Cewah...Bahagia sangat..haha..tak lah..K.fiezz saja google & ternampak tips suami isteri bahagia ni. Jom tengok tips-tips dia. Boleh improve mana yang kurang..

Bahagia ni tak semestinya antara suami isteri je. Bahagia ni untuk semua. Tapi yang k.fiezz nak kongsikan ni tips bahagia suami isteri.

Antara tips suami isteri bahagia yang k.fiezz rasa sangat senang untuk diterapkan dalam diri masing-masing. 

1. TAK MINTA PASANGAN TUKAR SIKAP

Masa bercinta kita terima pasangan kita seadanya jadi lepas kahwin pun kita terima sikapnya yang sama. Kahwin bukan mencari kesempurnaan tapi melengkapi kekurangan dan kelebihan antara satu sama lain.

2. JADI DIRI SENDIRI

Kunci rumahtangga yang bahagia adalah menjadi diri sendiri sebelum & selepas kahwin. Bukan berpura-pura sebelum kahwin jadi orang lain, lepas kahwin baru tunjuk perangai sebenar. Contoh macam dalam drama Camelia. Si Marina tu sebelum kahwin bukan main baik lagi..Lepas kahwin dia tunjuk perangai sebenar. Tengok apa kesudahan dia macamana?tak bahagia. Bercerai.

Tak penat ke berlakon jadi orang lain depan pasangan padahal hakikatnya sifat kita yang sebenar bukan macamtu..

3. JANGAN SEBUT PERKATAAN 'CERAI'

Ini untuk pasangan yang baru berkahwin, janganlah gaduh sikit minta cerai. Selalunya si perempuan lah. Tu la kenapa Allah bagi kuasa cerai di tangan lelaki. Kalau perempuan yang ada kuasa cerai ni. tak tahu la berapa kali kahwin cerai agaknya. 

Percaya tak dengan bergaduh,kita lagi kenal pasangan kita & mengeratkan lagi hubungan kita. Yea. sila lah percaya. Dari bergaduh kita tahu apa yang pasangan kita nak atau suka. So dari situ kita belajar dan cuma improve diri kita untuk tak ulang perkara yang pasangan kita tak suka.

4. BERKOMUNIKASI

Sila berkomunikasi antara pasangan. Sembang pasal apa saja. Sesi luahan perasan ke. Ketidakpuasan hati di tempat kerja dengan bos, rakan sekerja. Luahkan dengan pasangan. Dan kalau nak minta pendapat mengenai apa-apa, cari pasangan kita dahulu. Bukan orang luar.

Kalau bergaduh, komunikasi antara suami dan isteri sangat perlu. Masing-masing kena luahkan apa yang tidak puas hati antara satu sama lain. Dari situ kita tahu apa kesalahan masing-masing dan cuba perbaiki.

5. BERTENANG

Bila berlaku pergaduhan, salah seorang kena bertenang dan bersabar supaya pemikiran kita berada dalam keadaan waras. Kalau dua-dua melepaskan kemarahan sama-sama, tu yang boleh jadi banyak perkara tak diingini. Samaada ter pukul atau terlafaz perkataan 'cerai' dengan tidak sengaja. Bila tengah marah, apa pun kita tak fikir. Fikir nak lepaskan  amarah kita saja. Lepas dah cool down baru terfikir, baru nak menyesal. 

6. MAAF

Kalau rasa ada buat apa-apa yang salah, terus mengaku dan minta maaf pada pasangan. Maaf ni tak bermaksud kita kalah. Heh, ni bukan perlawanan menang kalah. Maaf ni menunjukkkan kita matang dan kita tak mahu rumahtangga kita berterusan ada masalah. 


7. BANTU ISTERI MELAKUKAN KERJA RUMAH

Untuk para suami, ringan tangan dengan bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Kerja-kerja rumah ni bukan 100% tanggungjawab isteri. Tapi seperti yang kita tahu bila kahwin je, automatik kerja-kerja rumah, isteri yang kena buat. Tapi boleh je kan suami memberi bantuan. Tak jatuh pun seluar dalam tolong isteri buat kerja-kerja rumah.


8.  BERI RUANG 'ME TIME'

Kita pun nak ada masa kita sendiri. Orang kata 'me time', jadi apa salahnya sesekali beri pada pasangan melakukan aktiviti yang dia suka seperti lepak dengan kawan-kawan. As long kita tahu dia tak curang di belakang kita.


9. PERCAYA PADA PASANGAN

Paling penting ni, kena percaya pada pasangan. Kalau rasa ada sesuatu yang tak kena atau orang cakap 'sixth sense' isteri ni kuat. Kita sebagai isteri tanya terus pada suami. Jangan menuduh tanpa usul periksa.

10. KURANGKAN MEMBEBEL

Lelaki sebenarnya tak suka perempuan membebel. Jadi kita orang perempuan, cuba kurangkan bebelan. Terutama kalau suami baru sampai rumah. Baru balik kerja. Dia seharian dah penat di tempat kerja, sampai rumah kita membebel. Boleh stress diaorang. Kalau nak bebel juga, bagi ruang. Biar suami mandi dulu, makan. Dah berehat. Baru kita membebel apa yang kita tak puas hati tu. haha..

11. JANGAN LUPA HUBUNGAN KELAMIN

Kebiasaannya bila dah ada anak, hubungan kelamin ni macam dah tak berapa penting dan ada pasangan suami isteri yang mengelak untuk melakukan hubungan kelamin. 

Tapi sebenarnya hubungan kelamin tu, mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara suami isteri. Sesekali luangkan masa bersama dan buat surprise seperti pelukan dan ciuman..hehe..

5 Comments

  1. no. 9 tu mmg sgt penting. sekarang ramai yg bercerai kerana rasa tak percaya dgn pasangan. lepas tu mulalah cemburu dan perang pun meletus. semoga kita semua baik2 saja dgn alam rumahtangga kita.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas tips. alhamdulillah rumah tangga elok jika saling memaaf, sedar kesalahan diri, berkomunikasi sangat penting.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian. **

    ReplyDelete
  4. Yang lain memang praktikkan. Yang Me Time tu merasa bila gi event blogger atau time waktu rehat kerja je.. Hahaha... Kalau nak travel sorang sorang atau shopping sorang sorang suami saya tak bagi kak... Kalau bagi pun dia letakkan syarat kena bawa anak anak.. Alasan dia kang kena ngorat.. Hahaha...

    ReplyDelete