Total Pageviews

Dapur FiezaSani - Kuew Teow Goreng Simple

15:24

Kalau nama k.fiezz ni, semua menu jenis simple2 je.. Kalau x simple, x koser nak masak.. Tambah2 skrg k.fiezz rajin nak masak pagi2 untuk bawa bekal n bekpes mr hubby sebelum dia pi keja..

So memang k.fiezz cari menu yang very da simple2 je..mudah, cepat & ringas konsepnya...

Entry ni k.fiezz nak kongsi resipi kuew tiow goreng...betul la kot ejaan dia...as long korang tahu la dalam gambar ni kuew tiow...

Resipi seperti biasa..google je.... Nama asal resipi ni kuew teow goreng basah..tapi k.fiezz tukar ke nama simple sebab k.fiezz punya kuew teow goreng ni bukan jenis basah...k.fiezz tak suka pun kalau basah tu..rasa kembang tekak nak makan..

KUEW TEOW GORENG SIMPLE


www.fiezasani.xyz

Bahan-Bahan : - 
1 Biji bawang besar (dikisar)
Cili kisar (ikut la tahap kepedasan memasing)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 atau 1 peket kuew teow (leraikan, celur dalam air panas & toskan)
Sayur (k.fiezz guna sawi)**selalu orang guna kucai..but i hate kucai...sorry kucai lovers...
Segenggam taugeh (ikut suka nak letak banyak mana)
ayam (bahagian dada dipotong kecil-kecil)
Bebola ikan yang dah digoreng (potong kecil-kecil..k.fiezz potong kepada 4)
Sikit air
Garam dan gula secukup rasa
Kicap kuantiti yang secukupya

Cara Masak : -
  1. Panaskan minyak di dalam kuali
  2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai bahan kisar kering sikit.
  3. Masukkan air. Agak-agak la korang nak banyak ke sikit. Kalau rasa nak berkuah sikit kuew tiow goreng korang, buh la air lebih sikit..macam k.fiezz ni buat jenis kering je...
  4. Lepas masukkan air ni, letak kicap sikit. Kuantiti kicap ni ikut citarasa. Tak payah banyak sangat. Fungsi kicap ni untuk menggelapkan warna je..
  5. Kacau-kacau bagi rata, masukkan sekali garam & gula secukup rasa.
  6. Masukkan ayam yang dah dipotong kecil-kecil tadi..Biar sampai masak..dan diikuti dengan bebola ikan..
  7. Masukkan kuey teow. Nak letak lebih pun boleh. 
  8. Gaul rata semua bahan.
  9. Kemudian masukkan sayur dan taugeh ke dalam masakan. Gaul rata
  10. SIAP....
Senang dak resipi ni..senang kan..selamat mencuba...

You Might Also Like

4 Comment

  1. SA mmg failed kalau masak kuew teow..adik SA je yang expert..selalu kalau nak makan kuew teow sedap memang panggil dia je masak

    ReplyDelete
  2. Sedapp, mrs pip suka makan kueh teow...

    ReplyDelete
  3. menarik la resepi boleh cuba lepas ni

    ReplyDelete
  4. Rabia pun suka mkn kuey teow ni. My mum kalau masak kuey teow mmg sedap mkn sekali dgn keropok

    ReplyDelete