Sana sini orang duk bercerita pasal kolagen..kolagen sana kolagen sini?amenda yeak kolagen ni..1st thing yang kita terpikir bila sebut pasal kolagen ni apa?kalau k.fiezz, bila orang sebut pasal kolagen ni mesti nak kulit cantik, flawless, licin tanpa jerawat..tu untuk k.fiezz la..korang plak?apa yang korang pikir bila sebut pasal kolagen ni?

perlu ke kolagen ni?penting ke?

Meh kita tengok kolagen ni apa?k.fiezz pernah share kat sini pasal kolagen ni.. Boleh rujuk entry << The Butterfly Project Belajar Baking Kat Lennox Collagen Baking Workshop >>

meh kita revise sikit apa itu kolagen?

cewah..macam study plak..nak revise bagai..hihi...kolagen ni  bahan utama yang ada dalam otot, kulit, tulang, tendon & pelbagai tisu dalam badan kita..dalam bahasa yang mudah faham, Kolagen ni berfungsi membantu pertumbuhan sel kulit baru & mengekalkan kelembutan kulit. Manakala dalam sendi pula, kolagen berfungsi sebagai sokongan beban daripada pinggul, sendi & lutut..

tapi seiring dengan peningkatan usia kita, kita kehilangan kolagen sedikit demi sedikit setiap tahun disebabkan banyak faktor antaranya pemakanan yang kita ambil, persekitaran, cara hidup kita, stress dengan study, kerja atau apa je yang boleh membawa kepada stress, dan juga disebabkan kehamilan..

AKIBAT KEKURANGAN KOLAGEN 

Disebabkan masalah-masalah yang k.fiezz mention kat atas ni, menyebabkan masalah bukan sahaja pada wajah tetapi seluruh anggota badan -

- Kulit muka jadi kusam, jeragat, pigmentasi, liang pori terbuka luas
- nampak tanda penuaan (garisan halus, kulit kendur)
- rambut kering & bercabang di hujung serta masalah rambut gugur
- kulit hilang keanjalan, kering & nampak tua dari usia sebenar
- kuku senang pecah, rosak & kekuningan
- otot2 payudara & punggung kendur


Macam k.fiezz sendiri, antara masalah2 kat atas ni, Alhamdulillah x de yang k.fiezz alami.. Eh. Statement berlagak plak.. Hehe.. Tak la berlagak tapi setakat ni k.fiezz hati2 dengan penjagaan kulit terutama muka sebab k.fiezz jenis kulit kombinasi. So k.fiezz kena hati2 part pemilihan produk je..

Setakat ni k.fiezz cuma jaga kulit dengan pemakaian produk lengkap dri pencuci muka, toner dan pelembap.. Dri segi dalaman, k.fiezz bykkan pengambilan air kosong berbanding air manis.. Kadang2 ada jugak minum air manis tapi k.fiezz tapis semula dengan air kosong.. K.fiezz pun x pasti betul ke idak cara k.fiezz ni tapi takat ni k.fiezz tgk sendiri, k.fiezz tak ada masalah kulit terutama di muka.

Sapa ada masalah-masalah kat atas ni?hah..tak tahu..pi tengok kat cermin skrg..hehe..kalau ada, aiyooo...cuak tak..meh baca plak camne nak atasi masalah-masalah ni..

Cara atasi masalah kekurangan kolagen?

so korang macamana cara nak atasi masalah kekurangan kolagen ni..of course la pengambilan suplimen yang dapat meningkatkan pengeluaran kolagen, mendapatkan tidur yang cukup untuk dewasa, mengambil makanan sihat yang mengandungi pelbagai nutrien, melakukan senaman dengan kerap & betul.

Sebut pasal pengambilan suplimen ni, sapa yang ambil makanan tambahan khas untuk kolagen bagi memastikan kita sihat & dalam masa yang sama cantik..hehe

jom k.fiezz kongsikan salah satu produk kolagen yang ada di pasaran...

Pengambilan Suplimen Untuk Meningkatkan Pengeluaran Kolagen?

Kenalkan, produk Lennox.. k.fiezz penah nampak jenama lennox ni di drug store..Masa joint baking class anjuran Lennox dan The Butterfly Project beberapa minggu lepas, dapat kenal dengan lebih dekat lagi produk Lennox ni..

Tambah pulak dalam kelas baking tu, salah satu bahan yang ditambah dalam adunan Berry Shouffle Cheese adalah Lennox Collagen 5000...Baca kat sini 

PERNAH DENGAR PRODUK LENNOX

Mungkin ada yang pernah dengar..ada yang tak pernah dengar..ni untuk korang yang tak tahu pasal jenama ni..meh k.fiezz kenalkan dengan lebih dekat..

LENNOX

Moto Lennox adalah, semua orang berhak untuk sihat & cantik. Fungsi Lennox untuk mengeluarkan suplimen yang bernutrisi dengan kualiti yang terbaik untuk memenuhi tuntutan kesihatan & kecantikan dalam masa  yang sama... Produk yang dihasilkan di Lennox melalui proses R & D  bagi memastikan kandungan yang digunakan dari sumber alam, organik dan di pilih secara teliti bagi dijamin ia selamat & efektif pada kita..


www.fiezasani.xyz

Lennox Collagen

Menggunakan marine collagen yang dipastikan 100% larut air & mempunyai berat molekul yang rendah untuk pencernaan yang lebih baik. Berbanding dengan kolagen konvensional, kolagen Lennox mempunyai struktur lebih pendek yang mudah larut dan lebih mudah di cerna oleh badan kita.

RANGKAIAN PRODUK LENNOX


www.fiezasani.xyz

Lennox FirmUp+ Forte Gold
Skin Hydration

Diperkaya dengan ceramide, Lennox FirmUp+ Forte Gold adalah pilihan yang sempurna untuk mengekalkan kulit yang sihat dan terhidrat.


www.fiezasani.xyz

Lennox FirmUp+
For Whitening

FirmUp+ ini baru je ditambah baik dengan intipati pemutihan, FirmUp+ ni sesuai untuk yang mahukan kulit cerah. Penambahan CoQ10 dan ekstrak biji anggur, menjadikan ia sebagai antioksidan yang kuat untuk membantu melindungi kulit dari merosakkan sinar UV yang boleh menyebabkan penuaan.

www.fiezasani.xyz

Lennox Collagen 5000
Easy-to-mix

kalau korang mencari produk kalori rendah dan cara mudah mengamalkan kolagen, sila la pilih kolagen lennox 5000 ni. Ia diperbuat daripada peptida kolagen ikan berkualiti tinggi berasal dari jepun yang mudah larut dalam sebarang minuman. the best part is, ia mudah diserap oleh badan.

Untuk Lennox Collagen 5000 ni , korang boleh menggabungkan dengan jus kegemaran masing-masing, susu ataupun yogurt..

www.fiezasani.xyz

FirmUp for Men
Oily Skin

Berdasarkan kaji selidik, kulit lelaki 15-20% lebih tebal berbanding kulit wanita. Oleh itu, berbanding menggunakan produk penjagaan kulit untuk luaran sahaja, minuman kesihatan lebih berkesan dan senang diserap untuk dapatkan kulit yang sihat.

Lennox FirmUp untuk lelaki ni menggunakan ekstrak kaktus & maritime pine bark extract, untuk membantu mengurangkan rembesan minyak yang berlebihan dan memastikan kulit sentiasa terhidrat.

www.fiezasani.xyz

Lennox FirmUp+ Ex
Hydration + Whitening

Dirumus khas untuk memberi kulit manfaat berganda iaitu cerah dan penghidratan. Ditambah dengan antioksidan seperti ekstrak sakura dan ekstrak biji anggur untuk memerangi radikal bebas, kulit dilindungi daripada tanda-tanda penuaan. Intipati sakura mempunyai ciri-ciri pemutihan yang membantu meringankan pigmentasi kulit yang tidak rata yang disebabkan oleh sinaran UV.

Ditambah lagi dengan sel stem epal yang berfungsi untuk memperbaharui dan memperbaiki sel-sel kulit dari penuaan, bagi memastikan kulit tetap muda dan lembut.

So bersempena dengan promosi Lennox sebagai bulan kolagen pada bulan Ogos ini. Lennox mengadakan kempen 'Love Your Skin', bagi mengingatkan kita untuk sayang dan menjaga kulit kita. Faham dengan tugasan harian kita yang sentiasa sibuk. tapi penjagaan kulit serta badan sangat la penting...Bila kulit sihat, secara automatik ia boleh nampak pada wajah kita...

BULAN KOLAGEN LENNOX 

untuk memberi galakan pada korang bagi berlumba mendapatkan kulit yang cantik serta sihat, Lennox akan mengadakan pelbagai promosi sepanjang bulan Ogos ni bersempena dengan bulan ni sebagai bulan kolagen lennox...Korang boleh terjah di 


untuk mendapatkan diskaun yang best setiap minggu dan paling best, korang berpeluang memenangi produk Lennox  dengan joint buy & win contest...

4 Comments

  1. wah cantiknya packaging dia. nak kena cuba ni sebab saya memang ada tanda tanda kekurangan kolagen

    marilah singgah ke blog saya kalau ada kelapangan hehehe

    ReplyDelete
  2. Oo.. lawa packaging dia. Nak bawa mana² pun senang. Nak usha juga la

    ReplyDelete
  3. Rasanya dah start kena ambil kolagrn la , rambut mrs pip gugur at the moment, hurm.

    ReplyDelete
  4. cantik packaging dia..pink, biru dan purple mmg menarik sungguh

    ReplyDelete