Jalan-Jalan Ke Zoo Taiping
Percutian ke Kuala Sepetang 2 Hari 1 Malam awal bulan ni haritu diteruskan ke Zoo Taiping sebab ada 2 orang kanak-kanak ribena..hehe. Bawa diaorang masuk Zoo untuk kenal-kenal secara dekat dengan haiwan-haiwan dalam Zoo Taiping ni.
Selalu tengok gambar je. Kali ni bagi tengok yang real punya.
TIKET ZOO TAIPING
Ada dua harga yang berbeza untuk masuk ke Zoo Taiping ni. Satu harga untuk masuk waktu siang. Satu harga lagi untuk masuk time waktu malam. Kitaorang pilih waktu siang. Harga tiket -
RM16 / dewasa
RM8 / Kanak-Kanak & Warga Emas
For info,harga tiket untuk waktu malam - RM20 / dewasa. kanak-kanak & warga emas, tak perasan. K.fiezz tengok sekali imbas gitu je.
**Untuk warga tempatan (orang Taiping) yang beralamat di sini, dapat diskaun**
Haritu kitaorang minta tolong isteri sepupu mr hubby yang kebetulan orang Taiping belikan tiket. Cuma tunjuk kad pengenalan masa pembelian tiket di kaunter. Dan dapat harga tiket RM13 / dewasa & RM6 / kanak-kanak.
Baca juga >> Pekena Cendol Dan Laksa Di Bismillah Cendol Taiping
Ni masa entrance lepas masuk dalam Zoo..Ada photographer ambil gambar berlatarkan papan hijau. Nanti dorang akan edit letak background gambar. Ada 3 jenis background yang berbeza. 1 set (3 background) RM65. Satu - RM30.
Nak naik tram. Malas nak berjalan. Yang tram ni PERCUMA. tapi beratur panjanggg noo..
Tak lalu..
Ternampak ada tram personal. K.fiezz pi tanya kat kedai yang jual makanan/minuman ringan dekat dengan tempat menunggu Tram ni..
Ingatkan mahai benor. RM10/seorang (dewasa dan kanak-kanak).Beli tiket kat sini..Nanti tunjuk je tiket pada pemandu tram.
Naik tram ni kita satu keluarga je & kita akan dibawa round satu zoo. Tak payah nak jalan kaki penat-penat. haha..Duduk je dalam ni. Nak berhenti kat mana-mana untuk ambil gambar & tengok haiwan-haiwan ni secara dekat, cuma beritahu. Dia akan berhenti. Tempoh berpusing naik tram ni dalam 45 minit.
Rasa tempat Memerang ni kalau tak silap. Concentrate betul si Arif tengok, tak pandang kamera mak long.
Cantik kan view dia..
Yang ni pokok tertua dalam Zoo Taiping ni.
Lupa la nama apa...
Singa weiiii...
Buaya tengah berendam sejukkan badan..
Kucing Hutan ni mesti garang. Tempat kurungan dia tutup sepenuhnya dengan cermin..
Seladang. trademark pasukan bola sepak negeri Perak.
Budak 2 orang ni depan tempat kurungan Gajah..
eh..tiberrr selit 2 orang ni..haha..fefeling romantic gitu..haha
Pukul berapa 'datuk harimau'..haha..
Badak Sumbu
Kat sini, k.fiezz boleh cakap banyak gak haiwan-haiwan nya. Cuma ada haiwan yang aktif waktu malam. So yang aktif waktu malam ni, waktu siang tidur.
Harga tiket berbaloi & murah berbanding Zoo Negara. hehe..
Okey, habis cerita percutian ringkas 2 Hari 1 Malam ke Taiping. Percutian yang simple & tak banyak keluar duit sebab dalam Malaysia je. hehe.
Next cuti-cuti ke mana pula?hehe. Dah ada dalam planning. Nanti k.fiezz kongsi..
6 Comments
terasa rindu nak pi, last pi zoo taiping rasanya dah 11 tahun lepas. hahaha
ReplyDeleteTak pernah lagi sampai zoo sana. Hope next time ada rezeki bawa ank ke sana pula. Ank mmg suka pegi zoo
ReplyDeleteDah lama tak pegi zoo
ReplyDeleteLast pegi zoo melaka
wah..bestnya g zoo..kelantan xde zoo..huhu
ReplyDeletesuka zoo taiping sebba haiwan kat sini gumuk2 hihi
ReplyDeletebyk2 zoo yg ada...pi zoo negara je..zoo lain tk pernah smp
ReplyDelete