K.fiezz nak tanya sikit ni pernah tak alami situasi ni.. Pergi ke kedai / pasaraya untuk beli barang dan duit kertas yang kita bagi kena reject sebab koyak..huhu..k.fiezz ada beberapa kali juga kena situasi ni..marah rasa bila dalam situasi tu sebab kita bagi duit sah..cuma duit kertas koyak..tak jejas no.siri duit pun..tapi tak diterima sebab duit kertas koyak..dianggap rosak..Majoriti peniaga di kedai ataupun pasaraya, memang akan tolak atau tak nak terima duit kertas koyak ni..Dianggap rosak..tak adil tau..Sebab pembeli macam kita ni terima duit kertas koyak ni dari kedai atau pasaraya juga..Cuma silap kita..Kita tak check dulu masa terima baki..huhu...learn from mistake lepas ni...

K.fiezz ada baca bukan semua duit kertas koyak tak ada nilai..

Di bawah ni ciri-ciri duit kertas yang memang tiada nilai >>

1  - Duit kertas kurang separuh daripada duit kertas yang asal.
2 -  Rosak dengan jelas (tanda/sebarang contengan yang dibuat pada wajah Yang
      DiPertuan Agong atau sebarang tulisan pada duit kertas tersebut.
3 - Warna asal duit kertas tak dapat dikenalpasti warna sebab tiada sebarang corak bentuk 
      seperti duit kertas yang asal.
4 - Duit kertas kurang 2/3 daripada saiz asal. Kurang dari saiz tersebut, nilai duit kertas ni 
     juga berkurang..

www.fiezasani.xyz

Jadi kalau macam duit dalam gambar ni, tak ada masalah para peniaga untuk terima, kan..koyak sikit di bahagian atas..huhu..

Lagipun kedai-kedai ataupun pasaraya, semua duit-duit dalam mesin cashier nak bank in dalam bank juga..Bukan simpan bawah bantal ke katil ke..kan?Rasanya bank-bank perdagangan (CIMB, MAYBANK, RHB, PUBLIC BANK dll) tak ada masalah terima duit koyak atau rosak macamni..sebab pada k.fiezz duit koyak ni, bank-bank akan hantar ke Bank Negara Malaysia juga...Yang keluarkan duit-duit kita, RM ni dari Bank Negara juga kan.. so kenapa kedai ataupun pasaraya di Malaysia ni, tak nak terima duit kertas koyak..

Semalam mr hubby kena di MyNews & KK, duit RM terkoyak sikit ..Di KK, mr hubby nak top up T&G..Pekerja KK tak nak terima..Lepas jenuh bertekak, baru dapat juga..Nak bagi duit lain, memang dalam wallet ada sekeping je RM50..

Di MyNews mr hubby nak beli barang, pekerja situ tak nak terima masa nak bayar..Lepas argue, baru pekerja MyNews terima juga duit RM tu..Dia siap cakap, nanti nak masuk duit RM1 dalam CDM, tak boleh..adeh..rasanya RM1 memang tak boleh masuk pun dalam CDM..kena ke kaunter..tak agak tau pekerja MyNews tu kelentong...sebab tak nak terima duit koyak..Ingat mr hubby warganegara asing yang dia nak menipu..huhu...mr hubby jenuh juga bertekak dengan pekerja MyNews yang tak nak terima duit koyak ni sebab pada mr hubby macam dinafikan hak kita sebagai pengguna..Bukan kita bagi duit palsu..Duit sah cuma terkoyak..Lain la kalau duit tu langsung tak nampak nilai dia berapa, kita tahu la dia tak nak terima..ni terang-terang masih jelas nampak nilai cuma terkoyak je...

K.fiezz pernah kena sebelum ni di kedai biasa..Tauke kedai tu tak nak terima bila tengok duit kertas yang k.fiezz bagi koyak..huhu..kebetulan masa tu, k.fiezz ada yang tu saja dalam purse..Tauke kedai tu cakap tak apa..nanti bila-bila bayar yang baki..nampak tak punya dia tak nak ambil duit kertas koyak yang k.fiezz bagi..padahal nanti dia nak masuk duit di bank juga..Masa kejadian ni, ada seorang lagi pelanggan tengah nak bayar..Dia nampak tauke kedai reject duit kertas k.fiezz sebab koyak..pelanggan ni lagi bising dari k.fiezz sebab dia sependapat macam mr hubby juga..Dinafikan hak kita sebagai pengguna..after all duit-duit keuntungan yang kedai tu dapat, akan masuk dalam bank juga...Beria pelanggan ni backup k.fiezz..Tapi tauke kedai tu sampai ke sudah tak nak ambil duit kertas koyak k.fiezz punya tu..K.fiezz #pasrah je la..Nak buat macamana..Dah tauke kedai tak nak ambil..K.fiezz jenis malas nak argue...Yang pelanggan back up k.fiezz tu kebetulan satu blok pula..Sampai dalam lif tak habis lagi dia membebel marahkan tauke kedai yang tak nak terima duit kertas koyak yang k.fiezz bagi tu..adeh...

Kadang kita pun tak perasan dapat duit kertas koyak ni, kan..Kalau di pasaraya atau kedai, lepas bayar..cashier bagi duit baki..terus kita masuk je dalam purse..eh, sekali bila nak beli barang kat tempat lain, buka purse baru perasan ada terselit duit kertas yang koyak..huhu..Ada juga duit yang kita baru keluar dari mesin ATM, memang dah sedia terkoyak..macamana tu?tak bernilai ke..fresh duit yang keluar dari ATM tapi bila nak guna untuk beli barang tak laku...kedai atau pasaraya tak nak terima?

Kalau pergi ke kedai beli barang lepas ni kena hati-hati terima duit baki dari mana-mana kedai atau pasaraya...sebab dah tahu habit peniaga , tak nak terima duit koyak atau rosak bila kita membeli dari situ..Pihak diaorang yang bagi duit koyak pada pembeli tak apa..bila kita pembeli yang bagi, tak nak pula..so kena extra careful bila dapat duit baki dari mana-mana kedai atau pasaraya ni..sebelum beredar dari kaunter, kena double check dulu baki duit kertas yang diterima..huhu..

untuk peniaga juga, kena rajin google ciri-ciri duit koyak yang tiada nilai macam yang k.fiezz cerita di atas ni..melainkan kalau dapat kes yang meragukan sampai tak boleh nak agak sebab duit kertas rosak teruk (contoh - terbakar atau kerosakan yang susah kita nak nilai wang kertas), sila rujuk pada Bank Negara untuk dinilaikan..

Tapi dinasihatkan kalau duit kertas tu rosak teruk sampai tak tahu nak nilai dia berapa, jangan terima duit tersebut..

4 Comments

  1. Ye la, mungkin dia tak tahu duit tersebut masih boleh diterima. Dia takut nak ambil risiko kan. Lain kali, duit tu selit kat bawah masa bayar hehe

    ReplyDelete
  2. alahai, padahal bank negara dah keluarkan arahan duit macam mana yg perlu reject, setakat koyak secoet jak pun, bank tak reject lah .. Saja tau seller tu.

    ReplyDelete
  3. macam2 org kerja pasaraya ni..duit koyak skit pun kecoh padahal dia g bank in jgk duit tu. Cik Nor kadang2 klu duit koyak cik nor selit dalm duit lain..langkah selamat. tak bli kat pasaraya tp bli kt kedai2 runcit jer..haha

    ReplyDelete
  4. Tu perkara biasa..jangan kata koyak yang sempurna tampal pon ada setengah tu x nak.. depa bagi kita balik boleh pulak kan..ermmm.. tak reti nak marah2 depan orang ramai..sabooorrr je lah..

    ReplyDelete