K.fiezz saja nak kongsi pendapat k.fiezz mengenai tajuk di atas ni?Perlu ke tidak berterus terang dengan anak angkat status dia yang sebenar?Eh jangan buat spekulasi, k.fiezz & mr hubby nak ambil anak angkat pulak. Pernah lah hampir nak dapat anak angkat tapi bukan rezeki. Ada masalah sikit. Boleh baca link di bawah ni antara pengalaman k.fiezz & mr hubby yang ditawarkan anak angkat. Bukan tak mau ambil tapi..Korang boleh baca link bawah ni..Banyak faktor kena ambil kira. Paling penting faktor kewangan


Kali Ke 4 Ditawarkan Anak Angkat

Mr hubby pernah tanya soalan atas ni pada k.fiezz?kalau kata kitaorang ada anak angkat, nak beritahu tak status sebenar dia?

dan k.fiezz jawab 'yea. saya akan beritahu.'Bukan nak malukan dia atau bagi dia rasa tak dialu-alukan dalam family kitaorang cuma k.fiezz rasa kita kena cakap status dia yang sebenar. K.fiezz tengok sendiri pengalaman dari orang sekeliling yang ambil anak angkat ni, ada impak berbeza bila kita berterus-terang ataupun tidak. Ni k.fiezz komen dari orang yang rapat dan k.fiezz kenal. Kalau orang lain, k.fiezz tak pasti. 

Nanti k.fiezz cerita lebih detail kat bawah.

Dan sebab itu, k.fiezz rasa perlu berterus terang dengan anak angkat mengenai status dia..

Sebab kenapa perlu berterus terang status anak angkat?

Untuk bagi dia sedar diri kah yang dia berasal dari keluarga susah, atau dia bukan anak sah taraf?eh, bukan nak hina dia. Cuma dia berhak tahu asal usul dia sendiri. Kalau dia anak orang susah, kena beritahu yang family kandung dia orang susah tak mampu nak jaga dia. Tu sebab dia diserahkan pada keluarga angkat. Kalau dia anak tak sah taraf pula, terpaksa lah beritahu juga hal yang sebenar walaupun mungkin dia susah dan pedih untuk terima. 

Lagipun untuk beri kesedaran pada si anak untuk bersyukur sebab nasib dia terbela dengan kita yang menjaga dia. dan nasib dia lebih baik dari adik beradik dia yang tinggal dengan keluarga kandung tapi susah. eh, bukan hina pula tau. Cuma nak bagi KESEDARAN dan erti SYUKUR pada si anak..

Kalau dia nak jumpa keluarga kandung, tak ada masalah. Kebiasaannya anak angkat ni bila kita dah jaga dari kecil,diaorang dah biasa dengan kita. Dia cuma nak jumpa keluarga kandung dia untuk tahu asal usul dia & mungkin dia nak tanya sendiri pada ibu bapa kandung dia kenapa dia diserahkan jadi anak angkat pada keluarga lain?so let it be. Biarkan segala persoalan yang bermain dalam fikiran dia terjawab & dia puas hati supaya dia tak tertanya-tanya. 

Insyaallah kalau kita dah beri didikan yang mencukupi pada anak angkat kita dan kita jaga dia elok,  dia takkan lupakan kita. Dia akan ingat kita. Dan percaya lah, takkan lari untuk tinggal dengan keluarga kandung dia sebab dia dah biasa dengan cara kita yang didik dia dari kecil sampai dewasa. Dia pun sendiri tak selesa dan janggal berada dalam keluarga kandung dia. Cuma kita tak boleh nak putuskan hubungan silaturrahim sesama diaorang. Hubungan darah diaorang tetap ada sampai bila-bila. Kita cuma menjaga & mendidik anak angkat ni mengikut acuan kita.

PENGALAMAN ORANG SEKELILING

Ada 2 pengalaman dari orang yang rapat & k.fiezz kenal mengenai status anak angkat ni.

Pengalaman 1 - Kawan baik mak k.fiezz ada ambil anak angkat. Yang juga merangkap anak buah. Anak pada kakak ipar dia. Kakak iparnya orang susah. Jadi dia bagi salah seorang anaknya pada adik ipar dia iaitu kawan baik mak k.fiezz ni. 

Kawan baik mak k.fiezz ni dah lama kahwin tapi belum ada rezeki anak, jadi diaorang jaga lah anak angkat yang merangkap anak buah ni. 

Tapi alhamdulillah, tak lama lepas tu kawan baik mak k.fiezz ni berjaya pregnant & dapat anak lelaki. Anak angkat dia, perempuan. Alhamdulillah kawan mak k.fiezz ni adil & tak ada beza pun antara anak sendiri dan anak angkat. dan anak angkat dia tahu status dia tu anak angkat. 

Rasanya dia pun okey & boleh terima. Kadang bila balik kampung, kawan mak k.fiezz ni bawa anak angkatnya pi melawat mak kandung dia, anaknya tak nak pergi kalau mak angkatnya tak joint sekali. Jadi pendapat k.fiezz walaupun si anak tu tahu status dia anak angkat dan kenal mak kandungnya tapi dia tetap pilih mak angkat dia. 

Alhamdulillah anak angkat kawan mak ni dah besar pun sekarang. dah kerja pun. 

Pengalaman ke 2 - okey, yang ni k.fiezz harap tuan punya badan tak baca. Takut mengguris hati dia pula kalau dia terbaca. Ni cerita pasal kawan baik mak mertua k.fiezz pula. Kawan baik mak mertua ni dah lama kahwin & tak ada anak, jadi dia & arwah suami ambil anak angkat lelaki dari baby

Kisah ni k.fiezz tahu lepas dah kahwin dengan mr hubby. Semua tahu yang anak angkat kawan baik mak mertua ni status dia anak angkat termasuk lah k.fiezz yang masa tu baru je jadi ahli keluarga mr hubby. 

semua tahu pasal ni kecuali tuan punya badan iaitu anak angkat kawan baik mak mertua k.fiezz ni. tak tahu la dia dah tahu atau dia buat-buat tak tahu. 

Menurut cerita mak  mertua, family kandung anak angkat ni, family dia orang susah. Bila dia jadi anak angkat pada kawan baik mak mertua ni, memang macam menatang minyak yang penuh & di manja dari kecil. Apa nak semua dapat. 

Dan sampai sekarang dah besar panjang pun, masih berharap dan bergantung pada kawan baik mak mertua ni. Kesian kalau dengar cerita mak mertua kadang2 sebab mak angkatnya sampai bergolok gadai menjual aset-aset yang dia ada demi mengikut rentak anak angkatnya ni. nak buka bisnes ntah berapa kali, belum lagi belanja bulanan walaupun masa tu anak angkat dia dah kahwin, kena support juga..dan macam-macam lagi lah yang melibatkan kewangan..Part business tu sampai ke sudah tak nampak pun hasilnya sebab macam di tipu je.. Anak angkat kawan baik mak mertua ni jenis suka cakap besor pun, so takut orang ambil kesempatan je kata nak joint venture untuk buka business tapi tak pun..Duit modal ntah berapa banyak dah habis..huhu..suruh kerja dengan orang tak mau katanya. nak buka bisnes sendiri. adeh. nak buka bisnes pun kena lah cari pengalaman dulu yea tak?ntah la tak tahu lah apa yg difikirnya terus-terus nak buka bisnes sendiri. 

Sampai sekarang life dia pun ditanggung sepenuhnya oleh mak angkatnya. Banyak lagi perangai anak angkat kawan baik mak mertua ni. tapi tak pe lah. tak nak cerita semua. tak baik buka aib orang..Point kat sini, k.fiezz cuma nak cerita impak bila kita berterus terang atau tidak mengenai status anak angkat..

Ramai dah nasihatkan kawan baik mak mertua ni untuk beritahu status sebenar anak angkat dia sebab geramkan perangai anak angkatnya melayan mak angkat dia macam apa je. Tapi kawan baik mak mertua tak bagi. 

Jadi sampai sekarang anak angkat dia tak tahu la yang dia tu sebenarnya anak angkat..huhu.. bukan nak pandang rendah tapi bila dia buat mak angkat dia macam tu, geram je rasa. nak je bagitau 'eh..hello ko anak angkat je tau'..tapi kita ni berpegang pada amanah mak angkatnya yang tak bagi bocor rahsia. Jadi mampu tengok je lah..

Hope satu hari nanti anak angkat kawan baik mak mertua k.fiezz ni berubah perangai dan mampu berdikari atas kaki sendiri. 

kawan baik mak mertua k.fiezz ni baik..baik sangat. suka tolong orang. cuma tue la anak angkat dia tue tak tahu la nak kategori apa. tak bersyukur ke apa dapat mak angkat yang baik macam tu. Kalau dia duk dengan keluarga kandung dia yang susah tu, memang tak dapat lah apa yang dia dapat sekarang..

Jadi rumusan dari 2 cerita kat atas ni, korang rasa patut atau tidak berterus terang status anak angkat pada anak tu sendiri bila dah sampai tahap umur yang dia boleh faham?

NAK DAPAT ANAK ANGKAT PUN REZEKI

Entry ni bukan lah maksud k.fiezz & mr hubby nak dapat anak angkat pula. Setakat ni belum rezeki lagi. Nak dapat anak angkat ni pun, rezeki juga. macam kita nak anak sendiri. Kalau boleh memang nak anak sendiri tapi kalau kata rezeki anak angkat, #redha. Cuma untuk k.fiezz kos nak ambil anak angkat mahalll. haih, kadang terkejut harga yang diletak oleh orang tengah atau biological mum baby. huhu. Macam ambil kesempatan pun ada juga. hanya mereka yang terlibat dalam proses tu je yang tahu niat masing-masing ambil kesempatan atau ikhlas menolong untuk orang-orang macam k.fiezz & mr hubby ni. huhu.

Jadi pendapat korang macamana pula?patut atau tidak berterus terang status anak angkat?

5 Comments

  1. Kalau saya, saya berterus terang pada budak tu (anak tu). atleast dia tahu. pada orang lain yang tak berkaitan takpe kalau taknak bagitahu. bagitahu kenapa kita bela dia insyaAllah dia paham

    ReplyDelete
  2. adik ipar amek anak angkat dan tu anak biras dia. ya dia pun bagitau status anak tu :)

    ReplyDelete
  3. Pendapat Saya la kan, elok berterus terang. Kita pun rasa tenang, anak angkat pun tahu family sebenar dia. Tak ada apa nak dimalukan kalau tahu status sebenar.

    ReplyDelete
  4. Saya sependapat dengan kak Fiezz. Seeloknya bila tiba kasa yang sesuai terus terang saja dengan anak angkat tuh status dia yang sebenar. Bukan nak merendahkan rendahkan dia tapi berterus terang itu lebih baik. Bila ada yang tak berterus terang tu yang akan datang mudarat kemudian hati. Contoh seperti cerita ke 2.

    ReplyDelete
  5. Perlu
    Umi angkat saya pun beritahu sy ni anak angkat tapi saya ok je tak terkejut pun

    ReplyDelete