Jom sambung cerita cuti-cuti santai k.fiezz & family ke Kuala Sepetang, Taiping masa Cuti Tahun Baru Cina haritu. So apa aktiviti yang boleh di buat kat Kuala Sepetang ni?Macam tak best je cuti kat sini sebab kurang dapat sambutan atau jarang kita dengar orang bercuti ke sini.

Sebenarnya kat sini tempat dia tenang. Kalau korang jenis yang suka cuti santai-santai, rilex tak crowded macam kat tempat pelancongan lain yang jadi tumpuan setiap kali musim cuti,  k.fiezz suggest korang ke sini. Walaupun tak banyak aktiviti yang boleh di buat berbanding tempat lain. Tapi ada lah juga. Antaranya macam kat bawah ni aktiviti yang kitaorang buat masa ke Kuala Sepetang, Taiping. 

TENGOK KELIP-KELIP

Ni antara aktiviti yang kitaorang buat masa hari pertama kat Kuala Sepetang. Semua pergi kecuali mak mertua k.fiezz. Dia dah pernah ikut trip tengok Kelip-Kelip kat Kuala Selangor. 

So ni kitaorang sahaja & family sepupu mr hubby joint sekali. 

Bayaran yang dikenakan RM25/seorang untuk dewasa. Untuk budak, dua orang dia kira RM25..

Untuk booked trip tengok kelip-kelip ni kitaorang berurusan dengan pihak hotel. 

Ikutkan ada pakej. Tapi masa kitaorang check in pun dah petang, so kitaorang pilih tengok kelip-kelip je. Kalau nak ikut trip lain kena dari pagi sepatutnya...

www.fiezasani.xyz

Mr hubby duduk dengan budak 2 orang ni. K.fiezz duduk 
bertentangan dengan diaorang tapi belah depan sikit..

www.fiezasani.xyz

View yang boleh kita tengok sepanjang nak ke tempat untuk tengok kelip-kelip
Nak tengok kelip-kelip ni waktu malam. Jadi kitaorang gerak dari jeti pukul 7.30mlm..
Seelok sampai tempat kelip-kelip, memang dah gelap. Dah gelap, baru boleh tengok kelip-kelip ni bertenggek duk kat pokok & mengeluarkan cahaya dari badan/muntot dia. Cantik weiii..Macam pokok krismas yang dah hias dengan lampu-lampu. Tapi yang ni real lampu ciptaan dari Allah..sorry tak ada gambar..Sebab tak dibenarkan guna flash. K.fiezz ada lah cubaan nak tangkap gambar, sekali lupa nak off flash..tak pasal kena sound dengan orang lain dalam bot & mr hubby pun joint sekaki..huhu. sentap k.fiezz..Yalah yalah salah sis...


www.fiezasani.xyz

Rumah-rumah yang dibina atas air. Jarang dapat tengok view macamni. Jadi wajib la ambil gambar..

www.fiezasani.xyz

Penginapan atas air untuk tetamu yang nak merasa pengalaman bermalam di atas air & dekat dengan nature. Sewanya agak mahal sikit & sekali dengan pakej makan. Menginap di sini, bot datang sekali masa hantar & sekali masa nak ambil tetamu balik. Jadi sepanjang menginap di sini, tetamu tak boleh nak ke mana-mana. Just chill kat sini menghayati suasana alam semulajadi..

Ni dari explaination orang bot yang kitaorang naik nak pi tengok kelip-kelip..Sebab ada lalu kat sini on the way nak ke tempat kelip-kelip. Sesambil tu, kitaorang sembang dengan pekerja bot. Dia lah yang cakap ni. 

Overall tengok kelip-kelip ni, aktiviti yang menarik dan best. Bayaran pun, murah. dan hasil dia pun berbaloi-baloi. Bawa anak-anak lagi diaorang suka. Aktivitinya santai. Duduk je atas bot dan tengok kelip-kelip kat pokok-pokok. Ada pokok yang meriah dengan lampu dari kelip-kelip. Ada yang kurang meriah. But still fun sebab view macamni, bukannya kita tengok hari-hari. Sesekali pi bercuti & buat aktiviti yang jadi tumpuan kat sini, apa salahnya..

1 Comments

  1. SA pernah ikut media trip cover Selangor, pernah gak pi kat tempat kelip- kelip yang popular tu...memang masa atas sampan tu tak dibenarkan amik gambar guna flash

    ReplyDelete