Say hi to Oren & Belang. our new member kat rumah. Haha. Minggu lepas masa cari cheongsam k.fiezz kat Giant Kinrara, tingkat bawah ada kedai pet. Memacam haiwan ada. Memula tengok hamster. comel tapi k.fiezz geli la nak pegang..Mr hubby tetiba cakap nak bela hamster. Eh, memang tak la cerita dia, kan. 
K.fiezz suka tengok je. Pegang NOOO.. Kalau mr hubby nak juga, dia uruskan pasal kebersihan. hehe. Nak sangat,kan. Boleh je..Tapi sila uruskan pembersihan sangkar dia. Pembuangan najis. haha. k.fiezz setakat bagi makan tu, boleh. haha

Lepas tu pi tengok kat belah ikan-ikan. 

www.fiezasani.xyz

Mr hubby cakap nak bela ikan la. K.fiezz macam 'yea yea je orang tua ni'. Eh, betul rupanya. Dia nak bela ikan. Sabar je lah. 

So okey la bela ikan. Memula nak ambil seekor je tapi kesian pula seekor je berenang-renang dalam akuarium. 

Ambil dua ekor. Seekor panggil SI BELANG & seekor lagi panggil SI OREN. Sebab seekor badan dia warna oren, seekor lagi berbelang.

Mr hubby cakap saja nak bela sebab nak bagi rasa tanggungjawab. K.fiezz okey je lah. 

Baru beberapa hari ni, tengok SI BELANG & SI OREN ni dalam proses penyesuaian dengan rumah kitaorang dan suasana baru. Tengok dedua ni pun macam belum mesra lagi dalam akuarium tu. Sokay, kita bagi la masa kat diaorang yea.