Korang..Selalu tak dapat request friend dari abam-abam juruterbang ni. Haih, annoying pula tetiba add k.fiezz jadi kawan. Sebabkan akaun IG k.fiezz public jadi sesapa nak jadi kawan, boleh terus je add k.fiezz. K.fiezz tak perlu nak luluskan ke tidak. Tapi selalunya k.fiezz memang akan check kawan-kawan baru yang add k.fiezz kat IG ni. 

Kalau dari kalangan blogger, saudara-mara k.fiezz okey je. Tak ada masalah. Tapi kalau yang macam bawah ni. Acah-acah pilot sangat. Padahal rasanya nak memperdayakan gadis-gadis je ni. K.fiezz tak tahu la yang dalam gambar ni betul ke tidak pilot atau orang lain gunakan gambar-gambar diaorang. 

But sorry not interested, i'm married. Kalau k.fiezz check keluar gambar abam-abam pilot ni, memang k.fiezz terus block je. 

eh koser la sis. Ingat orang perempuan ni gila sangat nak ke pilot. Kita pun tahu taraf-taraf gadis pilihan pilot ni model, artis/selebriti. Kalau takat muka k.fiezz ni, memang tak la kan cerita dia.. Dah tua pulak tu. haha. 

Tak tahu la kenapa orang ni kalau nak menyamar je, letak gambar pilot. Ingat gadis-gadis semua kebulur ke dengan pilot. Kalau yang mana kahwin dengan pilot tu, rezeki sangat. tapi tengok rupa yang mana kahwin pilot, lawa-lawa kot. Tetiba pilot nak kawan dengan kita yang muka beshe-beshe ni. Apa kes?tak ke sesuatu di situ. Eh tapi kalau korang memang cantik, tak pe la..yea la tu dalam perhatian abam pilot. maksud k.fiezz yang muka beshe-beshe je macam k.fiezz ni. Dah kenapa pilot nak berkawan dalam instagram. sis bini orang tau. Husben ai engineer lagi. haha. 

K.fiezz pun tak berani lah nak cakap diaorang ni nak menipu ke apa. Tapi ladies kalau ada abang-abang pilot ni add korang jadi kawan di Instagram, usah lah suka benor yea. Selidik dulu. Ni nampak pilot je, meloncat. Pi canang kat orang "abam pilot nak berkenalan dengan aku". Kita pun tak tahu niat sebenar diaorang apa. Kalau betul pilot & niat diaorang ikhlas memang nak berkawan ,tak pe. takut ada udang di sebalik batu je.



www.fiezasani.xyz



www.fiezasani.xyz

so hati-hati je la yea. 

Sekarang ni scammer merata. Macam-macam cara orang nak menipu. Kalau nak berkenalan dalam media sosial ni, boleh. cuma hati-hati. Kalau boleh selidik dulu latar belakang. Jangan mudah percaya dengan orang yang baru kita kenal. Ntah kan suami orang, tunang orang. Mana kita nak tahu. Jadi rajin-rajinkan menyiasat sebelum nak suka sangat dapat kenal dengan abang pilot. 

7 Comments

  1. setuju sangat. scammer bersepah. tak cukup dengan pilot, banker pun ada. ntah apa2 lagi lah -_-

    ReplyDelete
  2. Kan. Annoying. Nampak sangat fake. Sekarang kalau nampak kat ig block terus haha

    ReplyDelete
  3. ramai yg follower then klu follow dia dm..tp xlayn pun..haha

    ReplyDelete
  4. mmg taktik scammer dan awang hitam nie.. mmg kalau fiza pun block jugak. Dia wanita malaysia nie giler pilot kot.. silap betui..

    ReplyDelete
  5. Saya kalau ada friend drp instagram ni nak nak pilot memnag booo layan

    ReplyDelete
  6. samala sis, sy pun ada kena follow juga oleh muka2 diorg ni. Rasanya diorg ambil pic orang lain ni, kesian pilot sebenar tu. lepas tu yg fake ni startla DM kita nak bkenalan lah apala... fuhhh... menyampah, xda kerja lain la tu scammer

    ReplyDelete