Terbaca ayat ni semalam di facebook, ada kawan kongsi..setuju sangat dengan ayat ni..Sebab mak k.fiezz pernah bagi ayat yang sama pada k.fiezz...Memandangkan k.fiezz setuju dengan ayat ni, so sis kongsi juga ayat ni di facebook..Ada pengalaman benornya...hehe..Berdasarkan pengalaman sendiri tau..Lain orang lain pengalamannya..Yang ni terjadi pada k.fiezz sendiri..

www.fiezasani.xyz

Dulu masa zaman remaja, awal 20an la kiranya...tengah gatal nak cari suami..haha...berkawan dengan orang ni orang tu..bukan la playgirl..siapa la sis ni...bukannya lawa pun..saja suka-suka berkawan..mana tau ada antara kawan-kawan ni jodoh k.fiezz..cia cia cia..haha..

Memang ada pun antara kawan-kawan lelaki ni..yang nak pada k.fiezz tapi kakak ko ni very demanding mengalahkan model cantik persis Nasha Aziz / Erra Fazira..haha...Orang tu nak kat k.fiezz..k.fiezz yang tak mau..sebab yang nak kat k.fiezz tu, kebanyakan tak hensem..haha..kan dah kata demand kakak ko ni dulu...macam ke lawa...haha

Dan ada antara kawan-kawan lelaki k.fiezz ni, sorang yang k.fiezz suka..suka sangat..sebab hensem plus lelaki tu kerja beruniform..Dulu kakak ko ni cukup gemor lelaki yang beruniform..Rasa terjamin masa depan kalau ada jodoh dengan lelaki beruniform ni..haha..cetek betul fikiran masa tu..padahal banyak lagi kerja kat luar ni yang menjamin masa depan..bukan beruniform je, k.fiezz oooiii..haha..

eh..berbalik pada cerita tadi...

Cuma lelaki yang k.fiezz suka ni, anggap k.fiezz kawan..ulang lagi sekali kawan sahaja..Jenuh juga la k.fiezz cuba tackle..Gigih pi public phone hari-hari nak telefon lelaki tu..tapi krik krik..bila call pun, macam tak berapa nak sembang..huhu...punya suka dengan lelaki ni sampai e-mail yahoo k.fiezz pun gabung nama k.fiezz & lelaki yang k.fiezz minat ni..sampai sekarang e-mail tu k.fiezz guna..mr hubby pun jealous..ate nak buat macamana..nak edit nama lain tak boleh..huhu...tapi email yahoo tu k.fiezz dah kurang sikit guna..k.fiezz buat email gmail, k.fiezz gabung nama k.fiezz & mr hubby...

so moral of the story dari ayat atas ni & nasihat yang sama dari mak k.fiezz, kita cari lelaki yang nak pada kita..bukan kita terhegeh-hegeh nak kat dia..sebab..bila dia yang nak kat kita, dia akan usaha untuk dapatkan kita..kalau jodoh kita dengan lelaki yang nak kat kita ni, nak minta dia tolong apa pun, insyaallah dia akan tolong...sebab dia yang nak kat kita dari mula...dalam erti kata lain, korang boleh nampak effort dan beza layanan lelaki yang nak pada kita...kalau kita yang terhegeh-hegeh dengan lelaki yang kita suka, buat silap sikit pun dah jadi isu besar pada lelaki tu..lelaki tu akan cari point untuk putus dengan kita...

Bila dah experience sendiri terhegeh-hegeh dengan lelaki yang tak suka pada k.fiezz, baru k.fiezz faham dengan nasihat mak k. fiezz kat atas ni...so yaaa totally agree with it..

Kalau lelaki tu suka kat kita tapi kita tak suka pun kat dia macamana?

Simple je..kalau rasa tak boleh, jangan paksa diri..cuma cuma rugi sebab bukan senang nak jumpa lelaki yang nak kat kita semudah a, b, c...but keep looking till you find one that you can share your love...

6 Comments

  1. Part ni SA sedih nak baca..ye la 14 tahun SA pegang status ibu tunggal, pernah la ada bf dan rancang nak kahwin..tunggu punya tunggu takde gak..lepas tu sebab hubungan macam nampak x kemana so..SA just putus macam tu je la..kadang terfikir gak..SA ni anak sulung..incase kalau kedua-dua orang tua SA takde nanti..apa nasib SA? ada ke adik2 nak jaga SA..so skrg nak tak nak kena la mencari jodoh sendiri..kalau ada orang nak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada hikmah kenapa korang tak jadi SA..x pe..keep positif..insyaallah..ada jodoh SA nanti...doa,doa & doa...

      Delete
  2. laki pun kalau dia nak,mesti body solid macam ala-ala Raya ilya tu. Kalau body cam adibah Noor, ada kerja tetap, kaya pun dia tak pandang kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..adeh, sis..chill..ni opinion saya je & my own experience...pasal citarasa lelaki nak body solid, lawa, muka cun and bla bla bla..tak dapek la saya nak komen lebih2...citarasa org berbeza...ada je lelaki yang nak perempuan badan besar...cuma nak dpt lelaki yang tak memandang rupa ni, susah...tapi kalau dh jodoh tak ke mana...kalau dah Allah kata, jodoh lelaki tu dengan perempuan badan besar..tue la jodoh dia..

      Delete
  3. Tapi kena hati2 juga
    Takut lelaki yang nakkan kita tu laki orang.

    ReplyDelete
  4. Kelakar pun ada baca entry Fs kali ni bab gabung nama email tu ... So cute.

    ReplyDelete