Pengalaman Sertai Program NUH 2020
Assalamualaikum. Ini pertama kali
saya datang program Dr Azizan Osman macam tak percaya seramai 13,000 orang
datang program ini. Semua orang ada matlamat yang sama iaitu Nak Ubah Hidup.
Program ini juga termasuklah peserta dari Singapore, Indonesia dan Brunei sebab
tu ramai. Pengalaman sangat berharga itu yang kena hadir dan rasai pengalaman
sendiri.
Program ini selama 3 hari, pada tahun baru cina iaitu Sabtu, Ahad dan
Isnin di Setia City Convention Centre (SCCC) program ini dari pagi sampai malam. Lama kan penat juga sebenarnya lenguh badan duduk lama. Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan
program dengan tujuan yang sama, dapat dilihat semakin ramai orang tahu dan
faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan
tahap pendapatan mereka.
Mungkin ada yang tak tau di mana nak cari mentor atau perniagaan yang betul jadi
mereka sertai program ini untuk menambah ilmu. Menjalankan perniagaan tanpa
ilmu ini sangat memenatkan sebab lama berniaga tapi untung sama saja. Dah lama
nak sertai program ini tapi bila nak sertai selalu penuh jadi tak dapat sertai.
Bila ada peluang memang tak akan sia-siakan peluang yang ada.
Banyak sangat impian saya nak realisasikan apabila berjaya sebab itu nak sertai
program Dr Azizan Osman ramai juga usahawan yang saya jumpa mereka adalah anak
didik Dr Azizan Osman. Itu yang nak korek rahsia mereka. Walaupun sekarang hanya
berniaga kecil-kecilan dan secara part time saya harap satu hari dapat berniaga
secara full time dan dapat bantu ayah saya.
Saya rasa sangat bertuah dapat datang dan berjumpa team. saya tak sangka mereka
juga hadir di program NUH 2020. Kemudahan yang ada cukup, surau, tempat makan
dan parking mudah di cari tapi pengurusan untuk pembayaran parking kurang baik
sebab mesin rosak dan tidak di betulkan segera tapi semua okey. Susunan tempat
duduk juga tersusun mudah nak cari tempat duduk.
PESANAN DR AZIZAN OSMAN :-
1. Mengenal pasti halangan untuk maju dan cara menyelesaikannya. Dr Azizan ada
pesan kita perlu minta maaf dekat semua orang supaya rezeki mudah masuk dan
supaya tiada halangan atau roadblocks yang menghalang rezeki tersebut.
2. Upgrade Marketing. Dalam perniagaan marketing sangat penting untuk kita maju
dalam perniagaan jika kita buat marketing cara lama sukar untuk kita maju.
Setiap tahun marketing pasti berubah-ubah jadi kita kena ada mento yang
sentiasa bantu kita dalam perniagaan.
3. Ketahui Big Why kenapa kita berada di sini. Semakin besar big why semakin
besar keinginan kita untuk berjaya. Jika kita inginkan sesuatu kita akan usaha
sampai berjaya jadi anda pasti akan komited untuk dalam bidang tersebut.
Antara anak didik Dr Azizan Osman yang telah berjaya ialah Eriyca Baiduri
dari Noir Health dan Beauty. Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada
ketika FB Live sedang menjadi trending sampai sekarang pun ramai yang tonton fb
live jadi bagi yang berniaga tak perlu malu atau takut untuk buat live di
facebook walaupun tak ada orang tonton. Mereka yang berjaya ini menuntut
ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM)
dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship,
bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman).
Seterusnya, Siti
Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja
telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta
berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah
atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai
sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil
bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala
selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka.
Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya
dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona
Best Growing F and B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019. Rosli
Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah
menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes
beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau
menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam
perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta
sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes.
Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah
mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya
membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum
ini. Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat
disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan
ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan
oleh RichWorks.
MENERIMA KUNJUNGAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.
Kejutan kunjungan dari Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir
Mohamad di Setia City Convention Centre. Beliau dalam perjalanan ke
kunjungan rumah terbuka Tahun Baru Cina. Tun dimaklumkan bahawa terdapat satu
perhimpunan usahawan Melayu seramai 13 ribu penyertaan.
TENTANG DR AZIZAN OSMAN
Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author. Azizan,
seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing
& Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing
anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan
usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah
terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga
berjuta-juta.
Visi Dr Azizan Osman hari ini adalah
▪ Untuk
mengurangkan kadar kemiskinan di dunia
▪Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun
▪
Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030.
TENTANG
RICHWORKS INTERNATIONAL
RichWorks International
adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang
pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix'
Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah
ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di
platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add
Value kepada komuniti di seluruh dunia. Sepanjang 12 tahun sejak 2008,
RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan
Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih
daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700
Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium
dan SPIRE.
Antara topik dan pengisian program adalah:
1. Pengurusan Bisnes
2. Pemasaran
3. Jualan
4. Pematuhan Undang-Undang
5. Perakaunan & Percukaian
6. Operasi
7. Kepimpinan
8. Pembangunan Diri
9. Pelaburan
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang
berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan
yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan. Dua prinsip utama Dr Azizan Osman
ialah; "Kalau hidup sekadar hidup kera di hutan juga hidup. Kalau kerja
sekadar kerja, babi di hutan juga bekerja". Prinsip kedua pula ia dari
hadis Nabi Muhammad iaitu "Sebaik-baik manusia adalah orang yang
bermanfaat kepada orang lain.
Jika anda tercari-cari mentor yang boleh mengubah hidup dan perniagaan
anda bolehlah mendaftar bagi program seminar Nak Ubah Hidup 2020 dengan
melayari website;
4 Comments
Semoga menjadi usahawan berjaya
ReplyDeleteseronok juga bila dapat attend event sebegini, banyak ilmu boleh diperolehi.
ReplyDeleteTentu Rasa lebih bersemangat Lepas pergi event ni Kan.. mama yg baca pun terasa seronok
ReplyDeleteteringin sangat nak join. sebab ramai yg lepas join program ni makin berjaya ^_^
ReplyDelete