K.fiezz ni selalunya bila masak, resipi sayur ni jarang masuk dalam senarai sebab mr hubby bukan pemakan sayur-sayuran. Kalau masak pun, memang bajet untuk seorang makan k.fiezz je. Tapi jenuh nak perabiskan sepiring sayur makan sorang tau. Tu yang jarang k.fiezz masak sayur. Tapi tak boleh gak kalau tak makan sayur.. So kadang-kadang k.fiezz masak sayur. Paling simple pun kalau masak sayur ni, k.fiezz suka masak resipi sayur tumis. Very da simple gitu. Tapi kalau tiap kali masak yang sama je, bosan gak kan. so k.fiezz kumpulkan semua resipi sayur mudah dan cepat di masak hasil air tangan geng blogger. Macam-macam resipi sayur campur ada dalam 1 entry ni. Korang pilih la mengikut citarasa masing-masing. 

Jom check it out resipi-resipi dari air tangan kawan-kawan blogger k.fiezz ni. Ada terselit juga satu resipi dari k.fiezz. hehe.

Resipi asal, korang boleh klik link pada kredit NAMA..


resepi sayur sihat,resepi masakan sayur kampung,resepi sayur goreng,masak sayur mudah dan cepat,resepi sayur tumis,masak sayur sawi,masak sayur bunga


resepi sayur sihat,resepi masakan sayur kampung,resepi sayur goreng,masak sayur mudah dan cepat,resepi sayur tumis,masak sayur sawi,masak sayur bunga

 Resipi bayam brazil goreng belacan

Bahan-bahan goreng belacan

Daun Bayam brazil
Bawang kecil
Bawang putih
Sambal belacan
Garam
Serbuk cukup rasa
Air
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bawang kecil yang dah dipotong dan bawang putih yang diketuk kasar. 
2. Bila dah naik bau masukkan sambal belacan dan tambah sedikit air. 
3. Then masukkan daun bayam brazil. Kacau2 dan masukkan garam dan serbuk cukup rasa. Dah nampak agak layu boleh tutup api... 
4. Tadaaa da siap. Boleh angkat dari belanga dan hidangkan.



resepi sayur sihat,resepi masakan sayur kampung,resepi sayur goreng,masak sayur mudah dan cepat,resepi sayur tumis,masak sayur sawi,masak sayur bunga

Bendi Goreng Berlada

Bahan-bahan :

bendi - saya guna sepaket beli dari family store, ada la dlm berbelas btg bendi.
cili merah - dlm 7-8 tangkai. saya siap-siap buang biji nyer. tak elok kan. dan kurangkan pedas.
bwg kecil - saya guna dlm 5-6 biji.
bwg putih - ni confirm, saya guna 7 ulas.
udang kering - ni saya ceduk dlm 2 sudu besar.
garam secukup rasa.

cara-cara nak masak sgt la simple :

bahan no. 2 hingga no. 5 - kisar sederhana halus.
then, kita tumis bahan kisar sampai naik bau, cantik warna dia...
bendi potong serong. masukkan dlm kuali. ratakan.
perisa lah dgn garam pastu.
siap


resepi sayur sihat,resepi masakan sayur kampung,resepi sayur goreng,masak sayur mudah dan cepat,resepi sayur tumis,masak sayur sawi,masak sayur bunga

 Resepi Cendawan Kukur @ Kulat Sisir Tumis Santan

Bahan-bahan :

Cendawan kukur @ kulat sisir
Bawang merah
Bawang putih
Ikan Bilis
Cili Padi
Santan
Perasa

Cara-cara memasak :

Rendam cendawan dan basuh bersih.
Kemudian diramas atau diketuk-ketuk sedikit.
Panaskan minyak tumis bahan kisar (bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis).
Tumis sehingga naik bau.
Masukkan baki ikan bilis dan masukkan cendawan kukur kacaun sebati sehingga kering.
Masukkan sedikit santan dan perasa.
Kacau sebati dan boleh dihidangkan untuk di makan bersama keluarga.


resepi sayur sihat,resepi masakan sayur kampung,resepi sayur goreng,masak sayur mudah dan cepat,resepi sayur tumis,masak sayur sawi,masak sayur bunga

Resepi Kacang Panjang Goreng Campur Telur Mamak Style

Bahan-bahan:-

Kacang panjang dipotong
Telur sebiji
Serbuk kunyit
Garam
Bawang besar
Bawang putih
Minyak masak

Cara-cara memasak:-

1. Potong bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumiskan.
2. Bila dah naik bau dan garing sikit masukkan garam secukup rasa dan serbuk kunyit sikit, kemudian pecahkan telur. Biarkan seketika bila telur dah nak masak sikit baru kacau² jadilah scrambled eggs.


resepi sayur sihat,resepi masakan sayur kampung,resepi sayur goreng,masak sayur mudah dan cepat,resepi sayur tumis,masak sayur sawi,masak sayur bunga

Resipi Labu Tumis Bersama Taugeh dan Telur

Bahan-bahannya:

● 1 mangkuk labu yang telah dihiris nipis ( jangan nipis sgt, nnt hancur time tumis, tapi jgn tebal sgt, nnt lambat pula nak lembut)
● 2 ulas bawang putih , dihiris halus
● 1 biji telur
●segenggam taugeh yang sudah dicuci, ditoskan airnya
● garam dan perasa secukupnya

Cara-cara menyediakan nya:

●Panaskan sesudu dua minyak masak , tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan telur , kacau2 telur sehingga telur masak sepenuhnya
●Masukkan labu kuning dan tumis bersama telur tadi , tumis labu sehingga labu kelihatan lembut ... boleh masukkan sedikit air ( 1/3 cawan air) utk melembutkan labu
●Masukkan taugeh, dan kacau rata , masukkan garam dan perasa secukupnya ... mrs pip suka taugeh tu ada rasa crunchy2, so mmg tumis sekejap jak taugeh ni, kalau tumis lama nnt taugeh lembik la pula ... dah ngam sudah rasa semua, labu pun lembut, so bolehlah matikan api ...



resepi sayur sihat,resepi masakan sayur kampung,resepi sayur goreng,masak sayur mudah dan cepat,resepi sayur tumis,masak sayur sawi,masak sayur bunga

Resepi Masak Lemak Pucuk Belinjau

Bahan-bahan:

2 ikat daun belinjau, disiang dan dibuang tulang tengah
2 ulas bawang kecil, dihiris
1 ulas bawang putih, diketuk
2 tangkai cili kering, dikerat dalam 1 inci
sedikit suhun, direndam supaya lembut (kalau tak letak pun ok)
1 biji telur
1 cawan air
2 cawan santan pekat

Cara-cara memasaknya :

Masukkan air, bawang merah, bawang putih, cili kering bersama daun belinjau di dalam periuk dan direnih hingga daun nampak lembut dalam anggaran 5 - 7 minit kerana pucuk belinjau ni memang lembut.
Masukkan santan dan suhun dan kemudian pecahkan telur.
Biar ia merenih tapi jangan sampai pecah minyak.
Anggaran dalam 10 minit dengan api sederhana.
Tutup api dan masukkan garam.

Kredit : Umi Fuzy

resepi sayur sihat,resepi masakan sayur kampung,resepi sayur goreng,masak sayur mudah dan cepat,resepi sayur tumis,masak sayur sawi,masak sayur bunga

Resepi Peria Goreng Masak Taucu Yang Mudah Dan Sedap

Bahan-Bahan

1-2 biji Peria/Peria Katak
Udang *Sederhana besar dan agak-agak lah banyak mana.
3-4 ulas bawang merah (Dihiris)
2 ulas bawang putih (Dihiris)
1 Biji Cili Merah
3 Sudu Besar Taucu
Cube ayam

Cara-cara memasak:

1. Tumis bawang merah, bawang puting sampai naik bau atau kekuningan.
2. Masukkan udang. Kacau sampai udang dah agak masak.
3. Bila bahan-bahan dah sebati, masukkan 3 sudu besar taucu. Kalau nak lebih taucu kau tambah jer. Lagi sedap. Letak sedikit cube ayam *agak-agaklah dan tambah air.
4. Masukkan peria dan kacau. Kalau kering korang tambah jer air. Tak payah letak garam sebab taucu tu dah masin. Kalau terlebih masin, pandai-pandai lah korang adjust apa yang patut.

Kredit: FizaRahman


resepi sayur sihat,resepi masakan sayur kampung,resepi sayur goreng,masak sayur mudah dan cepat,resepi sayur tumis,masak sayur sawi,masak sayur bunga

Resepi Sambal Terung Cili Padi Terangkat Pedas Dan Sedap

Bahan-bahan yang perlu disiapkan :

Terung bulat campur terung biasa (digoreng)
Ikan bilis (di goreng garing)
*Bawang besar
*Bawang putih
*cili padi
Stok ikan bilis
Garam
Gula
Jus limau

Dah siapkan semua bahan-bahan, ambil bahan yang bertanda ( * ) dan di kisar separuh lumat. Kemudian asingkan. Goreng pula ikan bilis dan asingkan. Goreng terung dan asingkan juga.

Cara-cara seterusnya :

Minyak lebihan gorengan tersebut boleh digunakan, kalau banyak sangat dikurangkan sedikit.
Masukkan bahan-bahan yang bertanda ( * ) dan dimasak hingga pecah minyak.
Masukkan garam, serbuk perasa, gula dan jus limau ikut rasa yang korang nak.
Kemudian masukkan pula ikan bilis dan akhir sekali masukkan terung yang telah digoreng.
Sebelum diangkat, rasa terlebih dahulu, kalau ada yang terkurang sana sini, korang boleh tambah lagi perasa.


resepi sayur sihat,resepi masakan sayur kampung,resepi sayur goreng,masak sayur mudah dan cepat,resepi sayur tumis,masak sayur sawi,masak sayur bunga

 Salad Buah-Buahan Dan Bayam

Bahan-bahan:-

1 Buah epal merah - di potong dadu
1 biji epal hijau - di potong dadu
10 biji buah anggur - di belah dua
3-4 pokok bayam - ambil daun saja. Celur dengan air panas
2 sudu besar Mayonis
Garam

Cara-cara menyediakan:-

Gaul semua bahan di atas.
Nota: untuk rasa yang lebih sedap, biarkan seketika (min satu jam) di dalam peti sejuk.


resepi sayur sihat,resepi masakan sayur kampung,resepi sayur goreng,masak sayur mudah dan cepat,resepi sayur tumis,masak sayur sawi,masak sayur bunga

 Resipi Sayur Campur Chinese Style

Bahan-bahan :

1.Shitakae Mushroom
(Rendaman Semalaman atau rendam air panas)
2.Brokoli (k.fiezz tukar guna SAWI sebab kat rumah ada sawi je)
3.Carrot

Bahan hiris & tumis :

1.Bawang Putih (3 ulas - Dihiris nipis)
2.Halia - 1 ( Dihiris)
3.Sos Tiram
4.Tepung jagung(dalam 1 sudu teh kecik,larutkan degan air setengah cawan)
5.Minyak [untuk menumis]

Cara-cara memasaknya:

1.Tumis halia & bawang putih sampai naik bau & dah kekuningan . Kemudian, masukkan sos tiram sikit.kacau sampai naik bau, masukkan air sikit..api sederhana kecik & kacau lagi. Masukkan shitakae mushroom(Tak kisah nak potong atau tak nak janji batang dia buang sebab KERAS
2.Kacau..pastu masukkan carrot.Kacau lagi.Masa ni boleh letak garam atau serbuk perasa.(terpulang).Kalau rasa tak nak pun tak pe sebab sos tiram dah ada rasa masin manis. Kecikkan api sikit.
3.Masukkan air tepung jagung & kacau sikit sampai sebati lepas tu baru masukkan sawi (masuk last sebab sawi cepat masak, tak nak sawi lembik sangat..Dan siap!😍 Sedia utk dimakan.


resepi sayur sihat,resepi masakan sayur kampung,resepi sayur goreng,masak sayur mudah dan cepat,resepi sayur tumis,masak sayur sawi,masak sayur bunga

Resipi Sayur Pea Sprout

Bahan-bahan :

1 Paket - Sayur Pea Sprout
1 Biji - Lobak merah
1 Biji - Bawang holen
4 Ulas - Bawang Putih
3 Biji - Cili api merah
6 Biji - Fish Ball
sedikit air
sedikit garam
sedikit serbuk cukup rasa maggi

Cara-cara memasak :

Tumis bawang putih dan bawang merah,
masukkan lobak merah dan sedikit air,
bila lobak merah sudah lembut masukkan sayur Pea Sprout kacau-kacau, fish ball dan cili api.
Siap untuk dihidangkan... dan sedap dimakan bersama nasi panas.


So korang yang tak tahu nak masak resipi sayur, boleh lah cuba masak sayur mudah dan cepat dari koleksi kat atas ni. Resipi sayur tumis ada. Resipi masakan sayur kampung ada, yang masak lemak pucuk belinjau tu, kategori sayur kampung la tu kan..Pucuk belinjau tu jarang boleh cari kat bandar besar macam KL ni. So k.fiezz kategorikan dia bawah sayur kampung. Selain dari tu, cendawan kukur pun kategori sayur kampung jugak,kan..

Tapi kalau yang tak makan sayur kampung, ada lagi sayur-sayur lain dalam list ni. terpulang pada citarasa masing-masing.

SELAMAT MENCUBA!!

3 Comments

  1. DUlu tak suka sangat sayur..tapi sekarang faktor usia kot..baru la hegeh nak suka

    ReplyDelete
  2. Sedap2 semua, jom makan sayur setiap hari untuk jaga kesihatan.

    ReplyDelete
  3. feveret sup sayur. hirup panas2 sedapnya ^_^

    ReplyDelete