Lama dah dengar kehebatan magic span ni. Tapi memandangkan k.fiezz kategori susah nak keluar time weekend, agak payah nak menyinggah ke eco, DIY atau mana-mana tempat yang ada jual magic span ni.


Ada lah beberapa kali hint kat mr hubby ajak ke Mr DIY tapi nan adoo. okey, bukan nak komplen tau cuma sesi luahan perasaan. haha. Ajak mr hubby ke Mr DIY tu sebab k.fiezz cakap nak cari menda lain tapi kalau dah ke sana of course lah cari juga magic span ni sekali. Tapi tak pi la ceritanya. 


So nak tak nak k.fiezz cari kat Shopee je lah. Ada jual. Eh, Shopee apa yang tak ada. Memacam ada. K.fiezz order 2 set. 1 set bersamaan 3 ketul magic span

Tapi lambat benor sampainya. Jangkaan hari sabtu lepas, tapi tengok seller baru arrange for pick up. Adeh. 

Kebetulan Jumaat lepas, yang k.fiezz ter 'cuti tanpa sengaja tu, mr hubby bagi k.fiezz me time kat Mall sebelah pejabat dia. << Layan Waffle Ice Cream Nelsons>>

Hooray Hooray lah k.fiezz. Tengok ada Mr DIY dalam mall tu. Lagiii la hooray hooray.

www.fiezasani.xyz

Masa masuk dalam Mr DIY tu, tak teringat pun pasal magic span ni. Kebetulan ter lalu area span & bahan cucian pinggan, ada lah terselit magic span di salah satu tempat gantungan. Harus ambil satu, sebab sejenis tak sabar kan nak cuba. hehe. tunggu yang beli order online, macam lambat je penghantaran. Sebenarnya cepat je tapi kakak fiezz ko ni jenis tak sabar.. haha.

Member pejabat cakap, tak payah letak sabun pun. Lap gitu je dengan magic span ni, segala kotoran, berjaya dikeluarkan. 

So K.fiezz rasmikan guna dalam bilik air dulu. Ada la beberapa tempat dalam bilik air, dah naik berdaki / bertahi lalat kat beberapa tempat. Sebelum ni jenuh k.fiezz gosok dengan span biasa yang diletakkan bahan penyental/pencuci untuk hilangkan kesan kotoran/daki tu. tapi nan ado..maintain melekat. 

Tapi dengan magic span ni, sekali sapuan je. Zap..elok bersih, ko. wahhh..kagum..

Betul la yang selalu orang cakap tu. Patut nama dia magic span. Memang magic dia bersihkan kotoran. 

Tapi dia guna untuk sekali je kot. Sebab hancur dah k.fiezz guna lepas cuci bilik air. haha. 

But worry not, dah sampai pun stok baru hat order kat Shopee tu. 

Eh..lupa pula nak beritahu harga magic span ni. mur mur je. yang k.fiezz beli (dalam gambar) ni kat Mr DIY RM1.23 / satu. Di Shopee, RM1.30 (1 Set - 3 ketul Magic Span). Yang mana berbaloi?Ikut lah poket korang. 

4 Comments

  1. suka guna magic span ni..
    sllu beli wat stok.. hihi

    ReplyDelete
  2. Ooo..ok juga ni. nanti nak try cari jugalah

    ReplyDelete
  3. Oooo mmg kena cari la juga kalau gini... Beli kat shopee la senang, I is malas bab jalan beli barang ni.

    ReplyDelete