Percutian ke Kuala Sepetang 2 Hari 1 Malam awal bulan ni haritu diteruskan ke Zoo Taiping sebab ada 2 orang kanak-kanak ribena..hehe. Bawa diaorang masuk Zoo untuk kenal-kenal secara dekat dengan haiwan-haiwan dalam Zoo Taiping ni. 

Selalu tengok gambar je. Kali ni bagi tengok yang real punya.

TIKET ZOO TAIPING

Ada dua harga yang berbeza untuk masuk ke Zoo Taiping ni. Satu harga untuk masuk waktu siang. Satu  harga lagi untuk masuk time waktu malam. Kitaorang pilih waktu siang. Harga tiket - 

RM16 / dewasa
RM8 / Kanak-Kanak & Warga Emas

For info,harga tiket untuk waktu malam - RM20 / dewasa. kanak-kanak & warga emas, tak perasan. K.fiezz tengok sekali imbas gitu je. 

**Untuk warga tempatan (orang Taiping) yang beralamat di sini, dapat diskaun**

Haritu kitaorang minta tolong isteri sepupu mr hubby yang kebetulan orang Taiping belikan tiket. Cuma tunjuk kad pengenalan masa pembelian tiket di kaunter. Dan dapat harga tiket RM13 / dewasa & RM6 / kanak-kanak.


www.fiezasani.xyz

Ni masa entrance lepas masuk dalam Zoo..Ada photographer ambil gambar berlatarkan papan hijau. Nanti dorang akan edit letak background gambar. Ada 3 jenis background yang berbeza. 1 set (3 background) RM65. Satu - RM30.

www.fiezasani.xyz

Nak naik tram. Malas nak berjalan. Yang tram ni PERCUMA. tapi beratur panjanggg noo..
Tak lalu.. 

Ternampak ada tram personal. K.fiezz pi tanya kat kedai yang jual makanan/minuman ringan dekat dengan tempat menunggu Tram ni..

www.fiezasani.xyz

Ingatkan mahai benor. RM10/seorang (dewasa dan kanak-kanak).Beli tiket kat sini..Nanti tunjuk je tiket pada pemandu tram. 

Naik tram ni kita satu keluarga je & kita akan dibawa round satu zoo. Tak payah nak jalan kaki penat-penat. haha..Duduk je dalam ni. Nak berhenti kat mana-mana untuk ambil gambar & tengok haiwan-haiwan ni secara dekat, cuma beritahu. Dia akan berhenti. Tempoh berpusing naik tram ni dalam 45 minit.


www.fiezasani.xyz

Rasa tempat Memerang ni kalau tak silap. Concentrate betul si Arif tengok, tak pandang kamera mak long. 

www.fiezasani.xyz

Cantik kan view dia..

www.fiezasani.xyz

Yang ni pokok tertua dalam Zoo Taiping ni. 

www.fiezasani.xyz

Lupa la nama apa...

www.fiezasani.xyz

Singa weiiii...

www.fiezasani.xyz

Buaya tengah berendam sejukkan badan..

www.fiezasani.xyz

Kucing Hutan ni mesti garang. Tempat kurungan dia tutup sepenuhnya dengan cermin..

www.fiezasani.xyz

Seladang. trademark pasukan bola sepak negeri Perak.

www.fiezasani.xyz

Budak 2 orang ni depan tempat kurungan Gajah..


www.fiezasani.xyz

eh..tiberrr selit 2 orang ni..haha..fefeling romantic gitu..haha

www.fiezasani.xyz

Pukul berapa 'datuk harimau'..haha..

www.fiezasani.xyz

Badak Sumbu


Overall best masuk kat Zoo Taiping ni. Besar gak zoo dia. Kalau jalan kaki, berpeluh ni. Bila berselisih dengan orang yang jalan kaki, nampak muka masing-masing keletihan & berpeluh teruk. Biras & adik ipar k.fiezz mula-mula jalan kaki. Lepas tu terserempak dengan kitaorang naik tram ni, diaorang tumpang sekali. 

Kat sini, k.fiezz boleh cakap banyak gak haiwan-haiwan nya. Cuma ada haiwan yang aktif waktu malam. So yang aktif waktu malam ni, waktu siang tidur. 

Harga tiket berbaloi & murah berbanding Zoo Negara. hehe..

Okey,  habis cerita percutian ringkas 2 Hari 1 Malam ke Taiping. Percutian yang simple & tak banyak keluar duit sebab dalam Malaysia je. hehe. 

Next cuti-cuti ke mana pula?hehe. Dah ada dalam planning. Nanti k.fiezz kongsi..

6 Comments

  1. terasa rindu nak pi, last pi zoo taiping rasanya dah 11 tahun lepas. hahaha

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi sampai zoo sana. Hope next time ada rezeki bawa ank ke sana pula. Ank mmg suka pegi zoo

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak pegi zoo
    Last pegi zoo melaka

    ReplyDelete
  4. wah..bestnya g zoo..kelantan xde zoo..huhu

    ReplyDelete
  5. suka zoo taiping sebba haiwan kat sini gumuk2 hihi

    ReplyDelete
  6. byk2 zoo yg ada...pi zoo negara je..zoo lain tk pernah smp

    ReplyDelete