Bila dah duk berkurung kat rumah ni, mula lah rajin menelek muka sendiri,kan?Siapa macam k.fiezz, kita geng..Sebelum mula PKP ni, k.fiezz baru mencuba satu sabun baru ni..Nama panjang dia Birdnest Propolis Collagen Soap atau nama pena dia - Sabun Lebah. atau nak panggil Sabun Birdnest pun boleh. K.fiezz tertarik nak cuba sabun birdnest ni sebab harga dia murah je weiii..RM5 seketul..haha..dasar nak barang murahan..haha..Maklum lah nak berjimat cermat gitu..Hehe

Birdnest Propolis Collagen Soap

Selain dari harga Birdnest Propolis Collagen Soap ni yang murah, k.fiezz tengok fungsi / kelebihan dia juga. Idak la main grab je sebab murah. Kebetulan ada seorang kawan lama k.fiezz jual sabun birdnest ni. Ater hari-hari lah lalu kat wall k.fiezz..eh, memula ignore je lah,kan..Tapi dah hari-hari asyik naik je kat wall facebook k.fiezz, mana boleh tahan weiii..terus wasap tepi tanpa ragu-ragu..haha..

Kebetulan pula k.fiezz tengah mencari pencuci muka jenama lain sebab yang k.fiezz guna sebelum ni dah habis. Nak order baru, nun dari Korea..K.fiezz ada la satu lagi pencuci yang sama di pejabat untuk guna di pejabat. 

Lepas yang kat rumah punya dah habis, terpaksa lah hari-hari k.fiezz berangkut bawa pencuci muka yang tinggal satu tu pergi-balik ofis. Tapi ada hari tertinggal kat rumah pulekkk..Adeh..Dah time ambil wudhu kat pejabat, tak cuci dengan pencuci sebab tertinggal. Cuci je lah dengan air. Masalahnya nak cuci dengan air sahaja, boleh tapi kena pastikan mekap semua tanggal guna wet tissue. Masalah ni..Nak order satu lagi, lama baru sampai..takkan tak cuci muka pula kat rumah kalau tak bawa balik yang hat satu ni..Dah la k.fiezz ni hari-hari mekap gi kerja..Mana mau tak cuci muka dengan pencuci..

Tak boleh jadi ni. Dah nampak kawan k.fiezz hari-hari promote Sabun birdnest ni, k.fiezz nak cuba. 

FUNGSI BIRD PROPOLIS COLLAGEN SOAP

  • Merawat jerawat
  • Merawat jeragat
  • Anti Penuaan
  • Anti Kedutan
  • Mencerahkan kulit
  • Meremajakan kulit
  • Memudarkan parut
  • Menyamarkan sunburn
  • Melembapkan kulit
  • Memperbaiki kulit kusam
  • Menghaluskan kulit yang berminyak
So lepas dah baca segala kelebihan Birdnest Propolis Collagen Soap ni, k.fiezz tertarik nak cuba. Sebab ada antara fungsi kat atas ni yang k.fiezz alami sekarang. Antaranya parut, jerawat, jeragat, penuaan/kedutan, kulit kusam, kulit nampak tak sekata..Maklumlah dah berusia..Mula la masalah-masalah ni timbul. Tak nak lah nampak tua,kan walaupun usia memang tua pun..hehe..nak awet muda sentiasa..eh, gitchuuu...

Sabun ni juga boleh menghilangkan blackhead/whitehead pada mana-mana bahagian di muka. Contoh macam k.fiezz, ada blackhead/whitehead sekitar hidung. Lepas sekali cucian, bila pegang hidung. 'Eh..napa macam licin je ni'. Tanya dengan kawan k.fiezz yang jual tu. Dia beritahu, sabun birdnest ni boleh hilangkan masalah blackhead/whitehead juga..

Laaa..kisahnya..okey sangat lah tu..

Apa Kelebihan Birdnest Propolis Collagen Soap?

  • Seketul tahan lama (K.fiezz guna seketul ni, boleh tahan sebulan lebih untuk penggunaan 2x sehari)
  • Harga murah (RM5)
  • Saiz dia comel (boleh rujuk gambar di atas)
  • Bau wangi
  • Diiktiraf (NOT191005452K)
Kekurangan Birdnest Propolis Collagen Soap

Tak aci lah kan cerita pasal kelebihan je. Part kekurangan pula..satu je.. Bila travel / balik kampung, kena letak dalam bekas sabun. haha..Agak leceh sikit di situ. Kena cari bekas yang kecil. Kang besar sangat, makan ruang pula dalam beg. So pepandai lah cari bekas sabun comel kalau guna sabun birdnest ni, yea..haha..

Tu je kekurangan..

BAHAN-BAHAN DALAM BIRDNEST PROPOLIS COLLAGEN SOAP
  • Aqua
  • Sucrose
  • Sorbitol
  • Sodium Palm Kernelate
  • Sodium Palmate
  • Propylene Glycol
  • Glycerin
  • Honey
  • Fragrance
  • Luffa Acutangula
  • Collagen
  • Birdnest Extract
Kalau sesiapa yang berminat nak mencuba sabun birdnest by PNA ni, boleh roger kawan k.fiezz..K.fiezz panggil Mek D..hehe..Nama dia Diana..Asal Kelantan/Tgg. Tu k.fiezz panggil Mek Di..Noor Diana MY

Selain dari Birdnest Propolis Collagen Soap ni, Mek Di ni ada jual juga Bird Essence & Serum. Cuba lah check it out di facebook dia (klik link nama dia atas ni)..


2 Comments

  1. Wow birdnest lhn dah Ada buat sabun ye

    ReplyDelete
  2. wah birdnest dulu main minum2 jak, now dah ada sabun.

    ReplyDelete