Sangkut dalam jammed..apa ada hal..kan..haha..padahal dah lenguh montot ni hah duk lama dalam keta...semalam citernya gerak dari Ipoh pukul 3 lebih camtu...Tengok maps, memang dah sedia jammed teruk kat highway..mr hubby decide nak ikut jalan lama (jalan belakang) nak elak jammed..Sekali ko..jammed teruk jugakkk..harini kerja..tue semua baru nak gerak balik ke tempat masing-masing, petang semalam..paling teruk yang menghala ke Kuala Lumpur la kome ooooiiii..

Tue pun mr hubby kejap masuk jalan lama..jammed jalan lama..masuk plak highway..jammed balik..masuk jalan lama semula..haih...k.fiezz masa kat area Ipoh dah Zzzz..bangun-bangun ingatkan dah sampai Tapah ke apa..rupanya tak sampai pun lagi Tapahnya..haha...

Nak Terkencing..

Paling haru mr hubby nak terkencing masa kitaorang ikut jalan lama..adik mr hubby suh masuk satu jalan tu nak cari toilet punya pasal..ingatkan shortcut la..sekali long cut daaaa..jalan tu sunyi kiri kanan..hutan..pas tu ada kawasan perkuburan cina pulak..depan lagi, tokong india..dah la time tu 6 lebih..huhu...

Dah tak tahan sangat, mr hubby stop kat tepi jalan sebab kes nak terkecing punya pasal...mr hubby tak nampak tempat yg stop tu betul2 sebelah kubur cina...sebab situ berbukit sikit...Adik dia dah tegur tempat yang kitaorang benti tu, kawasan perkuburan cina..mr hubby duk cakap 'tak kira..lantak la..dah nak terkencing sangat'...tak lama dia keluar tu..eh dia patah balik masuk keta..tanya dia japnya kencing..sekali dia cakap baru pasan, tempat dia nak membuang air kecik tu kawasan kubur cina..haha..tak jadi nak kencing..jalan depan sikit, ada kawasan semak, mr hubby buang air kecik kat situ je...tak tahan sangat nak terkencing...aduh..haru betul...tue la time minum, sekali teguk dia boleh abiskan sebotol, seplastik...bila nak terkencing, lalu plak kat jalan lama + jammed..hah, tak ke haru mencari toilet...

Nak Terberry

Teruskan perjalanan ikut jalan lama tu & cari tol, masuk hiway..lepas mr hubby nak terkencing sangat tu, udah k.fiezz plak rasa nak terberry...jalan kat highway plak jap je jalan clear..pas tu tengok maps, jammed balik..stuck kat 40 minit kalau teruskan jugak lalu kat situ..mr hubby keluar tol Bidor...
Dah sampai situ baru k.fiezz cakap, nak ke toilet..nak keluarkan pakej ni..haha...sebelum tu malas nak cakap..sebab tak nak set dalam mind nak terberry ni..bila mr hubby kata nak keluar tol Bidor, baru bitau coz confirm kat plaza tol ada toilet...tapi upenya kat situ, tandas dia belah nak keluar sana..terpaksa pusing plak..adeh...

tapi berjaya jugak singgah toilet situ sebab nak terberry..cuma masalahnya lepas k.fiezz masuk toilet, ramai plak beratur kat luar..tak selesa nak membuang..tapi buang gak la sikit..kang memulas plak..nasib la yang menunggu kat luar toilet tu..haha...sis #sakitperut..haha


www.fiezasani.xyz

ni la upenya jalan lepas kitaorang masuk hiway balik..stuck u...aduhhh..
masa ni dah nak sampai area Rawang kalau tak silap...so kitaorang memang ikut highway la sampai KL...

www.fiezasani.xyz

10.30mlm benti kat Restoran Jejantas Sg.Buloh sebab mr hubby nak terkencing lagi..sekali la singgah makan sate Hj.Samuri kat sini...merangkap dinner sekali..

Selamat sampai kat rumah - 11.30mlm..kelam kabut k.fiezz iron baju plak..adeh..penat weiii..tue pun iron baju untuk pakai harini je..selalu k.fiezz iron sekali harung untuk seminggu..tapi semalam dah keletihan sangat..harini la baru sambung iron baju keja untuk minggu ni...

Tue la kalau gerak awal sikit semalam, pagi ke..at least sampai rumah petang kalau jammed macam semalam..malam k.fiezz dah rilex sikit..boleh iron baju...basuh baju..

tapi tue la citer dia..gerak petang..haha..merasa la jammed sampai rumah tengah malam..

minggu lepas masa kitaorang gerak dari Ipoh petang jugak dlm pukul 5/6 ptg..idak teruk macam ni jammed dia..9 lebih dah sampai rumah...

4 Comments

  1. Ramai yang bercuti sempena moon cake festival kot...especially chinese kan...sebab tu jammed..SA pernah rasa la terperangkap dalam jammed nak pi Muar..ada accident kat highway, nak patah balik memang x leh la kan..masa tu la nak terkencingnya, masa tu la mak nak berak...hahahaha...

    ReplyDelete
  2. haa yelaaa hrini kan dah start kerja, semua pakat balik ke selatan la huhuhu sabar je la

    ReplyDelete
  3. tak lalu betul kalau jam tahap gaban ni.

    ReplyDelete
  4. Sesekali makan jammed kak Fieza. Kitorang kat sini pantang dengar cuti gerenti jammed punya hikhik tapi sebab nak balik. Memasang sabar ajelah

    ReplyDelete