My new favourite Treatment Cushion Foundation Obsess (TCF). Serius, fall in love sangat. Jimat masa mekap. Dap dap & ratakan. Siap. Hasil dia pun cantik sangat tau. Nampak muka flawless & cover bekas-bekas jerawat atau parut-parut hitam di muka. Muka k.fiezz tak ada lah banyak sangat parut hitam / parut jerawat. Ada lah terselit satu dua. Walaupun satu dua, tetap juga rasa tak suka bila tengok parut-parut ni walaupun dah tepek foundation sebelum keluar rumah. So bila dah cuba  Treatment Cushion Foundation Obsess dari Obsess Cosmetic ni, asyik nak belek muka sendiri sebab dia cover parut jerawat kat muka k.fiezz.

Halah..halah. ni yang sayang lebih sangat tau dengan Treatment Cushion Foundation Obsess dari Obsess Cosmetic.

Bau dia sedap tau. eh, sibuk cerita pasal bau. sebenarnya nak beritahu dengan korang, bau TCF ni wangi. 

Lepas tu bila dah pakai pada muka, tak melekit & dia rasa ringan je pada muka. Kadang rasa macam tak guna apa pun. padahal ada TCF di muka. hehe

Pada k.fiezz best sangat lah guna TCF ni. Tak menyesal kenal dengan TCF. Walaupun sebenarnya dah 4 tahun jenama Obsess Cosmetic ni di pasaran tapi k. fiezz baru je kenal. adeh. kata blogger k.fiezz ni. macamana boleh tak kenal. banyak sangat produk kosmetik di pasaran. haih, tak perasan pulak kewujudan Obsess Cosmetic ni. tapi tak pe. sebab dah kenal, so tak beralih pada yang lain. cewah. hehe. #silasetia k.fiezz. hehe. Dah jadi salah seorang agen Obsess Cosmetic ni wajib lah kena setia, uoll.

Jom, kita tengok kelebihan & fungsi TCF ni.

FUNGSI TREATMENT CUSHION FOUNDATION OBSESS

For info korang, Treatment Cushion Foundation dari Obsess Cosmetic ni bukan setakat kita tepek foundation di muka untuk bagi effect flawless & cantik, tapi dia juga membantu mengurangkan jerawat, mencegah kulit kering dan kusam, membantu mencerahkan & menghaluskan kulit, boleh cover segala parut/cela pada wajah & paling penting mengandungi SPF 50

Suka tak dengan fungsi dia. K.fiezz suka. Nampak bersih, cantik, licin muka k.fiezz bila guna Treatment Cushion Foundation  Obsess (TCF) ni. Macam k.fiezz pun ada masalah pori yang besar, bila dah guna Treatment Cushion Foundation Obsess ni, dia dapat cover juga pori k.fiezz ni. Jadi nampak effect dia halus, licin je kulit muka k.fiezz. hehe

Jom tengok bahan-bahan yang ada dalam Treatment Cushion Foundation Obsess dari Obsess Cosmetic ni. 

Entry lain berkaitan Obsess Cosmetic >> Lipmatte Birthday Limited Edition >>

www.fiezasani.xyz
Code - Medium
Nampak macam gelap warna kod Medium ni tapi bila dah apply pada muka, tak ada lah gelap sangat pun. Kalau macam kulit k.fiezz ni nampak senada je. Untuk k.fiezz sesuai lah kod Medium ni dengan kulit wanita Malaysia macam kita ni. 

Kandungan dalam Treatment Cushion Foundation Obsess

1. Bearberry extract
- dapat membantu mencerahkan kulit
- dapat membantu melembabkan kulit
- bahan ini dapat membantu kulit yang tidak bermaya, kulit pigmentasi atau freckles 

2. Geranium Oil
- Membantu mengatasi jerawat
- Mencegah kulit kering dan kusam

3. Olive oil
- Membantu untuk menghaluskan wajah
- Membantu untuk mengecilkan pori-pori wajah
- Membantu untuk mengatasi kulit kering
- Mengurangkan jerawat

Yeay. TCF dah masuk TV3. so lagi glamour lah lepas ni. Korang kalau nak cuba cuba TCF ni, sila contact k.fiezz laju-laju, k ;)

ADA MASALAH KULIT BERMINYAK?

Untuk korang yang ada masalah kulit muka berminyak, jangan risau. Lepas guna TCF ni, dap dap pula dengan Loose Powder sebab? 

Salah satu fungsi loose powder ni untuk mengawal penyerapan minyak. Yea ni salah satu tips yang k.fiezz guna dalam rutin pemakaian mekap sebab kulit k.fiezz dalam kategori cepat berminyak. Dulu sebelum k.fiezz tahu kegunaan loose powder ni, kebuntuan k.fiezz cari penyelesaian. Rupanya tips dia tak susah pun >> lepas guna Treatment Cushion foundation Obsess, dap dap dengan loose powder je. dan tadaaa.. sampai ke petang mekap kita tahan tau. 

Kat mana nak cari Loose Powder? 

Hah.. pakej korang. Obsess Cosmetic ada keluarkan Loose Powder juga. so guna Treatment Cushion Foundation + Loose Powder ni, confirm korang puas hati dengan hasil dia. K.fiezz ada kongsi hasil guna TCF + Loose Powder di IG Story (@obses_fiezasani), hasil mekap maintain sampai petang. Kebetulan masa tu k.fiezz tengah 'cuti', so k.fiezz tak cuci mekap sampai petang. Balik rumah tu, k.fiezz buat IGs untuk tunjuk hasil mekap. alhamdulillah. memang nampak mekap bertahan sampai ke petang. tak berminyak paling penting. 

Selain dari mengawal pengeluaran minyak, bawah ni antara kegunaan Loose Powder Obses 

www.fiezasani.xyz

Kalau macam korang yang ada masalah kulit berminyak, terutamanya. Korang memang patut cuba kombinasi Treatment Cushion Foundation Obsess & Loose Powder Obsess untuk mengatasi masalah ni. 

so korang yang berminat dengan TCF & Loose Powder dari Obsess Cosmetic ni, laju-laju roger k.fiezz, k..

WhatsApp << 0172579077  >>

2 Comments