Nak belajar masak sekarang ni, bukan takat boleh google je..kelas-kelas masakan pun dah banyak skrg ni macam kat ABC Cooking Studio yg terletak di tingkat 3, The Garden (Mid Valley) ni...Bulan lepas k.fiezz ada share k.fiezz baking Berry Shouffle Cheese kat ABC Cooking Studio...Semudah A,B, C buat dia..cewah...ada instructor guide kat depan, boleh la ek..hehe...Cuba kalau suh buat sendiri..mau terkial-kial..

baca juga >> The Butterfly Project Belajar Baking Kat Lennox Collagen Baking Workshop >> 

hah, ni keistimewaan kat ABC Cooking Studio ni..korang akan dibantu oleh instructor yang akan guide..

APA ABC COOKING STUDIO NI?

ABC Cooking Studio percaya bahagia bermula dengan makanan. Melalui kegembiraan ketika masak dan makan, boleh berikan senyuman. Jadi pihak ABC Cooking Studio ingin membawa kegembiraan kepada orang lain dengan membimbing mereka bagaimana membuat masakan yang sihat dan ABC Cooking Studio berharap kitaran kebahagiaan ini dapat berkembang dan disebarkan lebih luas. Dan paling utama, membawa senyuman ke meja makan di seluruh dunia.

SEJARAH ABC COOKING STUDIO...

Jangan tak tahu ABC Cooking Studio ni dah ditubuhkan sejak tahun 1985 oleh Hiroyuki Yokoi at Fujieda-shi, Shizuoka di Jepun dan terus berkembang hingga kini di serata dunia. Di Malaysia, ABC Cooking Studio mula bertapak pada Disember 2016 dengan pembukaan studio yang pertama di Pavilion Elite Studio dan diikuti pembukaan studio yang kedua pada Disember 2018 di  The Gardens Mall..

Selain di Malaysia, ABC Cooking Studio ada di China, Taiwan, Singapore, Japan, Hong Kong, Korea, Thailand & Indonesia dengan jumlah 8 Negara, 14 Bandar dengan 26 studio.

Hebat sangat ni, uolll....mesti best dapat belajar kat sini....well known ni...

Jom kita tengok pakej apa yang ada kat ABC Cooking Studio?

check it out kat sini

you name it...cake course, bread course, cooking course, wagashi course & kids course..

www.fiezasani.xyz

harga berbeza mengikut course yang korang nak belajar...

Keistimewaan belajar di ABC Cooking Studio ni?


>> Setiap kelas, terhad untuk kumpulan yang kecil sahaja bagi memudahkan komunikasi antara pelajar & instructor..

>> 5 pilihan course yang korang boleh pilih (k.fiezz dah mention kat atas ni)

>> Resipi original illustated yang disediakan oleh pakar ABC Cooking Studio di Jepun, boleh disimpan untuk rujukan pelajar mencuba sendiri resipi tersebut di rumah..

>> ABC Passport - planning untuk bercuti ke luar negara. Jangan lupa masukkan dalam itinerary untuk mengambil regular lesson kat ABC Studio di negara yang dilawati (China, Taiwan, Singapore, Japan, Hong Kong, Korea, Thailand & Indonesia)

>> Kelas yang diadakan berbeza setiap hari mengikut menu, masa & instructor jadi memudahkan pelajar untuk pilih yang mana mengikut kesesuaian waktu masing-masing

>> Tak ada pengalaman?tak ada masalah..tak perlukan pengalaman pun kat ABC Cooking Studio ni...Pihak ABC Cooking Studio akan berikan bimbingan dalam penyediaan makanan. 

>> Lesen ABC..apa ni ada lesen2 plak?yes, semua pelajar akan dapat plak kaca yang bertulis nama korang sendiri sebagai bukti pencapaian masing-masing dan korang boleh akses resipi bersama video dari database ABC Cooking Studio & boleh digunakan untuk tujuan komersil.

>> Korang boleh memulakan kursus Asas dahulu dan terus mengasah kemahiran dalam kursus Master.


ABC Cooking Studio, The Garden (Mid Valley)


Kat bawah ni gambar-gambar ABC Cooking Studio yang k.fiezz snap masa k.fiezz joint baking class kat situ bulan lepas....

www.fiezasani.xyz

Ni tempat yang disediakan untuk memasak dan baking kat ABC Cooking Studio..


www.fiezasani.xyz

Luas..selesa..berhawa dingin...cantik...memang semangat mem baking kalau tempat selesa macam ni....

www.fiezasani.xyz

locker untuk letak barang-barang peribadi masa kita sibuk di meja masakan dan baking....

www.fiezasani.xyz

k.fiezz & geng butterfly yang joint kelas baking kat ABC Cooking Studio...
Yang pakai apron hijau tu, instructor kat meja k.fiezz ni


Kalau korang berminat nak joint mana-mana course yang ada kat ABC Cooking Studio ni, boleh check it out di website https://www.abc-cooking.com.my/

Maklumat lanjut ABC Cooking Studio (The Garden) >> 


Tel:(+60) 03-2201-3600 / (+60) 03-2201-5600 / (+60) 012-695-5002
Business Hours: Everyday 10AM - 10PM including weekends and public holidays

5 Comments

  1. Wah, mmg dia punya cooking class terbaik, siap plak, siap ada locker, dan boleh pula akses resepi ...

    ReplyDelete
  2. syoknya dapat join belajar baking kalau tempat gini...mesti Fieza dh boleh baking dan nanti boleh la akak rasa heee

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat belajar baking,masak tu semua

    ReplyDelete
  4. agak berpatutan juga harga dia ya.mudah la nak belajar tempat pon selesa

    ReplyDelete