Hari ke berapa PKP ni..tak ingat weii..tarikh pun tengok kat calendar handphone..haha..Duk ngadap tv je, mana ingat tarikh berapa haribulan..haha. Tapi yang pasti sejak PKP ni memang dah jadi rutin lah masak..Yang ni tak lupa, haha.. Sebab makan tu wajib..haha..

Memang jadi rutin lah masak pagi untuk breakfast, tengahari masak untuk makan tengahari merangkap makan malam sekali. Tapi tapi bila hari-hari makan nasi kadang jemu juga, kan. Lagi satu kebuntuan idea nak masak lauk apa hari-hari.. So semalam tukar sikit menu dari nasi ke mee kari. First time masak mee kari ni. Tak tahu la menjadi ke tidak. Hope jadi..hehe

resipi mee kari simple, mee kari

RESIPI MEE KARI SIMPLE

As usualgoogle resipi sebab macam k.fiezz cakap kat atas ni. K.fiezz tak pernah masak mee kari. So tak tahu apa bahan yang nak digunakan & cara masak dia macamana?

Jadi hasil google, ni resipi mee kari simple yang k.fiezz jumpa. Jom check it out..

Bahan Utama - 

1 biji bawang merah (besar) **KISAR
Beberapa ulas bawang putih ** KISAR
Segenggam Ikan Bilis **KISAR
2-3 Sudu Serbuk Kari Daging 
1 Sudu Besar Cili Kisar
1 Pek 3 Sekawan *
(*k.fiezz guna kulit kayu manis & b.lawang. Sebab ni je yang ada stok)
2 Kiub pati ayam maggi
Fishcake
Fishball
Tauhu Kering *
(*k.fiezz tak guna sebab kitaorang tak suka )
Isi ayam @ tulang ayam
1 kotak santan
Gula & Garam
Air

Note - ikan bilis (penyedap rahsia kuah mee kari). Mengikut info asal dari resipi yang k.fiezz google ni..

Bahan hiasan -

Telur Rebus
Cili Merah
Sawi
Tauge
Limau Kasturi

Cara Masak - 

  • Tumis bahan kisar bersama 3 sekawan, cili kisar & serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak & naik bau. Kemudian baru masukkan ikan bilis yang dah dikisar.
  • Masukkan batang sawi yang dah dipotong, diikuti ayam, fishcake, fishball..Sawi, masukkan batang sahaja. Daun masa nak hidang untuk makan, baru letak. 
  • Kemudian, masukkan air & santan , Pandai2 lah agak kuah nak cair atau pekat. 
  • Masukkan kiub pati ayam, garam & gula. Kalau suka ajinomoto, boleh masukkan sekali. 
  • Tunggu sampai mendidih. SIAP..Masa makan, hidangkan bersama bahan hiasan.

3 Comments

  1. Alahai sedapnya mee kari, 😋

    ReplyDelete
  2. mee ada, bahan maajoriti ada, tapi rempah sekawan tak dak.. jadi ka? haha

    ReplyDelete
  3. sedappnyaa mee karii my fav ni tq for share resepi

    ReplyDelete