Wahhh kemain resipi..minggu lepas mama (mak mertua) datang ke rumah..kat dalam peties ada ikan sardin, ayam, daging...sardin selalunya k.fiezz goreng je...pikir punya pikir, saja la nak cuba resipi ikan siakap masak 3 rasa..eh eh..citer tadi dalam peties ikan sardin, ayam & daging..tetiba resipi, ikan siakap..haha...

kezahnya balik keja hari jumaat ritu, k.fiezz nyinggah la SOGO..beli ikan siakap  ni..sekali la beli cili benggala & beberapa barang lagi..

Balik umah, terus rendam ikan jap..sesambil tu siapkan bahan-bahan untuk masak 3 rasa ni...

k.fiezz penah masak sebelum ni ikan siakap masak 3 rasa ni tapi k.fiezz lupa nak share resipi...malas la tiap kali nak masak kena google resipi...ni kita tepek kat sini resipi Ikan Siakap Masak 3 Rasa..senang untuk rujukan next time...Resipi asal k.fiezz amik dari blog Kak Azie Kitchen...

RESIPI IKAN SIAKAP 3 RASA

www.fiezasani.xyz

Bahan - Bahan

LANGKAH PERTAMA -

Ikan Siakap 
Tepung Jagung
Minyak

Cara - Bersih, kelar & lumurkan garam serta kunyit pada ikan. Bancuh sikit tepung jagung dengan air..Tuang adunan tepung jagung ni kat ikan & gaul sekata termasuk di bahagian dalam ikan...Kemudian goreng & ketepikan dahulu...

LANGKAH KEDUA -

Bahan Untuk Menumis :

4 Ulas bawang putih - Ketuk
6 Tangkai cili padi - Potong kecil
4 Inci halia - hiris halus
1 Batang serai  - Ketuk


Bahan Untuk Sos : 

2 Sudu Besar Sos Tomato
2 Sudu Besar Sos Cili
1 Sudu Besar Sos Tiram
1 Sudu Besar Sos Ikan - optional
Sikit Minyak Bijan - optional

Bahan Lain :

1 Biji bawang besar - potong dadu
1 Biji Tomato - potong dadu
1/2 biji cili benggala - potong dadu
Kiub Nenas dalam tin - optional
3-4 helai daun limau purut - dibuang tulang
Minyak - untuk tumis
Garam - Secukup rasa
Gula - Secukup rasa

CARA MASAK -

1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumisan hingga bawang putih bertukar kekuningan..
2. Selepas itu, masukkan bahan-bahan sos beserta daun limau. Kacau sekejap.
3. Bahan dah sekata, boleh masukkan bawang besar, cili benggala, tomato yang dah dipotong dadu beserta sikit air..Tambahkan garam & gula secukup rasa..
4. Kacau hingga sekata & rasa mengikut tahap selera memasing..tak cukup mana-mana..boleh tambah..
5. Semua dah okey, boleh tuangkan kuah dalam ikan siakap yang di siap digoreng tadi...
6. SIAP...

3 Comments

  1. Sama la menu kita hari Ahad, bezanya bukan SA yang masak..kedai yang masakkan..hahahaha

    ReplyDelete
  2. Sedapnya . Lama dah tak makan ikan siakap makan 3 rasa ni

    ReplyDelete
  3. Sedappnye> Hai sis, jalan2 singgah sini. DOne follow. jemput follow my blog.:)

    ReplyDelete