Hasil terpengaruh dengan dak Juju lah ni. Tetiba k.fiezz terbeli balang / bekas untuk letak bahan-bahan masakan. Memula k.fiezz nak pilih balang tutup warna transparent tapi tak jadi. Sebabnya bila k.fiezz check balang-balang sedia ada di dapur, kebanyakan tutup warna merah. Ada beberapa balang je warna lain. Jadi kalau nak tambah beli balang tutup merah, tak banyak sangat. Berbanding beli balang yang tutup warna transparent, k.fiezz kena tukar semua. Alaaaa..leceh lah pula. Membazir pun satu hal. 

So lepas timbang-timbang, k.fiezz pilih balang tutup merah. Nak tambah balang merah tak banyak sangat. 

diy sticker rempah ratus, label untuk barang dapur,mana nak beli transparent sticker

Tadaaa..hasil lepas tukar beberapa bahan dalam balang baru & siap letak DIY sticker rempah ratus lagi. hehe..Over tau..

diy sticker rempah ratus, label untuk barang dapur,mana nak beli transparent sticker

Sticker ni k.fiezz beli dari Shopee juga. Ada 2 jenis. Satu yang ready made list. Satu lagi 
custom list. K.fiezz pilih custom list. Untuk yang custom list ni, lepas buat order & bayaran, kita chat dengan seller.  Bagi seller, list yang kita nak. Untuk custom list ni kena pre order. Tak lama pun tunggu. Lebih kurang beberapa hari je. 

Eh..lupa nak bitau, label sticker ni transparent yea, korang. Cantik sangat bila dah tampal di balang. Boleh rujuk gambar yang pertama. hehe..



Link Seller SHOPEE

diy sticker rempah ratus, label untuk barang dapur,mana nak beli transparent sticker

Balang ni pun dari Shopeee..hehe..

Link seller SHOPEE

Nak masak pun kena dapur lawa-lawa. hehe..Bekas rempah ratus tersusun cantik. Siap label. Idak lah berteka teki apa yeak di ambil tu. hehe. Motif nak beli yang lebih benornya. Ayat coverline je atas ni. hehe.

Actually kalau tak sebab nampak status Juju kat FB tu, k.fiezz pun tak terfikir nak buat macamni. Kira bagus juga idea ni. Boleh tiru. hehe.

So kalau korang yang tercari-cari balang ni, boleh terjah shopee (link yang k.fiezz bagi atas ni) atau pun kedai jual bahan-bahan bakery ada. Ni info dari kawan k.fiezz. Memandangkan area rumah k.fiezz ni, kedai jual barang-barang kek memang tak mandang. K.fiezz pilih shopee je. Senang. DIY Sticker rempah ratus tu pun sama. K.fiezz baru ingat nak tanya dengan Juju tempah kat mana?Eh sekali ternampak masa duk scroll shopee. Banyak weiii. Pilih lah yang mana harga berpatutan.

Selamat Melabel Balang, Uolls..haha..


4 Comments

  1. dulu ammi tak label. tapi sekarang kebanyakannya ammi labelkan tapi potong jelah dari bekas plastik tu dan tampal sbb sekarang ni cik abe rajin masuk dapo. jadi takmo dia punggah habis lemari dapo baik tulis sesiap.

    ReplyDelete
  2. kami tak start la aktiviti deko label balang dapur kami. duk pikir lagi nak beli balang macamana

    ReplyDelete
  3. memang syok kalau bab organized dan deko kat dapur ni kan Fiez, satu kepuasan sangat :)

    ReplyDelete
  4. Selamat merajinkan diri kat dapur, semangat sebab dapur dah cantik hehe

    ReplyDelete