Assalamualaikum. Ini pertama kali saya datang program Dr Azizan Osman macam tak percaya seramai 13,000 orang datang program ini. Semua orang ada matlamat yang sama iaitu Nak Ubah Hidup. Program ini juga termasuklah peserta dari Singapore, Indonesia dan Brunei sebab tu ramai. Pengalaman sangat berharga itu yang kena hadir dan rasai pengalaman sendiri. 

www.fiezasani.xyz

Program ini selama 3 hari, pada tahun baru cina iaitu Sabtu, Ahad dan Isnin di Setia City Convention Centre (SCCC) program ini dari pagi sampai malam. Lama kan penat juga sebenarnya lenguh badan duduk lama. Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, dapat dilihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka.

www.fiezasani.xyz
Mungkin ada yang tak tau di mana nak cari mentor atau perniagaan yang betul jadi mereka sertai program ini untuk menambah ilmu. Menjalankan perniagaan tanpa ilmu ini sangat memenatkan sebab lama berniaga tapi untung sama saja. Dah lama nak sertai program ini tapi bila nak sertai selalu penuh jadi tak dapat sertai. Bila ada peluang memang tak akan sia-siakan peluang yang ada.

Banyak sangat impian saya nak realisasikan apabila berjaya sebab itu nak sertai program Dr Azizan Osman ramai juga usahawan yang saya jumpa mereka adalah anak didik Dr Azizan Osman. Itu yang nak korek rahsia mereka. Walaupun sekarang hanya berniaga kecil-kecilan dan secara part time saya harap satu hari dapat berniaga secara full time dan dapat bantu ayah saya.

www.fiezasani.xyz

Saya rasa sangat bertuah dapat datang dan berjumpa team. saya tak sangka mereka juga hadir di program NUH 2020. Kemudahan yang ada cukup, surau, tempat makan dan parking mudah di cari tapi pengurusan untuk pembayaran parking kurang baik sebab mesin rosak dan tidak di betulkan segera tapi semua okey. Susunan tempat duduk juga tersusun mudah nak cari tempat duduk.

PESANAN DR AZIZAN OSMAN :-

1. Mengenal pasti halangan untuk maju dan cara menyelesaikannya. Dr Azizan ada pesan kita perlu minta maaf dekat semua orang supaya rezeki mudah masuk dan supaya tiada halangan atau roadblocks yang menghalang rezeki tersebut. 

2. Upgrade Marketing. Dalam perniagaan marketing sangat penting untuk kita maju dalam perniagaan jika kita buat marketing cara lama sukar untuk kita maju. Setiap tahun marketing pasti berubah-ubah jadi kita kena ada mento yang sentiasa bantu kita dalam perniagaan. 

3. Ketahui Big Why kenapa kita berada di sini. Semakin besar big why semakin besar keinginan kita untuk berjaya. Jika kita inginkan sesuatu kita akan usaha sampai berjaya jadi anda pasti akan komited untuk dalam bidang tersebut. 

Antara anak didik Dr Azizan Osman yang telah berjaya ialah Eriyca Baiduri dari Noir Health dan  Beauty. Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending sampai sekarang pun ramai yang tonton fb live jadi bagi yang berniaga tak perlu malu atau takut untuk buat live di facebook walaupun tak ada orang tonton. Mereka yang berjaya ini menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). 

Seterusnya, Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. 

www.fiezasani.xyz

Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F and B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019. Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes.

Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini. Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks.

MENERIMA KUNJUNGAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Kejutan kunjungan dari Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad di Setia City Convention Centre. Beliau dalam perjalanan ke kunjungan rumah terbuka Tahun Baru Cina. Tun dimaklumkan bahawa terdapat satu perhimpunan usahawan Melayu seramai 13 ribu penyertaan.

TENTANG DR AZIZAN OSMAN 

Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author. Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.

Visi Dr Azizan Osman hari ini adalah

▪ Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia
▪Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun
▪ Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030.

TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL 
RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia. Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.


Antara topik dan pengisian program adalah:

1. Pengurusan Bisnes

2. Pemasaran

3. Jualan

4. Pematuhan Undang-Undang

5. Perakaunan & Percukaian

6. Operasi

7. Kepimpinan

8. Pembangunan Diri

9. Pelaburan

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan. Dua prinsip utama Dr Azizan Osman ialah; "Kalau hidup sekadar hidup kera di hutan juga hidup. Kalau kerja sekadar kerja, babi di hutan juga bekerja". Prinsip kedua pula ia dari hadis Nabi Muhammad iaitu "Sebaik-baik manusia adalah orang yang bermanfaat kepada orang lain.

Jika anda tercari-cari mentor yang boleh mengubah hidup dan perniagaan anda bolehlah mendaftar bagi program seminar Nak Ubah Hidup 2020 dengan melayari website;


4 Comments

  1. seronok juga bila dapat attend event sebegini, banyak ilmu boleh diperolehi.

    ReplyDelete
  2. Tentu Rasa lebih bersemangat Lepas pergi event ni Kan.. mama yg baca pun terasa seronok

    ReplyDelete
  3. teringin sangat nak join. sebab ramai yg lepas join program ni makin berjaya ^_^

    ReplyDelete