Sebenarnya kan cerita cuti-cuti konvoi Langkawi k.fiezz & mr hubby tak habis lagi yang ikut trip geng gamers mr hubby ke sana bulan Oktober lepas . hehe. So kita sambung cerita lah. hehe. Entry sebelum, korang boleh baca di sini << Konvoi Ke Langkawi Laksa Ikan Sekoq Langkawi Banyak Tulang >>

Aktiviti kitaorang untuk hari ke-2, trip ke Langkawi Mangrove Tour. Bayaran untuk trip ni satu bot (8 orang) RM200. Kitaorang ambil 2 bot sebab ramai. Bot terbahagi pada dua. Satu untuk budak-budak bujang. Satu lagi untuk yang dah berkeluarga. Tapi tak la strict pulak kena ikut. Ikut keselesaan masing-masing. 

LANGKAWI MANGROVE TOUR

Okey, dalam itinerary langkawi mangrove tour ni kitaorang akan dibawa ke beberapa tempat antaranya eagle feeding, monkey feeding, menyelusuri Gua Buaya, melawat Gua Kelawar, pi tengok kolam penternakan ikan dan penutup, ke Pantai Tanjung Rhu.

Langkawi Mangrove Tour ni, k.fiezz & mr hubby pernah pergi masa family day dengan family k.fiezz tahun 2017.  Jadi aktiviti di atas ni, semua kitaorang dah tahu kecuali yang monkey feeding tu je tak pernah. Agak menarik disitu. Cewah padahal cuak gak weiii.

So here start the trip. Sepanjang laluan kita boleh cuci mata tengok hutan paya bakau, kapal-kapal layar yang berlabuh di situ dan tengok pemandangan.


www.fiezasani.xyz

Kitaorang naik bot dari sini. Cantik pemandangan dia. 

www.fiezasani.xyz

Sepanjang laluan, cuci mata dengan pemandangan hutan paya bakau dan laut. 

www.fiezasani.xyz

1st pit stop - Kolam ternakan ikan. Ada restoran juga di sini untuk yang nak makan ikan / makanan laut segar. Cuma harga dia agak mahal sikit. 

www.fiezasani.xyz

Pekerja situ akan buat demo untuk tunjuk pada pengunjung ikan-ikan ni secara live. Macam-macam rupa ikan, size kita boleh tengok. Kalau bawa budak-budak ni, memang suka la diaorang dapat tengok ikan-ikan ni. Kita yang dewasa pun teruja sebab selalu tengok ikan kecil-kecil yang untuk makan je. Hah, ni ada yang size sampai berkilo2. 

www.fiezasani.xyz

Wajib lah ada gambar rombongan. 

www.fiezasani.xyz

halah halah..terselit gak couple ni. 

www.fiezasani.xyz

2nd -  Eagle Feeding

www.fiezasani.xyz

3rd pit stop - monkey feeding

Yang ni cuak tau sebab tunang kawan mr hubby konon nak mesra sangat dengan monyet-monyet ni. nak salam sangat, kan.. hah, ko. sekali ada sekor naik atas bot kitaorang. menjerit semua dalam bot tu. Tapi tukang bot tu dah cakap jangan cederakan monyet-monyet ni. Halau je elok-elok. Lepas monyet-monyet ni dapat paw barang makanan kitaorang baru monyet2 ni terjun balik dalam air. 

Bot budak-budak bujang tu pun kena juga. Monyet naik atas bot diaorang. Dapat lah kena paw air manis sebotol besor, baru monyet tu terjun dalam air. 

www.fiezasani.xyz

4th pit stop - Menyelusuri Gua Buaya. Ada nampak cam buaya tak?Sebab gua ni di panggil Gua Buaya bentuk dia macam mulut buaya. 


www.fiezasani.xyz

Bot kitaorang berjaya masuk dalam gua ni. bot budak-budak bujang tu besar sikit, tak berjaya. Kena ambil laluan lain. Dalam gua ni tak ada buaya pun. Jangan risau. Cuma boleh la merasai pengalaman masuk tengok sendiri keadaan dalam gua macamana. Selalu tengok dalam tv je, kan. Hah, ni live

www.fiezasani.xyz

5th pit stop - Port wajib bergambar berlatar belakang 
KILIM GEOFOREST PARK

6th pit stop - Gua Kelawar 

Yang ni k.fiezz tak ambil gambar tau sebab tak turun. haha. penakut sikit. Kat Gua Kelawar ni kita boleh turun & explore dalam gua dengan berjalan kaki bukan macam masuk dalam Gua Buaya, kita duduk je dalam bot.  

www.fiezasani.xyz

7th pit stop - Pantai Tanjung Rhu

Budak-budak bujang ni nak mandi laut. 

Next aktiviti..bersambung entry lain. 

3 Comments

  1. seronoknya.. view ia pun cantik

    ReplyDelete
  2. wah getting close to nature. mama tak penah lagi ikut tour ni di langkawi

    ReplyDelete
  3. View cantik. Eiii bikin takutlah monyet tu...

    ReplyDelete