Tengah kecoh sekarang pasal BFF ambil suami kawan. Huhu. Bukan la k.fiezz nak ulas kes tu. Sapa la sis ni nak ulas/komen pasal isu orang lain. Sebenarnya bukan nak ambil tahu sangat tapi bila baca kronologi kes yang tengah viral ni, sebagai perempuan k.fiezz boleh rasa perasaan marah,kecewa suami kena ambil dengan kawan baik sendiri. Bukan nak kata ambil suami orang lain tak pe. Ambil suami siapa-siapa pun, satu perbuatan yang memang sangat-sangat kurang ajar.

Kecewa mak ayah bila tahu anak dara diaorang pilih suami orang. huhu. 

AMBIL IKTIBAR

Sebenarnya dari kes ni kita sebagai isteri dan kaum perempuan boleh ambil iktibar. Ambil iktibar bila dah kahwin, kawan baik kita suami kita. Kalau nak juga, tak boleh nak tinggal kawan baik terutama yang kita dah kenal lama dari zaman sekolah atau universiti atau pejabat, tak kisah la mana-mana. kalau kita sendiri sedia maklum kawan baik kita masih single, rasanya kita perlu jarakkan hubungan best friend forever kita tu..

Tak perlu la sampai offer untuk ajak ke mana-mana bersama-sama kita dan suami termasuk lah bercuti kita sekeluarga anak beranak. Awkward kot. 

Bila kita buat ni, dari situ kita dah buat kesilapan paling besar iaitu tanpa sedar kita sendiri dah bagi peluang pada suami & kawan kita ni berkenalan. Dari situ masing-masing dah curi-curi main mata. Dari mata jatuh ke hati. huhu. Bila diaorang dah terpaut, hati siapa yang sakit kalau bukan hati kita sendiri. 


so big mistake dari kes ni, si isteri pi mana-mana termasuk la bercuti bawa kawan baik atas dasar simpati sebab bff tak ada kawan. huhu. Hati orang kita tak tahu, awak. Sebelum kita kesian kan orang, baik lah kita kesiankan diri sendiri dulu. Kalau suami beralih arah pada bff sendiri, siapa yang kesian. Tak ke kita sendiri. 

Baca juga << Mengapa Lelaki Curang >>

PENGALAMAN K.FIEZZ

Ni dari pengalaman k.fiezz sendiri. Dulu k.fiezz ada kawan baik. dan kawan baik k.fiezz ni kahwin dulu dari k.fiezz. Weiii..sunyi tau dak. Sebab dia dah ada boyfriend. k.fiezz masa tu tak kenal lagi dengan mr hubby. So masa kawan baik k.fiezz ni bercinta, k.fiezz selalu follow diaorang. haha. muka tak malu, kan. tapi masa tu tak kisah. Sebenarnya k.fiezz ikut diaorang dating tu sebab k.fiezz nak keluar jalan-jalan. Sebelum kawan baik k.fiezz kenal dengan boyfriend dia tu, kitaorang selalu keluar time weekend. Jadi bila kawan k.fiezz tu dah ada boyfriend, i is sunyi la uoll. tu muka selamba je ikut diaorang dating


Sampai la kawan baik k.fiezz ni kahwin dengan boyfriend  dia. K.fiezz still contact. Siap pi bermalam la rumah pengantin baru ni. haha. serius muka tak malu la k.fiezz ni. 


Tapi lepas tu k.fiezz dah slow down contact dia sebab macam baru sedar, dah kenapa k.fiezz duk berkepit dengan bff k.fiezz ni. Dia dah ada life sendiri lepas dah kahwin. Ko tak reti-reti nak berundur dari jadi kawan baik dia. Jadi lepas tu k.fiezz belajar untuk berdikari tanpa kawan baik k.fiezz ni. Sampai la k.fiezz kenal dan kahwin dengan mr hubby. 


Sekarang memang k.fiezz tak ada bff. Yang ada kawan pejabat, kawan biasa-biasa. Tu je. Malas dengan istilah bff  ni sebab takut jadi kes macam yang viral ni. huhu. Sebelum kes ni lagi, k.fiezz memang dah set dalam minda tak payah la baik sangat sampai nak bawa datang rumah ke, ajak pi jalan sama-sama ke? Nope..


Dan nasib juga k.fiezz ni kategori susah nak masuk dengan orang lain. K.fiezz selalu memilih sikit part kawan ni. 

Bukanlah k.fiezz nak cakap semua perempuan ni nak ambil suami orang je kerja nya tapi orang kata hati-hati. Hati-hati sebelum terkena. Bila dah terkena, nangis awak. kahwin bertahun-tahun, hancur sebabkan orang ketiga kawan sendiri. 


K.fiezz bukan nak cakap 100% salah perempuan, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. 

PENGAJARAN DARI KES NI


>> Sila ingatkan diri bila kita dah kahwin, kita sendiri kena jarakkan diri dengan kawan-kawan ni. Bukan la suruh tak mo kawan dah tapi kita kena pandai bahagi masa bila nak keluar dengan kawan baik untuk me time dan bila nak keluar dengan suami  dan anak-anak.


>> Jangan terlampau positif sangat. 'eh..tak kan la kawan baik aku nak ngorat suami aku kot'. hah. salah tu. Rambut sama hitam. hati lain-lain, awak. awak tahu ke apa dalam hati kawan baik awak  & suami awak tu. boleh baca ke?


Jadi kesimpulannya dari kes yang tengah hot & viral ni, jujurnya k.fiezz nak salah kan ketiga-tiga. Tapi lebihnya pada si perampas dan si suami sebab bertepuk tangan sebelah takkan berbunyi. Cuma si isteri pun ada kesilapan sebab dia sendiri ke mana-mana bawa si perampas ni & beri peluang tanpa sedar pada kedua-dua untuk bercinta di belakang dia. huhu. 


K.fiezz bukan lah nak condemn si isteri bila jadi kes macam ni sebab mungkin masa tu dia fikir kesiankan pada kawan tu dan dia tak terfikir yang kawan baik dia boleh tikam belakang dia. Mungkin dia jenis yang positif orang nya. 

Cuma pengajaran dari kes ni kita kena ada sikap hati-hati. Ada masa kita kena positif..ada masa kita kena negatif. Jangan bersangka baik all da time. Macam k.fiezz beritahu kat atas ni. Hati orang, kita tak tahu..

8 Comments

  1. Dah kawen memang dunia seorang wanita tu dengan suami, keluarga dan anak-anak je la. Tak ada lain. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je nak berkawan. cuma ada limit dia.

      Delete
  2. sedih pula bila baca post kakfiez ni haha geng sha banyak nak kahwin tahun ni huwaaaa T_____T

    ReplyDelete
  3. i tikam no. ekor jer..eh..tak lah..haha

    ReplyDelete
  4. Mungkin kawan baik dia tu orang yang ke- 19

    ReplyDelete
  5. itu lah, sedih jugak jadi macam ni. tapi ya lah, ujian buat diri mereka masing2 T_T

    ReplyDelete
  6. Saya ada bff sorang je kak fiezz. Berkawan sejak umur 18 tahun sama sama belajar kat uitm lendu. Mana pergi memnag berdua. Leoas tu saya kawen dulu. Setahun kemudian dia pulak kawen. Alhamdulillah hubungan tu kekal sampai sekadang sebab prinsip saya walaupun kitorang bff tapi masing masing ada life tersendiri. Tak nak ganggu sangat. Dia ada mslh cari saya. Saya ada mslh cari dia.

    ReplyDelete
  7. Setuju.
    Jadikan kes ni pengajaran utk kita.
    Saya pun ada BFF juga, tapi kami jumpa setahun sekali kluar makan2, tu pun Mr.Husband hantar kat mana2 , dia tak join.
    Selain tu invite dia dtg rumah time raya dan xmas.
    Nak kluar selalu tu memang tidaklah ....

    ReplyDelete