Dah menginjak ke angka 30-an, ramai wanita malas nak ambil kisah penjagaan kulit muka ni. tambah yang dah kahwin, Anak dah berderet. Penat uruskan rumahtangga, berkerja lagi. Memang part penjagaan muka dah jadi perkara paling akhir sekali dalam senarai. Sebenarnya salah tau tanggapan tu sebab masuk je ke usia 30-an lagi laaa kena jaga sebab muka kita dah start menua. tambah pula kalau kita jenis cuci muka pun ala kadar je. Apa yang ada je kat rumah.

TIPS CARA JAGA KULIT MUKA

Okey, ni antara tips jaga kulit muka untuk kekal cantik terutama bila usia dah menginjak ke angka 30-an. Cantik ni subjektif. Bukan bermaksud cantik tu cantik je. Tapi cantik untuk kulit ni maksudnya, kulit sihat tak ada sebarang parut jerawat, jeragat, tak nampak kusam, tak ada kedutan dan paling penting, kulit nampak flawless bersih. Suka kan kalau dapat kulit macamtu. Mestilah suka,kan..

Jadi kita kena ikut tips jaga kulit muka seperti di bawah ni.. semoga berhasil pada semua termasuk k.fiezz juga..ada antara step di bawah ni, k.fiezz ikut. ada yang tak..uwaaa...macamana nak kulit cantik ni?
  • Guna pencuci muka bersesuaian dengan masalah kulit masing-masing
Kenalpasti masalah kulit sendiri.  Rutin seharian kita yang sentiasa keluar, Segala kotoran melekat pada kulit muka kita. Tu yang menyebabkan masalah kulit kering, kusam, berjerawat, jeragat. Jadi kenal pasti apa masalah kulit kita & cari pencuci muka yang bersesuaian. 
  • Kenalpasti jenis kulit masing-masing
Ada yang tak tahu jenis kulit sendiri. Berminyak ke, Kering ke. Untuk yang ada kewangan lebih, boleh berkunjung ke mana-mana salun kecantikan & bertanya pada pakar. Kalau kewangan kurang memberangsangkan, cari sahaja maklumat di hujung jari. Dari situ, boleh baca setiap info berkaitan kulit berminyak ciri macamana. kulit kering ciri macamana dan kulit kombinasi ciri macamana. Dari situ kita boleh nilaikan sendiri kulit kita jatuh dalam kategori mana.
  • Guna Pelembap Muka
Pastikan sentiasa guna pelembap muka sebab seiring peningkatan usia kita, kulit kita kena sentiasa lembap tambahan pula kalau kita bekerja di tempat berhawa dingin dan kita pula jenis kurang minum air, kulit akan cepat kering. Jadi fungsi gunakan pelembap untuk pastikan kulit kita kekal lembap.  Sebab wanita yang tak gunakan pelembap, nampak tua 5 tahun dari usia sebenar. Disebabkan itu, wanita yang dah menginjak usia 30-an wajib gunakan pelembap sebagai bantuan untuk elak kulit cepat rosak. 
  • Scrub
Penting guna scrub untuk buang sel kulit mati. Paling terbaik kita gunakan scrub semulajadi yang tiada bahan chemical. Bila usia kita meningkat ke angka 30-an, kulit mati takkan keluar secara automatik sebabkan faktor umur dan metabolisme semakin menurun. Disini kita perlukan bantuan scrub untuk mengeluarkan sel kulit mati di lapisan atas supaya bila kita guna serum, dia akan menyerap lebih berkesan. Lagipun penggunaan scrub ni boleh bantu juga kulit kita nampak sentiasa berseri. 
  • Toner
Fungsi toner untuk mengecilkan liang pori, jadi seeloknya selepas mencuci muka kita di galakkan guna toner
  • Serum
Wanita yang dah menginjak ke angka 30an - 40an wajib gunakan serum untuk anti penuaan. Pernah jumpa tak dengan wanita yang umur 30-an tapi nampak tua..Ada je kan kita jumpa orang yang tengok muka ingatkan dah 40+, eh sekali tanya umur lagi muda dari kita..haha..Kalau gitu, maksudnya orang tu kita kena nasihatkan dia guna serum sebab kulit dia dah semakin menua. Sambil menegur tu, kita doa dalam hati tak kena marah dengan dia balik..haha..
  • Sun Protector
Kalau keluar, pastikan guna sun protector untuk elakkan jeragat semakin mengambil tempat di muka & kulit kita cepat rosak. 

ELAK NAK CEPAT CANTIK

Eh..sapa je yang tak nak kulit cantik,kan?tapi awas jangan terlalu terpengaruh dengan produk-produk yang ada bahan kimia ni sebab boleh menyebabkan kulit cepat rosak. 

Mula-mula nampak kesan dia 'wow'..tapi lepas dah beberapa lama atau kita berhenti guna produk tersebut baru nampak kesan sampingan dia. 

Biarlah guna cara yang lebih semulajadi walaupun kesannya lambat. Paling penting, langkah penjagaan kulit muka [Pencuci (setiap hari) > Toner (setiap hari) > Pelembap (Setiap hari) > Essence / Serum (Setiap hari) > Scrub (1-2x seminggu) > Sun Protector (Setiap hari) > ]. Kita ikut rutin penjagaan muka yang betul. Walaupun kesannya lambat tapi hasilnya lebih baik dari kita guna 1 set produk yang cepat kesannya tapi ada efek sampingan di masa depan. 

RAJIN JAGA MUKA UNTUK KULIT KEKAL CANTIK

Apapun terpulang pada tahap kerajinan masing-masing. Kalau nak kulit cantik, tak nampak tua walaupun usia dah menginjak ke angka 3, angka 4, angka 5 dan seterusnya..Sila ikut step by step penjagaan muka dari sekarang

2 Comments

  1. Kalau 40 boleh juga iikut ni kan.. Baru terimgat dah seminggu x guna toner hiks

    ReplyDelete
  2. kena jagalah elok2 kalau tak nnt dah masuk 40s boleh ada pigmentasi.

    ReplyDelete