Semalam shopping di Giant. Nak cari cheongsam benornya. Hah, dah kenapa nak beli cheongsam k.fiezz ooi..Ala, kita kan 1 Malaysia. Tak salah meh. haha. Okey, tak lah. Sebenarnya nak beli cheongsam ni sebab k.fiezz ada job yang bertemakan Tahun Baru Cina, maaa..Kena la cari baju warna merah atau baju tradiosional cina iaitu cheongsam

Kitaorang pi ke Giant Kinrara je. Sebab dekat dengan rumah. 

Dah kebetulan masuk dalam Giant ni, beli sekali barang-barang yang bukan keperluan. haha. Barang-barang yang tak masuk dalam list pun sebelum keluar rumah. Memang dah set sebelum tu nak cari cheongsam & plastik sampah. Tapi dah masuk dalam Giant. Eh, barang tu ada offer la. barang ni ada offer. 

Kemain sakan tengok offer je Sekali terkena daaa..Yang gambar bawah ni. Kalau korang, mula-mula korang akan nampak apa dulu?Mungkin dalam gambar nampak jelas. Tapi kalau ada kat sini semalam, memang tak perasan font warna putih ayat Buy 2nd at tu. Kemain la mr hubby ambil sampai 2 tin, tau. haha. sebab tengok murah RM7.34 satu.

www.fiezasani.xyz
T
Tapi masa bayar..termenung tengok resit. Semak balik satu per satu. Macam sesuatu di situ. 

www.fiezasani.xyz

Nampak tak hat bulat RM29.38 untuk biskut Zess yang kitaorang amik 2 tin tadi.  Kenapa total RM29.38?

Tak puas hati,mr hubby pi tanya dengan cashier yang kitaorang bayar tu. Cashier tu explained untuk 2nd item baru dapat harga RM7.34 ni..1st item harga asal iaitu RM14.xx....laaaa..Lepas tu kitaorang pi check balik kat tempat ambil biskut ni. Betul ada letak banner kat situ. Tapi tulisan warna putih perkataan 'Buy 2nd at" tu sekali imbas memang tak perasan derrr. Pihak Giant cuma highlight, guna size font besar & bagi warna menyerlah pada angka 50% tu je. Sabor je lah. Terkono kitaorang. 

Terus mr hubby pi return semula kat Customer Service sebab rasa macam tertipu dengan ayat di banner diaorang (rujuk gambar). Salah kitaorang juga sebab tak perhati betul-betul. Tapi patutnya pihak Giant kena la guna tulisan besar & warnakan yang perkataan 'Buy 2nd at' tu. Letak font saiz kecil, warna putih. Kertas warna putih. Korang rasa orang nampak?Apooo..

Betul la advice dari kawan k.fiezz. Kalau shopping di Giant ni kena hati-hati sikit. 

sokay reminder to us next time.


7 Comments

  1. giant sllu camni..
    kdg2 letak hrga lain bila nk bayar scan harga lain..
    byk kali dh terkena.. huhu

    tp ade best jgk giant ni..
    kalo bhgian perabot sale giler2.. mmg murah.. haha

    ReplyDelete
  2. Sama la ngan SA masa beli cooler kat Giant dulu, harga tertera dengan harga scan kat cashier lain..memang kena check kalau shopping kat memana je..

    ReplyDelete
  3. Sebab tu kalau shopping yang ada sale atau offer ni saya akan tenung bebetul Kak fiezz sebab tak nak jadi macam nihlah

    ReplyDelete
  4. saja lah buat marketing macam ni. memang tak best. baik letak harga yang 1st tu besar jugak -_-

    ReplyDelete
  5. betul tu kena hati2 dgn prank diorang ni.. elok lah tindakan hubby fiez

    ReplyDelete
  6. ha ah..bgus fieza bgthu kt cni..c.nor pun dah terkna..beli biskut dalam tin..igt murah skali dah bayar mahal rupanya..lain dia tulis lain yg kna byr..huhu

    ReplyDelete
  7. marketing dai tu macam saja nak kenakan plak..hehe
    kte as customer plak pantang nampak murah, tak hbs bacanya..hehe
    lenkali kena baca betul2 banner promo diorg tu :-)

    ReplyDelete