Penangan si Susu Farm Fresh yang glamer ni. Sana sini orang bercakap pasal susu ni. Semalam kat pejabat k.fiezz ada program Mesyuarat PUSPANITA Kementerian Kerja Raya so ada lah booth-booth jualan & food truck. Salah satunya booth FARM FRESH ni.

www.fiezasani.xyz

K.fiezz memang penggemar susu Kurma Farm Fresh ni. Dah nampak semalam, wajib la beli. 4 kotak RM10. 

Masa on the way balik rumah semalam. K.fiezz singgah kedai nak beli barang sikit. Ada seorang akak tegur beli kat mana susu farm fresh ni?sebabnya dia tegur, plastik transparent. Memang nampak jelas lah isi dalam dia. 

K.fiezz cakap dengan akak tu, beli kat pejabat. 

Dah setel beli barang.  

Dalam lif kena tegur pula dengan seorang budak lelaki (umur rasanya darjah 5-6) sebab macam ramah & reti nak bersembang dengan orang tua. Orang tua?okey, terasa sis. Budak tu panggil k.fiezz pun acik. Sabar je lah tau..panggil sis..sis..haha

Berbalik pada cerita budak lelaki tu, ni conversation k.fiezz & budak tu.

B.Lelaki : Sedap susu tu,kan. (sambil tengok plastik berisi susu farm fresh ni yang k.fiezz pegang)

K.Fiezz : Ha'ah sedap. Pernah minum ke?

B.Lelaki : Tak pernah. Ni yang nak rasa. Saya nak 1 boleh?

K.fiezz : tak ada jawapan. Terus k.fiezz tersenyap.. Dalam hati, ni nak kena 'pau' ke camne dengan budak ni..haha. 

Kebetulan masa tu dah sampai ke tingkat k.fiezz pun, terus k.fiezz keluar & pandang budak lelaki tu sambil bagi senyuman. 

Adeh..Tak tau lah nak kategori k.fiezz kedekut ke?haha. Bukan tak nak bagi tapi terkejut sebab budak tu selamba je minta gitu dari orang tak kenal. 

Yea..kitaorang satu flat tapi k.fiezz tak kenal pun budak tu.

Cerita kat mr hubby pasal ni lepas tu mr hubby tanya 'abis tak bagi ke budak tu satu?'

K.fiezz macam 'errr'..terus rasa kedekutnya ai. haha. bukan kedekut. Terkejut.. 

5 Comments

  1. haha..sesedap hati jer mtk org punya..mcm knal dah lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tue la..selamba badak dia je minta gitu, cik nor..tejut kita budak skrg jenis 'daring' macam tu...

      Delete
  2. SA pun suka susu farm fresh ni....hari2 atau selang 2 hari SA mesti beli

    ReplyDelete
  3. liez suka susu farm fresh.. choclate, coffee dgn kurma.. tapi sekarang tak boleh minum lagi sbb gula tinggi.. sabar je tgk org minum susu tu

    ReplyDelete
  4. tak pernah cuba lagi, tapi kalau jumpa nanti nak try.

    ReplyDelete