Semalam terbaca kat facebook ada orang kongsi pasal cerita ni. Siap ada link sekali. Baca review, ceritanya best.. KIV dulu. Free nanti k.fiezz nak tengok. Petang tadi, tak ada cerita best kat tv. Buka Netflix, scroll punya scroll ternampak senarai dalam Netflix, ada cerita Mrs Serial Killer ni..wah best..Terus tengok..dan memang best sangat cerita dia. ada plot twist di hujung cerita. Terkejut juga memula tengok masa kat ending dia..tak sangka..eh mana boleh cerita..kena tengok sendiri...hehe

review mrs serial killer

SINOPSIS CERITA

Berkisarkan seorang Doktor Gynae (pakar sakit puan) yang ditangkap polis kerana kes pembunuhan gadis-gadis yang hamil luar nikah . Semua bukti yang dikemukakan semua menunjukkan kepada Dr ni bersalah. Tetapi si isteri yang setia cuba berusaha untuk membebaskan suami sebab dia yakin suami dia tak bersalah. Kebetulan polis yang in charge untuk kes ni adalah bekas kekasih si isteri. Jadi si isteri syak bekas kekasih dia nak balas dendam sebab kes percintaan diaorang yang gagal sebelum ni. Si isteri berusaha untuk bebaskan suami dengan bantuan seorang peguam yang pernah jadi pesakit pada suami dia. Si isteri dapatkan bantuan peguam ni walaupun masa tu peguam ni terlantar atas katil sebab baru jalani pembedahan. tapi peguam ni tolong juga sebab dia terhutang budi dengan Dr yang bantu dia untuk dapatkan anak sendiri. 

Untuk buktikan si suami tak bersalah, si isteri dan peguam berkomplot untuk meniru cara penculikan & pembunuhan yang sama.  

Berjaya ke tidak komplot diaorang, tengok lah sendiri di Netflix..

Review 

Cerita ni dalam kategori thriller & memang favourite k.fiezz jenis thriller ni..sebab dia akan buat kita tertanya-tanya siapa yang salah sebenarnya. Dan kadang kita pun tak sangka orang yang baik tu jahat & orang jahat tu baik..Lagi satu cerita thriller ni tak bosan dan buat mata kita tak nak lepas dari tengok skrin tv sebab nak tahu atau terlepas jalan cerita dia. Kalau terlepas sikit je, dah blur eh tadi apa jadi yeak..Tu yang k.fiezz suka cerita thriller ni, tak ada kes terlelap sambil tengok tv sebab jalan cerita dia buat kita tak lepas nak tahu apa cerita berikutnya & siapa yang jahat...

So siapa yang jahat..siapa yang baik..Betul ke Dr pakar ni tak bersalah dan si polis tu jahat & saja nak perangkap Dr?hehe..sila tengok sendiri. worth it..

4 Comments

  1. serious la best? nak tgk jugak la

    ReplyDelete
  2. macam best je cite ni Fieza.

    ReplyDelete
  3. Dah tengok..best juga.. bila baca sinopsis ingatkan suami tak salah.. sekali suami dia yang hampeh.. kesian perempuan tu.. last dia lagi mcm hampeh mcm ada sambungan pulak..

    ReplyDelete
  4. macam menarik tau , tapi saya x langgan Netfix lagi. Waduh mcm kena langgan netflix la juga ni.

    ReplyDelete