Bila shopping di musim Perintah Kawalan Pergerakan ni dan tambah pula bulan puasa memang risiko barang lambat sampai sangat tinggi. Tak kisah lah guna Pos Laju ataupun Kurier macam J&T dan seangkatan dengannya. Kebiasaannya bila masuk je musim perayaan, barang-barang yang di beli secara online akan berlipat kali ganda. Lagi bertambah sekarang ni, kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang memang sah-sah tak boleh nak bergerak ke mana-mana. Jadi semestinya pilihan kita untuk yang suka shopping adalah membeli-belah di atas talian. 

Dari minggu lepas, k.fiezz & mr hubby ada 2 parcel yang di beli secara online. Mr hubby beli harum manis online dari kawan dia di Perlis & k.fiezz beli kurta di Shopee. Kedua-dua item ni di post out oleh seller pada 28hb & 29hb. Harumanis mr hubby order di hantar melalui Pos Laju & k.fiezz punya menggunakan J&T.  Dan kedua-duanya sangkut. Yang pos laju sangkut di KLIA Hub dari 30hb, k.fiezz punya di campak ke sana ke sini dari satu stesen ke satu stesen J&T. Jadi barang lambat sampai sebab duk ke sana ke sini...

So semalam annoying sangat sebab barang lambat sampai terutama yang harumanis ni sebab takut sampai-sampai kat kitaorang busuk semua, k.fiezz buat aduan kat Pos. K.fiezz guna segala medium yang ada iaitu Twitter & Isi form feedback POSLAJU. Lantak lah jadi double aduan sebab tahap menyampah sangat la aih, tak bergerak-gerak dari 30hb. 

barang lambat sampai pos laju,barang lambat sampai,barang lambat sampai J&T

Mahai tau dak beli harumanis ni, hah..Mau tak angin setiap kali check dalam system tracking, statik gitu tu tak bergerak-gerak keluar dari KLIA Hub. Jadi hasil aduan k.fiezz ke semalam?tak pasti lah tapi alhamdulillah pagi ni Pos Laju hantar harumanis depan rumah. 

Legaaaa...

Terus laju-laju unboxing nak tengok keadaan harumanis kitaorang order ni elok ke idak..Dan 

barang lambat sampai pos laju,barang lambat sampai,barang lambat sampai J&T

1-3 biji dah rosak..beberapa biji dah terlampau masak sangat & baki beberapa biji, masih elok lagi. Hat masak sangat, k.fiezz terus kupas kulit & simpan dalam peties. Ada beberapa biji mr hubby suruh bagi pada jiran. Memang masa beli haritu mr hubby dah niat nak bagi jiran kiri kanan kitaorang ni sikit. So yang mana elok tadi, bagi lah kat jiran kiri kanan kitaorang ni. 

Tu yang kitaorang beli sampai 5kg. Memula ingat nak ambik 2kg je. Lepas tu mr hubby cakap nak bagi kat jiran jadi beli lah extra 3kg. 

Harumanis ni mr hubby beli dari kawan dia di Perlis. Sekilo RM35. 

Kitaorang tak pernah rasa pun harumanis ni sedap ke idak tapi dah nampak orang duk post je kat whatsapp group la, faceboook la..Tergoda juga lah. Kebetulan pula kawan mr hubby ada kat Perlis jual harumanis ni. Tak tunggu..Terus order..Kemain excited order ni, sekali sangkut kat Pos berhari-hari..haha..Ambik ko!!

Untuk k.fiezz okey je nak beli harumanis ni online sebab dia ada kat Perlis je. Cuma tengah Perintah Kawalan Pergerakan ni dan bulan puasa pula, tak berapa nak galakkan. Penjual memang hantar cepat. Sampai kat Pejabat Pos, dorang tolong peram pulakkk sampai bagi masak & ada yang busuk terus. adeh...

So harumanis settle, dah selamat sampai..Yang kurta pula, tak tau apa cerita. Tadi k.fiezz dah chat dengan seller kat Shopee..Seller willing untuk refund/ganti yang baru kalau confirm hat ni tak sampai. Tapi k.fiezz cakap kita tengok macamana dulu sebab k.fiezz dah click button extend guarantee lagi 3 hari. We see how dapat ke tidak kurta tu? Geram juga sebab selalu sebelum ni k.fiezz guna J&T tak ada masalah. Yang kali ni pula barang lambat sampai. Sabar je lah. Nak beli yang baru pun, risau juga ni. Takut jadi kes yang sama. Tapi tak pe kita tengok dalam masa 3 hari. K.fiezz dah buat aduan juga kat J&T pasal yang ni..hehe..Biasalah sis...#geram sangat, memang terus je report sebab dah bagi masa, tengok sama je status tak bergerak-gerak..Memang laju je buat aduan melalui e-mail. Ni pun tak tahu lah J&T respond ke idak. Arhhhh, tak kisahlah. Better buat aduan dari kita senyap je. K.fiezz syak airwaybill pada parcel ni hilang. Jadi diaorang tak boleh nak trace barang ada kat mana..

Jarang k.fiezz experience barang lambat sampai macamni..Selalunya lewat sehari dua tapi pernah juga sekali tak dapat langsung...Hat tak dapat langsung ni, nasib baik lah dapat refund..Tak pe lah kalau yang kurta ni memang tak dapat atau dalam kata lain hilang, seller dah setuju untuk bagi refund / ganti baru..Kita tengok dalam masa 3 hari ni, ada progress ke tidak. K.fiezz dah report pun kat J&T. Harap ada lah tindakan dari pihak dorang.. 

4 Comments

  1. kwn sy beli brg dah sebulan brg tak sampai2.. huhu
    lagi2 yg stay di sabah sarawak nie kan lagi lambat brg nak sampai..

    ReplyDelete
  2. Hadoii laa.. Jadi insaf jap nak shopping barang online kalau gini

    ReplyDelete
  3. saya pun nak shopping online juga tapi mmg masalah courier service sekarang ni , barang lambat sampai.

    ReplyDelete
  4. Bahayanya kalau beli harummanis ni. Kalau lagi lambat sampai boleh jadi rosak semua. Saya beli oven dari Shopee pun lambat sampai.
    Baru sampai semalam ada kemek sikit pula huhu.

    ReplyDelete