Percubaan pertama kali buat pencuci mulut Pulut Mangga Harum Manis. Kemain lah kan harum manis. Kalau tak ada harum manis, mangga biasa pun boleh je. Ikut lah pada stok buah mangga yang mana ada stok masa buat resipi pulut mangga ni. Masa k.fiezz buat resipi pulut mangga ni, kitaorang baru dapat harum manis dari Perlis, order dengan kawan mr hubby kat sana. Kawan mr hubby pos cepat tapi sampai kat Pos Laju Hub KLIA, terus stuck beberapa hari tak bergerak. Adeh, Jenuh nunggu weiii. Siap k.fiezz buat report lah. Elok harini report, esoknya orang Pos hantar harum manis kitaorang ni. Tak tahu lah sebab report/aduan k.fiezz ke apa baru diaorang gerakkan barang, tak kisah lah kan. Janji dapat harum manis kitaorang. Bukan apa, risau kalau lama lagi sangkut kat situ, mau sampai kat kitaorang buah dah busuk. Udah la mahai weiii harum manis ni..Bukan berkira tapi terpaksa kira gak..haha...


Lepas dapat je harum manis, laju-laju buka kotak nak tengok elok lagi ke tidak harum manis kitaorang ni. Alhamdulillah, ada yang elok lagi. Walaupun beberapa biji dah rosak. Sebiji memang tak boleh makan langsung sebab dah lembik. Beberapa biji dah terlampau masak so dia jadi lembik sangat. Terpaksa buang. huhu.. Sayang memang sayang tapi dah lembik takkan nak makan jugak,kan..Itu pun yang beberapa biji hat terlampau masak bila kupas bahagian dalam dia dah macam busuk. K.fiezz terpaksa ambil bahagian yang elok & boleh di makan lagi.  Terus potong kecil-kecil, simpan dalam peti ais. Ada beberapa biji,mr hubby suruh bagi jiran. Tak tahu lah elok ke tidak bahagian dalam dia. Hope elok lah lagi..

Jadi baki beberapa biji yang kat kitaorang, terus ting ting idea nak buat pulut mangga harum manis sebelum semua buah yang dah sampai kat kitaorang rosak & tak boleh di makan. Kebetulan mr hubby beli beras pulut masa restock barang baru-baru ni. Jadi k.fiezz buat lah pulut mangga harum manis ni untuk buka puasa. 

pulut mangga harum manis,resipi pulut mangga

Pulut keras sikit sebab tak ada kuah santan yang kena letak atas dia masa makan.
Terlupa pula nak buat kuah santan.. Dari segi rasa, okey dah kata mr hubby cuma pulut je keras sikit..
Besa lah 1st timer gitu. Ni pun call mak, tanya macamana nak masak pulut. Tak peronah masak weiii..haha..

RESIPI PULUT MANGGA 

Bahan-Bahan : 
  • 1-2 cawan beras pulut (kuantiti terpulang)
  • 1 kotak santan (kecil)
  • 1 sudu kecil Garam
  • Mangga / Harum Manis

Cara Masak : 
  • Kukus pulut dalam 30-40 minit. **K.fiezz guna pressure cooker Philips so memang dah ada fungsi untuk kukus**. 
  • Keluarkan & sejukkan kejap
  • Kemudian masukkan santan beserta garam & gaul sekata dalam pulut yang telah dikukus.
  • Masukkan semula dalam pengukus untuk bagi pulut dan santan serasi bersama. Kukus dalam 5 minit sahaja. 
  • Dan keluarkan dari pengukus. 
  • SIAP. Hidangkan bersama mangga
**K.fiezz tak buat kuah santan tapi ni resipi untuk menyediakan kuah santan. So next time buat resipi ni kena buat kuah santan sekali. Boleh terlupa pula buat kuah santan makan dengan pulut mangga harum manis ni..hehe..1st timer gitu..hehe

Bahan untuk kuah :
  • 1/2 biji santan fresh (untuk kuah)
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil garam - ada rasa masin
  • 1 helai daun pandan 
  • 1 sudu kecil tepung jagung - larutkan dgn sedikit air
Cara Masak Kuah :
  • Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak sampai mendidih. Terus kacau supaya tidak berketul. Kemudian masukkan tepung jagung dan masak hingga kuah nampak pekat. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi tepung jagung.
  • Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat seimbangkan rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan. Hidangkan pulut bersama mangga dan kuah santan.
**Note : Kalau ada kuah boleh masukkan sekali masa makan pulut mangga harum manis ni. Baru kick gitu..hehe..sebab k.fiezz jenis suka berkuah..kebiasaannya pulut mangga harum manis atau pulut mangga ni ada kuah santan**

Walahhhh dapnya..cewah..k.fiezz tak berapa minat makan pulut mangga ni. Tapi sebab mr hubby suka so ikut lah selera suami. hehe..Boleh asah skill masak k.fiezz jugak..hehe..

Musim perintah kawalan pergerakan ni memang rajin lah mencuba macam-macam resipi yang tak pernah masak. haha. mengasah bakat memasak sungguh bila duk kat rumah je ni. haha..

Kalau korang yang suka pencuci mulut masa berbuka, boleh la cuba pulut mangga harum manis ni. Nak buat pun senang. Resipi pulut mangga yang very da simple..

3 Comments