
  2. Mudah2an suatu masa nanti Allah anugerahi apa yang didambakan.
    Jangan pernah jemu meminta kepada-Nya

    ReplyDelete
  3. Jangan macam tu sis, stay strong <3

    ReplyDelete
  4. ya Allah..fieza jangan give up..kakak cik nor 9thn kawen baru dapat zuriat tau. kawin umur 21..umur 29 baru dapat zuriat..insyaAllah ada rezeki fieza cuma lambat jer skit. Cik nor ni lagi la , umur dah lanjut kawen pun blm lagi...

    ReplyDelete
  5. Stay strong sis, Saya doakan semoga dipermudahkan urusan sis dan di makbulkan setiap doa sis. salam kenal. done follow sini.

    ReplyDelete
  6. Allahu.. sabar ye Fiez mama doakan ada rezeki nanti. Ada pergi LPPKN tak? Ada kawan mama pergi sana dan buat checkup bebetul dan jumpa punca serta penyelesaian.. cuba lah mana tau

    ReplyDelete