Khamis-Sabtu minggu lepas, k.fiezz pi ke Bengkel Keselamatan Dokumen di Melaka untuk 3 Hari 2 Malam...huhu....ikutkan malas benornya nak pi ke bengkel ni tapi sebab nama dah terpilih antara yang bertuah, datang jugak la ke bengkel ni...

Bengkel ni untuk semua PA & Kerani yang bertanggungjawab menjaga fail bertaraf terperingkat (rahsia, sulit & seangkatan dengannya) di bahagian masing-masing..k.fiezz antara yang bertanggungjawab untuk menjaga fail bertaraf terperingkat ni di bahagian k.fiezz...tue yang nama naik utk hadir ke bengkel ni..

Dalam bengkel ni, kitaorang diterangkan cara pengendalian fail yang terperingkat taraf rahsia ataupun sulit...

Keja gomen ni, fail-fail yang bertaraf rahsia ataupun sulit ni ada cara pengendalian dia..so tu la point kitaorang kena hadir ke bengkel ni untuk tahu cara dan proses fail serta surat yang bertaraf terperingkat ni..Alhamdulillah, nasib hadir ke bengkel ni..memang ada cara pengendalian dia yang biasa k.fiezz buat sebelum ni, salah cara rupanya..hehe...walaupun duk merungut dalam hati sebab kena datang ke bengkel ni, berguna juga sebab dapat info yang betul cara pengendalian surat terperingkat...

Bengkel Keselamatan Dokumen di JKR CREaTE, Melaka

Bengkel diadakan di JKR CREaTE Melaka...pengangkutan & penginapan di sediakan..
Penginapan best la jugak cumaa....lengkap semua dalam bilik tapiiii kurang satu menda...apa dia...

Jom check it out....

www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz

Tempat penginapan k.fiezz & peserta-peserta

www.fiezasani.xyz

Cantik kan..macam hotel..complete semua ni..katil, almari, bantal..
Dalam almari tu sejadah disediakan & juga penyangkut baju...iron tak ada dalam bilik..kena turun kat tingkat bawah..huhu..k.fiezz bawa iron sesiap..kose la nak turun iron baju kat luar bilik...


www.fiezasani.xyz

Meja study kot..sila abaikan barang k.fiezz & member bilik yang bersepah atas meja tu...
so apa yang kurang kat sini..perasan tak?

tak perasan...okey meh la bitau...

kat dalam bilik tempat penginapan kitaorang ni TAK ADA TV...huhu..
Malam hari pertama kitaorang kat sini, melangut la k.fiezz & member bilik tengok citer kat hp memasing..k.fiezz tgk Netflix..member tengok citer kat hp dia...


www.fiezasani.xyz

View dari balkoni bilik kitaorang...menghadap bukit & parking....


www.fiezasani.xyz

Dalam kelas..hari pertama bengkel...


www.fiezasani.xyz

Luar kelas kitaorang, di bahagian ruang tengah ada tempat untuk posing...
moh la posing..


www.fiezasani.xyz

Yang ni masa hari ke-2 bengkel, lepas abis kelas waktu siang, kitaorang di bawa ke Bandar Melaka ni pulak untuk jenjalan...yealah duk je dalam bilik, bukan boleh buat apa pun..tv pun tak ada...so kita outing la...hehe..macam duk asrama pulak, ada outing...

www.fiezasani.xyz

Posing sikit depan kapal ni..saya tak perlu kan kapal untuk belayar sebab awak sentiasa berlayar di hati saya..cia cia cia...hihi..pickup line untuk mr hubby....

www.fiezasani.xyz

Belacan & dodol..wajib beli kalau ke Melaka...

Untuk info - kalau yang tertanya-tanya kat mana JKR CREaTE Melaka ni, lokasi dia tak jauh lepas exit tol Alor Gajah..Derdekatan dengan Melaka Premium Outlet (MPO)...

Tahun lepas, bahagian k.fiezz ada buat bengkel kat sini gak...so k.fiezz & kengkawan ada la jenjalan kat MPO, boleh baca kat sini << Melaka Premium Outlet >>


6 Comments

  1. untungla berkursus di tempat yang selesa
    Dapat jenjalan lagi.

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak kursus jejalan kat luar macam ni. Bestnya. Bertuah akak tau hehe

    ReplyDelete
  3. Seronok berkursus, tapi part2 nak packing baju tu kalau mrs pip dulu mmg malas gila2, lepas tu mmg jenis bawa iron n hanger sekali ...

    ReplyDelete
  4. xde tv pun dh kira ok kalau akak la sbb hp dan novel jd penganti..hehe

    ReplyDelete
  5. Kursus ni best sb boleh jln2 sekali

    ReplyDelete
  6. Sambil tambah ilmu Boleh berjalan2 best vak

    ReplyDelete