Semalam k.fiezz ke First Lady Jalan TAR. Misi mencari baju warna purple. Mula-mula tak plan pun nak masuk First Lady Jalan TAR ni. K.fiezz duk aim Butik PARI kat Jalan TAR (mengadap SEMUA HOUSE) tu. Tapi masuk dalam Butik PARI, tak jumpa , tak ada yang berkenan di hati. Semua macam errrr.. K.fiezz mencari blouse / dress warna purple

So keluar dari Butik PARI, ingat nak masuk MUAZ. On the way nak ke MUAZ, lalu FIRST LADY Jalan TAR ni dulu. Sebab Butik PARI & First Lady  Jalan TAR ni sebaris cuma bezanya. First Lady bahagian depan yang mengadap jalan. Butik PARI bahagian belakang mengadap SEMUA HOUSE.

Dah terlalu tu, kita masuk je lah..kan..Masa masuk dalam First Lady Jalan TAR, nampak ada banner RM9.95 (CLEARANCE SALE).. Wah menarik ni. Murah..murah...Jom tengok ada tak yang menarik dari mata jatuh ke hati..

Cari punya cari baju warna purple, ada beberapa yang menarik perhatian k.fiezz..Memula jumpa yang no.1 ni je. Malas nak cari hat lain..hehe..dasar M kan sebab yang hat clearance, design dia macam tak berapa berkenan di mata k.fiezz..


www.fiezasani.xyz

Yang mana cun?

Bila cuba set no. 1 (baju & seluar. seluar jenis kembang)..Awat macam bibik2 ni.. haha. Sebab malas nak cari yang lain k.fiezz nak ambil je yang ni. Sekali masa kat kaunter, cashier tu tengok muka k.fiezz macam tak berapa berkenan pilihan sendiri. Tapi degil nak bayar jugak.haha. So cashier tu tanya, tak nak tengok yang lain ke?Dah cashier tu tanya gitu, betul juga kan. Tengok je lah yang lain. Cari punya cari, jumpa baju no. 2 & no.3..Design yang sama tapi warna berbeza.. Tak tahu mana okey..tu snap gambar. Nak tengok yang mana cantik?

Hasilnya...

www.fiezasani.xyz

K.fiezz ambil 2 helai. no.1 & no.3. Seluar kembang tu k.fiezz tak jadi ambil. 
Blouse no.2 tu cantik..cantik..tapi warna dia terang benor..dan corak dia besar..

2 helai ni total RM19.90.. Satu RM9.95..Murah kan..sempena CLEARANCE SALE First Lady. Pi lah terjah. Rasanya diaorang buat clearance ni untuk masuk stok baru untuk raya pula..



5 Comments

  1. First Lady ni dah lama ada di pasaran kan...

    ReplyDelete
  2. liez suka beli seluar dekat first lady kak.. seluar dia selesa.. baju tak pernah lagi

    ReplyDelete
  3. puas hati jugak beli first lady ^_^

    ReplyDelete
  4. baju no. 3 tu nice. harga ya allah murahnya. rambang mata...

    ReplyDelete