K.fiezz pernah kongsi mengenai Treatment Cushion Foundation Obsess ni dalam entry sebelum. Baca sini << Merawat Mencegah Dan Menghaluskan Kulit Dengan Treatment Cushion Foundation Obsess << Kita short form kan, panggil Obsess Foundation lah. Panjang benor nama penuh dia. hehe. Kenapa ada perkataan treatment tu?sebab selain untuk mencantikkan muka kita, dia juga membantu MERAWAT JERAWAT. Ni antara kelebihan Obsess Foundation ni. Fall in love tak?bukan berfungsi sebagai bahan asas solekan untuk menutupi cela pada wajah & bagi kesan flawless tapi boleh merawat jerawat juga. 

JERAWAT

Kalau tanya wanita dan lelaki apa masalah utama pada wajah mereka?Mesti jawapannya JERAWAT. Musuh utama sangat tau JERAWAT ni. Jerawat ni berpunca dari pelbagai faktor. Paling utama pemakanan yang kita ambil diikuti dengan hormon juga, tak sesuai dengan produk penjagaan kulit pun boleh jadi juga sebagai punca, selalu travel sebab perubahan cuaca, suhu, air boleh mencetuskan pembentukan jerawat Hah, apa lagi yeak..oo yea tekanan, tak basuh peralatan berus mekap. 

So banyak faktor sebabkan JERAWAT yang ramai tak suka ni. Kalau lelaki, kurang sikit penjagaan muka ni. Diaorang tak ambil kisah pun. Yang ambil kisah jerawat-jerawat ni, kita lah. Kaum wanita yang serba serbi nak cantik. betul tak?

Salah satu kelemahan bila jerawat memunculkan diri di wajah kita ni, tangan mulalah gatal nak memicit sebab rasa hodoh kat muka ada jerawat. Cuma ramai yang tak ambil kisah, kesan dari pemicitan jerawat tu mengakibatkan parut jerawat. Lagi menyampah weiii sebab meninggalkan kesan hitam pada muka pula. huhu.

Jadi untuk mengelakkan berlaku jerawat & parut jerawat ni, kena la jaga rutin dalam penjagaan muka. Salah satunya dengan menggunakan Obsess Foundation ni. sebabnya, boleh membantu MERAWAT JERAWAT. Selain dari dia juga dapat mencegah kulit kering & kusam, membantu menghalus & mencerahkan kulit. Ada SPF50 paling penting. Dapat melindungi kulit kita dari pancaran cahaya matahari yang terik di Malaysia ni. Ada setengah tak suka guna sun block sebab kadang melekit bila apply pada muka. So dalam Obsess Foundation dah ada sun block, kira pakej sangat. hehe


www.fiezasani.xyz

KANDUNGAN OBSESS FOUNDATION

Dalam gambar atas ni, korang bleh tengok kandungan & kelebihan Obsess Foundation ni.

Kandungan Obsess Foundation - terdiri dari Olive oil, Geranium oil & Bearberry Extract. Setiap satu berfungsi (rujuk di bawah)


1. Bearberry extract
- dapat membantu mencerahkan kulit
- dapat membantu melembabkan kulit
- bahan ini dapat membantu kulit yang tidak bermaya, kulit pigmentasi atau freckles 

2. Geranium Oil
- Membantu mengatasi jerawat
- Mencegah kulit kering dan kusam

3. Olive oil
- Membantu untuk menghaluskan wajah
- Membantu untuk mengecilkan pori-pori wajah
- Membantu untuk mengatasi kulit kering
- Mengurangkan jerawat

TESTIMONI K.FIEZZ SENDIRI

Pandangan k.fiezz sendiri lepas gunakan Obsess Foundation ni, sangat sangat sangat berpuashati. Bukan sebab k.fiezz jual produk Obsess ni, k.fiezz nak puji melambung pula. Nope

Untuk k.fiezz dengan Obsess Foundation ni memudahkan kerja-kerja mekap k.fiezz di pagi hari terutamanya sebab k.fiezz selalu rushing pagi-pagi. Hanya tepek je beberapa dot pada wajah, sapu sekata dan SIAP..  

Lepas pakai je dah boleh nampak kesan dia. Sangat flawless & dapat menutupi satu dua parut jerawat di muka k.fiezz ni. dan juga tak nampak sangat liang pori k.fiezz yang besar. hehe. Cantik lah cerita dia, covering dengan menggunakan Obsess Foundation ni. 

Haritu ada customer Whatsapp k.fiezz, tanya bercapuk tak guna TCF ni?Jawapan k.fiezz Nope. tak percaya boleh rujuk di IG k.fiezz (@obsess_fiezasani) dan tengok pada IG Highlight k.fiezz, k.fiezz ada kongsikan video k.fiezz gunakan Obsess Foundation ni sehari suntuk dari pagi-petang di pejabat. Kebetulan masa tu k.fiezz tengah 'cuti' jadi k.fiezz tak cuci muka. Maintain mekap dengan Obsess Foundation ni sampai petang.

TESTIMONI OBSESS FOUNDATION

Kalau tadi, testimoni k.fiezz. Okey, bawah ni, testimoni dari pelanggan-pelanggan yang menggunakan Obsess Foundation. Overall, korang boleh baca sendiri lah pelanggan cakap apa mengenai Obsess Foundation ni. 

www.fiezasani.xyz

Macam k.fiezz pernah beritahu sebelum ni, kod  Medium nampak macam gelap tapi bila dah apply pada muka, biar lama sikit dia akan ikut ton warna kulit kita. 


www.fiezasani.xyz

Nampak ke tidak, Obsess Foundation tutup segala parut pada muka. Beza kan sebelum & selepas. 

www.fiezasani.xyz

Makin cantik katanya sebab parut makin pudar. wewitt...

www.fiezasani.xyz

Nampak flawless kata customer. Betul..k.fiezz setuju. Suka belek muka sendiri bila guna Obses Foundation ni. cantik je rasa. eh..haha
www.fiezasani.xyz

Ada 3 Kod Obsess Foundation.
Yang mana satu pilihan kalbu?
Cecepat WhatsApp K.fiezz ;)

Kalau nak tengok update-update terkini, boleh follow Instagram k.fiezz (@Obsess_fiezasani). Selain dari Obsess Foundation ni, banyak lagi produk-produk bawah label Obsess ni. Cuma k.fiezz selalu highlight yang ni sebab Obsess Foundation ni produk utama & selalu dapat perhatian pelanggan. Pelanggan duk mencari Obsess Foundation ni berbanding produk keluaran obsess yang lain. 

Yelah Obsess Foundation kan best, mestilah pelanggan selalu cari. hehe.

Tak pe, korang boleh check it out update-update terkini obsess cosmetic di IG k.fiezz (link di atas). Di Facebook pun boleh juga nak follow. Terpulang pada korang yang mana korang selalu buka. K.fiezz dedua aktif. Kadang sampai pening nak update yang mana satu. hehe.

2 Comments

  1. wah cantik lak kaler tcf & loose powder tu ^_^

    ReplyDelete
  2. Pernah juga simpan hasrat nak berfoundation bagai.. beli lepas tu kejung bertahun, akhirnya buang. Bedak talkum atau compact jugak yang dok tempek.. bila la nak berubah tah.. hahaha

    ReplyDelete